omniture

Hargai Hadiah Kehidupan, Pulihkan Jantung Si Manja Bersama

Pantai Hospital Kuala Lumpur
2025-10-24 22:31 7

Pantai Hospital Kuala Lumpur dan Shangri-La Kuala Lumpur Ganding Bahu Sekali Lagi Untuk Sokong Kanak-Kanak Penghidap Sakit Jantung Kongenital Buat Tahun Kedua 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Dalam usaha sama yang memaparkan kuasa ihsan, tujuan dan perkongsian, Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) dan Shangri-La Kuala Lumpur sekali lagi berganding bahu dalam inisiatif amal jantung pediatrik tahunan, "Embracing the Gift of Life, Healing Little Hearts Together" (Hargai Hadiah Kehidupan, Pulihkan Jantung Si Manja Bersama). Acara yang amat bermakna ini menandakan kerjasama buat tahun kedua antara dua institusi yang mempunyai misi bersama — untuk memberikan peluang kehidupan kedua bagi kanak-kanak yang dilahirkan dengan sakit jantung kongenital.

Cik Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif PHKL dan En. Daniel Kaeflein. Pengurus Besar Shangri-La KL di majlis penyampaian replika cek, menandakan satu lagi mercu jaya dalam kerjasama PHKL–Shangri-La bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital
Cik Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif PHKL dan En. Daniel Kaeflein. Pengurus Besar Shangri-La KL di majlis penyampaian replika cek, menandakan satu lagi mercu jaya dalam kerjasama PHKL–Shangri-La bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital

Acara ini, yang diadakan di auditorium PHKL, telah dirasmikan oleh Cik Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Hospital Kuala Lumpur dan En. Daniel Kaeflein, Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, bersama rakan korporat, profesional perubatan dan wakil media.

"Semasa kami memulakan perjalanan ini, matlamat kami hanya satu, iaitu membolehkan kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital mendapatkan rawatan yang menyelamatkan nyawa. Saya masih ingat Dr Laura dan pasukan kami menjelajah beberapa negeri, menganjurkan ceramah kesedaran, dan menjalin hubungan dengan NGO. Usaha awal kami telah membina asas yang kukuh untuk mencetus impak yang boleh kita lihat pada hari ini. Kanak-kanak tersebut kini boleh gelak ketawa, bermain dan mengejar impian seperti kanak-kanak lain," kata Cik Erica Lam, CEO Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Program Hargai Hadiah Kehidupan anjuran Shangri-La Kuala Lumpur bermula pada 1985 sebagai inisiatif amal tahunan hotel tersebut. Kerjasama dengan PHKL bermula pada  2024, dengan penglibatan Dr. Siti Laura, seorang pakar bedah kardiotorasik pediatrik yang kepakarannya merintis jalan bagi usaha sama yang bermakna ini.

Sejak Mei 2024, sejumlah 10 kanak-kanak telah menjalani pembedahan jantung pediatrik yang menyelamatkan nyawa menerusi pakatan ini. Pada 2025 sahaja, 7 kanak-kanak telah menerima bantuan daripada PHKL dan Shangri-La Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian ini, sejumlah RM329,035.90 telah dikumpulkan oleh Shangri-La Kuala Lumpur, untuk membiayai sepenuhnya lapan pembedahan menyelamatkan nyawa dari Januari 2025 hingga September 2025. Prosedur seperti ini, yang sering tidak dilindungi oleh insurans akibat kekangan kewangan, berjaya dijalankan menerusi pakej pembedahan jantung pediatrik PHKL yang dirangka khas.

"Inisiatif ini bukan kempen mengutip derma semata-mata — tetapi memberi sinar harapan demi kehidupan masa depan kanak-kanak. Kami benar-benar terhutang budi kepada para tetamu dan penyokong kami yang memastikan usaha murni ini terus dilaksanakan," kata En. Daniel Kaeflein, Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur.

Di acara tersebut, hadirin jelas tersentuh dengan video yang memaparkan perjalanan yang dilalui oleh para pesakit di bawah PHKL–Shangri-La. Ini disusuli dengan penyampaian replika cek dan pelancaran cenderahati "Hargai Hadiah Kehidupan 2025", melambangkan harapan dan ketabahan.

"Kami amat bersyukur kerana menerima peluang ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Siti Laura dan Shangri-La Kuala Lumpur atas sumbangan mereka. Kami teruja untuk melihat Akif beransur pulih dan tidak sabar-sabar menantikan hari dia boleh  kembali aktif di sekolah," ujar Puan Suzie, Ibu kepada Akif Amsyar.

Pihak hospital juga menyanjung tinggi dedikasi pasukan perubatannya, yang diketuai oleh Dr. Siti Laura, pakar bedah jantung pediatrik di PHKL, yang ihsan dan kepakarannya telah memainkan peranan penting dalam rawatan pesakit muda yang menghidap masalah jantung rumit dan memberikan harapan kepada keluarga-keluarga di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga sehingga Sabah.

Acara tersebut berakhir dengan kunjungan untuk menziarah para pesakit tajaan Shangri-La, untuk menekankan tujuan inisiatif ini, iaitu hargai hadiah kehidupan, pulihkan jantung si manja bersama.

Meliputi pelbagai aspek, daripada memberikan capaian kepada penjagaan kritikal kepada menjalin kerjasama komuniti yang bermakna, inisiatif ini mencerminkan komitmen PHKL kepada kelestarian dan keterlibatan komuniti — nilai-nilai teras yang terus menjadi pedoman hospital untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Dengan setiap denyutan jantung yang pulih, PHKL dan Shangri-La Kuala Lumpur menekankan bahawa penjagaan kesihatan bukan sahaja membabitkan rawatan — usaha ini turut melibatkan ihsan, kesinambungan dan matlamat membina masa depan yang lebih baik bagi generasi akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur, layari www.pantai.com.my/kuala-lumpur.

Muat turun siaran akhbar dan imej dari pautan di sini.

Mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur

Selama lima dekad, Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan pusat rawatan yang menjadi nadi Kuala Lumpur, menawarkan khidmat penjagaan cemerlang kepada pesakit dari segenap lapisan hidup. Sejak dibuka pada 1974 dengan hanya 68 katil dan 20 pakar perubatan, hospital ini telah berkembang maju menjadi ikon penjagaan kesihatan pada hari ini, dengan 507 katil, dan lebih 200 pakar perunding. Usaha kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti, kecemerlangan klinikal dan teknologi terkini ditekankan menerusi kualiti perkhidmatan yang kami sediakan dan dedikasi kami terhadap kajian klinikal.

Segala usaha ini telah membolehkan kami menerima akreditasi daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) dan Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI). Di samping itu, kami menerima persijilan sebagai Hospital Mesra Bayi dan merupakan hospital pilihan di Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sambil kami meraikan ulang tahun ke-50, Pantai Hospital Kuala Lumpur kini bakal mempelopori masa depan, memberikan komitmen tidak berbelah bahagi kepada warisan kecemerlangan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan rawatan inovatif untuk generasi akan datang. Ketahui lebih lanjut di www.pantai.com.my/kuala-lumpur.

Source: Pantai Hospital Kuala Lumpur
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Children-related news DEI Page