![]() |
BEIJING, 24 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- SANY Group, iaitu pengilang bagi jentera pembinaan yang terkemuka mengumumkan bahawa Trak Pemadam Kebakaran Jet Air Udara JP100 yang dibangunkan sendiri telahpun mencipta Guinness World Record™ sebagai "Jet Air Tertinggi daripada Trak Pemadam Kebakaran (Prototaip)" dengan ketinggian jet maksimum 159.66 meter di Persidangan & Ekspo Teknologi Peralatan Perlindungan Kebakaran Antarabangsa China ke-21 yang melabuhkan tirai pada 16 Oktober. Pensijilan ini melakar satu pencapaian penting yang bersejarah untuk peralatan menyelamat kecemasan SANY dan bagi pemadaman kebakaran bangunan tinggi di seluruh dunia.
Inovasi Yang Mencapai Kejayaan Lebih Tinggi
Sebagai Trak Pemadam Kebakaran Jet Air Udara 5-gandar yang pertama di dunia dengan joran 100-meter, JP100 mengintegrasikan pelbagai reka bentuk rintis:
Inovasi Pecah Rekod bagi Keperluan Dunia Sebenar
Memandangkan bangunan bandar menjadi bertambah tinggi, kebakaran di bangunan tinggi menjadi suatu cabaran global. JP100 yang mencatat rekod menawarkan penyelesaian yang hebat kepada kesukaran ini.
Rekod ini bukan sekadar pencapaian yang penting, bahkan suatu permulaan baharu untuk SANY dalam sektor peralatan menyelamat kecemasan. Selama bertahun-tahun, SANY memberi perhatian yang teliti kepada inovasi, melabur kira-kira 5% daripada hasil jualannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap tahun untuk membina kekuatan produk yang utama dan daya saing teras. Di Festival Teknologi 2025, SANY turut menawarkan anugerah bernilai lebih RMB 600 juta bagi menggalakkan idea-idea berani dan juga teknologi canggih yang mentakrifkan semula industri ini.
Menerusi pencapaian JP100 yang mencatat rekod, SANY sekali lagi membuktikan bahawa inovasi tidak mengenal batasan—dan begitu juga SANY.