omniture

Envision Energy Perkukuh Kolaborasi Global dengan Hari Pembekal Global Pertama Bina Rantaian Bekalan Selamat, Bingkas dan Mampan

Envision Energy
2025-10-23 23:53 5

SHANGHAI, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, iaitu peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau, menganjurkan dengan jayanya Hari Pembekal Global 2025 di ibu pejabat Shanghai dan kemudahan pembuatan Jiangyin. Sebagai persidangan pembekal global pertama seumpamanya oleh syarikat ini, persidangan selama dua hari ini menghimpunkan 64 rakan pembekal dan 130 wakil dari seluruh benua yang bertujuan untuk memperkukuh kolaborasi global, memacu inovasi bersama dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi untuk membina ekosistem rantaian bekalan antarabangsa yang selamat, bingkas dan mampan yang menyokong cita-cita sifar bersih.

2025 Envision Energy Global Supplier Day
2025 Envision Energy Global Supplier Day

Para peserta melawat Shanghai Cloud Center Envision dan pangkalan pembuatan pintar Jiangyin yang melaluinya mereka dapat menyaksikan sistem pengeluaran digital, pengurusan tenaga pintar dan teknologi turbin angin termaju daripada syarikat ini. Melalui pengalaman imersif dan demonstrasi langsung, para hadirin memperoleh pemahaman secara langsung mengenai budaya dipacu inovasi Envision, sistem pengendalian pintar EnOS dan komitmennya untuk mengintegrasikan pendigitalan, kecerdasan dan kemampanan dalam seluruh rantaian nilainya.

Melalui pertukaran mendalam dan perkongsian amalan terbaik, Envision menonjolkan peranan yang kritikal oleh pembekal dalam meningkatkan daya saing dan meraih kecemerlangan dalam setiap fasa projek. Kepakaran mereka dalam pengurusan risiko, jaminan kualiti dan pengoptimuman kos diketengahkan sebagai sesuatu yang penting untuk keandalan dan prestasi. Selain penyiapan projek, kolaborasi yang berterusan dalam operasi dan penyelenggaraan terus mencipta nilai jangka panjang dan meningkatkan prestasi kitaran hayat. Perbincangan ini memperkukuh persefahaman yang dikongsi bersama bahawa kolaborasi yang mendalam, ketelusan dan kepercayaan bersama menjadi asas kepada kebingkasan rantaian bekalan global Envision.

"Rantaian bekalan yang kukuh dan bingkas ialah tulang belakang bagi kejayaan global Envision," kata En. Song Gang, Naib Presiden Kanan Rantaian Bekalan Bersepadu di Envision Energy. "Kami melihat pembekal kami sebagai rakan kongsi sejati dalam membentuk masa depan yang mampan. Melalui keterbukaan, kolaborasi dan inovasi bersama, kami memperdalam kepercayaan dan membina rangkaian bekalan yang mampu bertahan terhadap ketidakpastian, memacu daya saing dan mencipta nilai bersama untuk Envision dan juga rakan kongsi kami bagi memastikan agar kami bersama-sama bersedia untuk memperkasakan era tenaga bersih yang seterusnya."

Acara yang berjaya ini mengukuhkan lagi kepercayaan bersama dan penjajaran strategik antara Envision Energy dan rangkaian pembekal globalnya. Mereka bersama-sama membentuk ekosistem yang kolaboratif dan sedia mendepani masa depan yang menyokong pertumbuhan antarabangsa Envision yang pesat dan memajukan peralihan tenaga bersih dunia.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities Trade show news Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing Supply Chain/Logistics