omniture

Kepelbagaian Budaya dan Keterangkuman Rancakkan Momentum Organisasi dan Menyuntik Kevitalan Baharu dalam Pengembangan Global Yili

Yili Group
2025-10-25 23:24 9

HUHHOT, China, 25 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Minggu Kepelbagaian Budaya Yili kali ketiga melabuhkan tirai dengan jayanya pada 24 Oktober 2025. Bertemakan "Hati Berharmoni, Masa Depan Bersimfoni," acara ini menjalin ikatan budaya global melalui beberapa aktiviti yang inovatif. Aktivit-aktiviti ini termasuk korus maya berbilang bahasa untuk lagu syarikat, pertandingan fotografi rentas zon waktu yang menawarkan pelbagai gambaran sekilas terhadap konteks tempatan dan sesi interaktif yang meneroka tradisi budaya yang berbeza — kesemuanya direka untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja merentas benua. Melalui muzik dan imejan, acara ini bukan sahaja menyampaikan kuasa emosi dalam keharmonian budaya tetapi turut mendorong perpaduan pasukan dan kolaborasi rentas wilayah.

Cultural Diversity and Inclusion Energizes Organizational Momentum and Injects Fresh Vitality into Yili’s Global Expansion
Cultural Diversity and Inclusion Energizes Organizational Momentum and Injects Fresh Vitality into Yili’s Global Expansion

Sebagai pengusaha produk tenusu yang tersenarai di kedudukan antara lima teratas di dunia dan menerajui Asia selama 12 tahun berturut-turut, Yili mewujudkan rangkaian pengeluaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penjualan yang merangkum lebih 60 buah negara dan wilayah. Dalam pengembangan globalnya, Yili mengiktiraf kepelbagaian budaya dan keterangkuman sebagai asas bagi kemampanan korporat. Pada tahun 2020, syarikat ini menaik taraf budaya korporatnya kepada versi 5.0, dengan mengintegrasikan "Rasa Hormat" ke dalam nilai-nilai terasnya di samping "Kecemerlangan, Kebertanggungjawaban, Inovasi dan Saling Menguntungkan" bagi memupuk persekitaran yang inklusif di peringkat global.

Berpandukan nilai teras "Rasa Hormat," Yili memajukan penyetempatan secara sistematik di pasaran-pasaran luar negara. Hal ini dicapai dengan meningkatkan kevitalan organisasi melalui penjagaan pekerja, penambahbaikan tempat kerja dan aktiviti budaya yang dikongsi bersama, serta mengusahakan penerimaan sosial yang lebih mendalam melalui keterlibatan yang proaktif dalam adat resam tempatan dan program kebajikan komuniti. Justeru itu, budaya korporat telahpun berkembang melangkaui "naratif lunak" untuk pengurusan dalaman menjadi "kuasa keras" yang memacu operasi yang cekap dan pengembangan pasaran serantau.

Strategi budaya ini membuahkan hasil yang ketara dalam seluruh operasi luar negara Yili. Di Thailand, subsidiari tempatan ini mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Buruh negara berkenaan selama tiga tahun berturut-turut atas hubungan buruh yang stabil dan harmoni. Di Indonesia, melalui acara amal seperti "Help Millions of Children Realize Dreams" dan usaha penyetempatan yang mendalam, Yili berperanan sebagai satu-satunya perusahaan Cina yang diberi pengiktirafan dengan Anugerah Khas bagi Bisnis Indonesia Corporate Social Responsibility Awards (BISRA). Subsidiari New Zealand pula menerima beberapa anugerah seperti Great Workplace Award dan Award for Investment Between China and New Zealand yang seterusnya mewujudkan penanda aras untuk kerjasama silang budaya. Kesemua ini telah dapat meningkatkan reputasi global Yili dan membina kepercayaan untuk pengembangan selanjutnya.

Dengan memajukan kepelbagaian budaya dan keterangkuman, Yili mentransformasikan konsensus budaya menjadi kevitalan korporat dan nilai-nilai bersama menjadi momentum perniagaan, seterusnya memperkukuh daya saing globalnya. Sambil terus-menerus membangunkan produk yang memenuhi jangkaan pengguna global terhadap kehidupan yang lebih sihat, Yili memanfaatkan budaya sebagai jambatan bagi meneroka laluan mampan untuk "menuju global" dan "berkembang di peringkat tempatan." Laluan ini menawarkan model yang boleh direplikasi untuk jenama-jenama Cina yang sedang menempuh perjalanan global mereka.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Organic Food