JAKARTA, Indonesia, 23 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Lemonilo melancarkan secara rasmi "Family Happy Day" ("Hari Bahagia Keluarga"), suatu perayaan istimewa yang dikhususkan untuk menghargai kebersamaan yang mengukuhkan kebahagiaan keluarga. Membawa tema "Happy Mom, Happy Family" ("Ibu Bahagia, Keluarga Bahagia"), hari istimewa ini mengetengahkan bahawa kebahagiaan seorang ibu ialah asas kepada sebuah keluarga yang sihat dan harmoni.

Photo Caption (from left to right): Co-CEO Lemonilo, Ronald Widjaja; Brand Ambassador - Nikita Willy; Co-CEO Lemonilo, Shinta Nurfauzia. Jakarta (September 23)
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Lemonilo, Shinta Nurfauzia, berkata: "Hari ini menjadi lambang yang ringkas namun bermakna untuk mengingatkan keluarga Indonesia agar sentiasa mewujudkan ruang demi kebahagiaan para ibu. Kami mahu Family Happy Day menjadi peringatan bahawa kebahagiaan seorang ibu patut diraikan. Bermula tahun ini, setiap 23 September akan diiktiraf sebagai Family Happy Day, sekurang-kurangnya di Indonesia ini."
Sebagai sebahagian daripada perayaan ini, Lemonilo turut memperkenalkan Nikita Willy sebagai Duta Jenama Lemonilo Brownies Crispy. "Nikita Willy ialah seorang ibu muda menginspirasikan yang berkongsi secara terbuka mengenai jerih payahnya dalam menjadi ibu, namun terus mengekalkan semangat positif yang benar-benar sejajar dengan inisiatif kami," tambah Shinta.
Melalui pelancaran "Family Happy Day", Lemonilo bermatlamat untuk menjadi teman yang dipercayai oleh keluarga Indonesia dalam meraikan kebahagiaan ibu dan dalam masa yang sama memperteguh komitmennya terhadap kudapan yang lebih sihat. "Lemonilo Brownies Crispy didatangkan dengan slogan 'The Crispy Brownies that Bring You Joy' ('Brownie Rangup yang Membawa Keriangan') dan bebas daripada bahan pengawet, pemanis tiruan dan pewarna sintetik—lantas menjadikannya pilihan yang selamat untuk seisi keluarga," jelas Shinta.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Lemonilo, Ronald Widjaja, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh ibu dalam mewujudkan suasana keluarga yang mesra dan memupuk. "Seorang ibu yang bahagia melahirkan sebuah keluarga yang lebih bahagia. Apabila ibu berasa dihargai, disokong dan mempunyai masa untuk diri mereka sendiri, seisi keluarga mendapat manfaat daripada tenaga positif itu. Bagi saya, kebahagiaan isteri saya merupakan kunci kepada persekitaran rumah tangga yang mesra," kata Ronald.

Photo Caption: Nikita Willy, Indra Priawan, and Issa at the Family Happy Day event at Plataran Senayan, Jakarta (September 23)
Di acara "Family Happy Day", Nikita Willy, yang diperkenalkan sebagai Duta Jenama Lemonilo Brownies Crispy, berkongsi pengalamannya apabila menggalas peranan seorang ibu.
Beliau menyifatkan menjadi seorang ibu sebagai suatu rahmat, meskipun ia hadir dengan cabaran. "Menjadi seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Ada keletihan, ada cabaran, terutamanya dengan banyak situasi yang tidak diduga—dan itu merupakan perkara biasa. Kita semua manusia. Saya juga pernah berasa terbeban, namun saya belajar bahawa menjaga kesihatan mental dan meluangkan masa untuk diri sendiri merupakan aspek yang sangat penting," kata Nikita.
Bagi Nikita, masa bersendiri tidak perlu bermewah. Walaupun hanya berehat sejenak untuk dirinya sendiri, seperti menikmati kudapan yang enak namun lebih sihat, ia boleh membawa perubahan. "Ada kalanya, dengan hanya duduk seketika sambil menikmati kudapan Lemonilo Brownies Crispy dapat membantu saya berasa lebih tenang. Ia bukan sekadar kudapan, sebaliknya sedikit peringatan bahawa para ibu juga berhak menikmati rasa bahagia," tambahnya.
Ahli Psikologi Keluarga, Samanta Elsener menekankan bahawa kesihatan mental seorang ibu sangat mempengaruhi suasana keluarga secara keseluruhan. Seorang ibu yang bahagia dan berasa disokong dapat menyebarkan tenaga positif kepada anak-anak dan juga pasangannya. "Kajian menunjukkan bahawa mood seorang ibu dapat mempengaruhi anaknya dan ini bererti kebahagiaan seorang ibu memberi impak secara langsung kepada perkembangan emosi anak," jelas Samanta.
Beliau turut menyatakan bahawa masa bersendiri bukanlah sesuatu yang mementingkan diri sendiri, sebaliknya suatu bentuk penjagaan diri yang membolehkan para ibu menyegarkan dan merehatkan diri. Aktiviti-aktiviti yang mudah boleh membantu mengurangkan tekanan. "Para ibu yang kerap meluangkan masa untuk diri mereka sendiri menjadi lebih bingkas dalam menghadapi cabaran harian," kata Samanta.
Menurutnya, kebahagiaan seorang ibu tidak boleh berdiri sendiri—ia memerlukan sokongan keluarga. Malah, sedikit ihsan daripada seorang suami boleh memberi erti yang cukup besar. "Seorang bapa yang memberi sokongan dan sanggup berkongsi tanggungjawab memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga kesejahteraan mental seorang ibu. Keluarga yang memberi sokongan antara satu sama lain lebih kuat dalam mengatasi cabaran," simpul Samanta.
Latar Belakang Lemonilo
Lemonilo ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Shinta Nurfauzia, Ronald Widjaja dan Johannes Ardiant. Syarikat ini ditubuhkan dengan misi untuk menjadikan gaya hidup yang sihat mudah dicapai oleh semua orang. Bagi mencapai matlamat ini, Lemonilo merapatkan jurang antara produk import berharga tinggi dan produk FMCG konvensional yang sudahpun tersedia di pasaran. Setiap produk yang dibangunkan oleh Lemonilo dibina berasaskan tiga tonggak utama: rasa yang enak, kesenangan dan kemampuan, serta bebas daripada ramuan yang berpotensi berbahaya. Setakat ini, Lemonilo melancarkan lebih daripada 40 varian produk, bermula daripada mi segera dan kudapan hinggalah rempah ratus masakan. Semua produk boleh didapati melalui platform digital rasmi Lemonilo serta lebih 200,000 pusat runcit di seluruh Indonesia.