PARIS, 25 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Di upacara Network X 2025, Huawei memenangi tiga anugerah: Set Tindakan Pengangkut Optik Paling Inovatif, Penyelesaian AI Rangkaian Terbaik untuk Rangkaian Gentian dan Gentian Hijau Cemerlang. Kesemua pengiktirafan ini menggambarkan teknologi Huawei yang mantap, inovasi yang berterusan dan kepimpinan pasaran dalam rangkaian optik sepenuhnya.
Huawei terus menerajui hala tuju dalam penghantaran optik, memacu inovasi dan penerimagunaan rangkaian berkelajuan ultra-tinggi dalam dunia sebenar. Huawei memacu kemajuan dalam teknologi utama seperti penghantaran berkelajuan ultra-tinggi 400G/800G dan B1T, spektrum ultra-lebar jalur-C+L dan pensuisan OXC hujung-ke-hujung yang mendorong penaiktarafan industri dan memecahkan batasan prestasi.
Kemajuan Huawei yang mengagumkan dalam teknologi canggih seperti saling sambung pusat data jalur lebar ultra dan penghantaran tak hilang mempercepat penjadualan dan kolaborasi kuasa pengkomputeran. Dengan mengupayakan sumber pengkomputeran bergerak bebas merentas wilayah, Huawei membantu menyediakan bekalan yang cekap dan merata serta meletakkan asas yang kukuh untuk ekonomi digital yang berkembang maju. Hasil daripada prestasinya yang cemerlang, Huawei sekali lagi memenangi anugerah "Set Tindakan Pengangkut Optik Paling Inovatif".
Diperkasakan oleh teknologi pintar, Huawei menaik taraf sepenuhnya penyelesaian Jalur Lebar Premium untuk operasi pengalaman HBB. Sistem Indeks Pengalaman Pelanggan (CEI) yang pertama dalam industri ini menjadikan pengalaman pengguna boleh diukur dan dilihat, menangani cabaran yang sudah lama wujud dan membantu pembawa mengoptimumkan kualiti perkhidmatan. Bertindak sebagai "otak pintar" dalam operasi jalur lebar rumah, HBBMaster memanfaatkan algoritma termaju untuk mendiagnosis isu-isu kompleks secara automatik dan memberikan penyelesaian yang pantas dan boleh diambil tindakan demi pengalaman pengguna yang lebih baik. Kedua-dua inovasi ini saling melengkapi dan membuka peluang pertumbuhan yang baharu dalam pasaran jalur lebar rumah peringkat trilion dolar dan melayakkan Huawei menerima anugerah "Penyelesaian AI Rangkaian Terbaik untuk Rangkaian Gentian".
Huawei turut melakar kemajuan dalam kecekapan tenaga hijau dan O&M pintar bagi rangkaian akses pintar, terus-menerus memacu inovasi dalam bidang ini. Melalui inovasi hujung-ke-hujung merentas terminal talian optik (OLT), terminal rangkaian optik (ONT) dan sistem pengurusan rangkaian, Huawei diberi pengiktirafan menerusi anugerah "Gentian Hijau Cemerlang". Platform OLT pintar daripada Huawei memanfaatkan teknologi jimat tenaga dinamik berbilang peringkat yang terperinci untuk mengoptimumkan kecekapan kuasa daripada peringkat trafik hingga peringkat sistem. Ini dapat mengurangkan dengan ketara penggunaan tenaga peranti pelahu di bilik peralatan, lalu menyumbang kepada rangkaian yang lebih hijau dan emisi karbon yang lebih rendah. ONT daripada Huawei dapat mengurangkan penggunaan kuasa secara automatik semasa waktu luar puncak, tanpa menjejaskan pengalaman pengguna. Ia merupakan cara yang lebih bijak untuk meningkatkan kecekapan tenaga di rumah. Selain itu, sistem pengurusan Huawei membantu pembawa mengoptimumkan kecekapan tenaga rangkaian secara dinamik berdasarkan trafik masa nyata dan status peranti. Ia mendayakan pasang atur automatik dan operasi dasar jimat tenaga yang terperinci dalam seluruh rangkaian, seterusnya memacu rangkaian optik ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih cekap.
Selepas memenangi anugerah ini, Kim Jin, Naib Presiden Huawei Optical Business Product Line, berkata: "Huawei tetap komited untuk memajukan evolusi rangkaian optik sepenuhnya dan memacu inovasi yang berterusan. Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan pembawa global bagi menyahut cabaran dan merebut peluang baharu dalam era pintar, seterusnya mencapai pertumbuhan baharu serta membina dunia pintar bersama-sama."