![]() |
Untuk meningkatkan teknologi bateri Sulfur yang dijangka menjadi transformasi untuk industri
SYDNEY, 24 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Gelion plc (AIM: GELN), pembawa pembaharuan penyimpanan tenaga global, amat berbesar hati, dengan pengumuman yang dibuat pada 16 Oktober 2025, untuk memaklumkan bahawa pengilang, untuk mengumumkan bahawa bateri Tahap Satu yang telah menandatangani perjanjian kerjasama penuh dengan syarikat itu ialah TDK Corporation (TDK), pengilang elektronik dan bateri global yang beribu pejabat di Jepun dengan lebih 100,000 pekerja di seluruh dunia, yang mengendalikan kemudahan pembuatan di seluruh Asia, Eropah dan Amerika, memberi perkhidmatan kepada industri seperti automotif, perindustrian dan teknologi pengguna.
TDK dan Gelion telah bersetuju untuk bekerjasama membangunkan teknologi bateri yang menggunakan Bahan Aktif Katod (CAM) bateri Sulfur Gelion yang seterusnya ditingkatkan dengan sokongan perkongsian kerjasama berbilang tahun antara Gelion dan Institut Koloid dan Antara Muka Max Planck.
Kerjasama berbilang tahun akan:
Kini Gelion akan memulakan pengeluaran bahan berskala makmal dengan prototaip sel kantung oleh TDK di kilang yang terletak di Nagano, Jepun. Objektif utama ialah bergerak maju ke barisan prototaip untuk kelayakan pembuatan sel bateri dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Dr. Yasushi Enokido, Pengurus Besar Pusat Pembangunan Produk Lanjutan di TDK, berkata "Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Gelion dan Institut Koloid dan Antara Muka Max Planck bagi meningkatkan teknologi bateri generasi akan datang. Kami menyasar untuk mempercepat pembangunan penyelesaian yang praktikal dan berprestasi tinggi. Perkongsian ini mencerminkan tumpuan kami dalam memacu inovasi dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan."
John Wood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gelion, mengulas: "Ini merupakan satu penghormatan besar kerana dapat bekerjasama dengan TDK ke arah merealisasikan potensi teknologi bateri rintisan yang menarik ini. TDK ialah satu daripada pusat inovasi yang hebat di dunia dan menggunakan identiti jenamanya iaitu "In Everything, Better (Lebih Baik dalam Segalanya)". Dalam laluan Gelion , bersama MPI bergerak ke arah transformasi positif, tiada perkongsian yang lebih baik yang boleh kami bentuk berbanding dengan TDK untuk terus menerajui."
BUTIRAN HUBUNGAN
Gelion plc |
melalui Alma |
Strand Hanson Limited (Wakil yang Dicalonkan dan Penasihat Kewangan) |
+44 (0) 20 7409 3494 |
Oberon Capital (Broker Bersama) |
+44 (0) 20 3179 5300 |
Allenby Capital Limited (Broker Bersama) |
+44 (0) 20 3328 5656 |
Alma Strategic Communications (Perhubungan Awam Kewangan) |
+44 (0) 20 3405 0205 |
Maklumat Tentang Gelion
Gelion ("gel: ion") ialah pembawa pembaharuan penyimpanan tenaga global, menyokong peralihan kepada ekonomi yang lebih mampan dengan mengkomersialkan teknologi bateri generasi akan datang yang penting secara global: Sel hibrid berasaskan sulfur iaitu, Litium-Sulfur (Li-S), Sodium-Sulfur (Na-S) dan Zink (Zn) untuk mengelektrifikasikan aplikasi mudah alih dan pegun serta teknologi kitar semula bateri.
Gelion plc dipetik di Pasaran AIM Bursa Saham London dan memiliki sepenuhnya OXLiD Ltd dan Battery Minerals Ltd yang berpangkalan di UK manakala Gelion Technologies Pty Ltd pula berpangkalan di Australia. Gelion sedang mereka bentuk dan menyampaikan teknologi bateri berinovatif bagi membolehkan peralihan dan nilai pulangan itu untuk pelanggan dan pelabur syarikat itu.
Di samping itu, Gelion juga menyampaikan projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) komersial melalui perniagaan Penyelesaian Penyepaduan.
Maklumat Tentang TDK Corporation
TDK Corporation ialah syarikat teknologi global dan peneraju inovasi dalam industri elektronik, berpangkalan di Tokyo, Jepun. Bersama slogan "In Everything, Better (Lebih Baik dalam Segalanya)" TDK menyasar untuk merealisasikan masa depan yang lebih baik merentasi semua aspek kehidupan, industri dan masyarakat.
Selama lebih 90 tahun, TDK telah membentuk dunia dari dalam; daripada teras ferit kepada pita kaset rintisan yang mentafsirkan era, sehingga memperkasa era digital dengan komponen, sensor dan bateri canggih, menerajui jalan ke arah masa depan yang lebih mampan. Disatukan oleh TDK Venture Spirit, mentaliti syarikat permulaan yang dibina berasaskan visi, keberanian dan kepercayaan bersama, ahli pasukan TDK yang bersemangat di seluruh dunia berusaha dengan lebih baik—untuk diri kita sendiri, pelanggan, rakan kongsi dan dunia.
Pada hari ini, teknologi terkini TDK boleh ditemui dalam segalanya, daripada aplikasi perindustrian, sistem tenaga, kenderaan elektrik, kepada telefon pintar dan permainan, yang menjadi teras kehidupan moden. Portfolio TDK yang menyeluruh dan didorong oleh inovasi termasuk komponen pasif terkini, sensor dan sistem sensor, bekalan kuasa, bateri ion litium dan keadaan pepejal, kepala magnet, AI dan penyelesaian perisian perusahaan dan banyak lagi—menampilkan pelbagai produk terkemuka di pasaran. Ini dipasarkan di bawah jenama produk TDK, EPCOS, InvenSense, Micronas, Tronics, TDK-Lambda, TDK SensEI dan ATL.
Dengan meletakkan ekosistem AI sebagai kawasan strategik utama, TDK memanfaatkan rangkaian global syarikat merentasi sektor automotif, teknologi maklumat dan komunikasi, serta kelengkapan industri untuk mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang. Pada tahun fiskal 2025, TDK mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD 14.4 bilion dan menggaji kira-kira 105,000 pekerja di seluruh dunia.
Bateri Sulfur
Usaha Gelion menjurus kepada potensi bahan aktif katod berasaskan sulfur (CAM) untuk menyampaikan bateri kos rendah & mampan dengan prestasi yang menarik. Dalam hal bateri Li-S, sasaran utama ialah bateri ringan berprestasi tinggi untuk pasaran EV dan e-penerbangan. Dalam hal bateri Na-S, sasaran utama ialah kemajuan kos ultra rendah ke atas bateri yang kini digunakan dalam penyimpanan pegun dan pasaran EV ekonomi. Matlamat menyeluruh syarikat ialah untuk membantu menjadikan pengangkutan global, penggunaan tenaga dan penyimpanan lebih mampan.
Glosari
Ah |
Ampere jam. Sukatan kapasiti yang disimpan di dalam sel. Semakin besar nombor, maka semakin tinggi kapasiti. |
mAh/g(S) |
Unit mAh/g(S) bermaksud miliampere jam per gram Sulfur (dengan S menandakan "Sulfur"). Ini ialah sukatan yang mengukur bilangan elektron (dalam mAh) yang |
CAM |
Bahan aktif katod |
Ketumpatan tenaga (Wh/kg) |
Nisbah tenaga yang disimpan dengan berat per unit iaitu Watt-jam per kilogram. Semakin tinggi nombor, maka semakin ringan bateri. |
Sel kantung |
Format standard industri bateri yang terdiri daripada reka bentuk seperti kantung rata dengan struktur lamina pelbagai lapisan. |
Hayat kitaran |
Bilangan kitaran cas dan nyahcas penuh yang boleh dilengkapkan oleh bateri sebelum kapasiti jatuh di bawah paras yang ditentukan, kebiasaannya ialah 80% daripada kapasiti asal. |
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2651728/5572192/Gelion_Logo.jpg?p=medium600