CHANGSHA, China, 26 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) meraikan pelancaran pek bateri kuasa ke-5,000 di Changsha apabila ia turut memperkenalkan portfolio baharu dengan komponen tenaga baharu teras, lantas memperkukuh komitmennya terhadap inovasi hijau dan elektrifikasi peralatan bermutu tinggi.
Unit ke-5,000 ini menonjolkan kemajuan Zoomlion dalam membina ekosistem tenaga bersih yang mengintegrasikan komponen teras, pembangunan sistem serta aplikasi dunia sebenar. Sistem pengurusan bateri proprietari mengupayakan pemantauan sel yang tepat dan kawalan cas/nyahcas pintar, seterusnya mengekalkan prestasi yang stabil dalam keadaan cuaca ekstrem. Dengan keselamatan, integrasi, jangka hayat dan keserasian yang dipertingkat, pek bateri ini kini digunakan secara meluas dalam kren, peralatan konkrit serta mesin pertanian.
"Pek bateri kuasa kami dibina untuk keandalan dan keserbagunaan, dengan jangka hayat kitaran 20% lebih lama berbanding produk-produk setanding," kata Lin Yong, Pengurus Besar Zoomlion New Energy Technology Development Co., Ltd. "Ia berjaya dilaksanakan dalam bas tenaga baharu dan jentera pembinaan, manakala maklum balas yang diterima adalah sangat positif."
Selain pencapaian bateri, Zoomlion turut memperkenalkan matriks baharu dengan komponen tenaga baharu yang utama, mencakupi kuasa litium, sistem pemacu elektrik dan tenaga hidrogen. Pelancaran ini menggambarkan strategi "inovasi tindanan penuh, keserasian senario penuh" oleh syarikat ini.
Bagi penyelesaian bateri litium pula, Zoomlion melancarkan tiga siri utama: pek pertanian-hibrid "Xiaoyun" dengan keserasian spektrum penuh dan julat suhu -40°C hingga 60°C; siri "Standard Box" yang menyokong pengembangan fleksibel 140–800kWj yang telahpun diuji merentas lebih 2.6 juta kilometer operasi komersial; dan siri "Mining" yang direka dengan ciri keselamatan struktur yang teguh serta sistem pengurusan dalaman yang disesuaikan dengan persekitaran lombong yang mendesak.
Suite pemacu elektrik yang diperkenalkan merangkum sistem motor dan kawalan berkecekapan tinggi dan berketumpatan tinggi seperti motor wayar rata engganan 120kW, pengawal pemacu utama dwimodul 300kW dan rangkaian kuasa trak perlombongan elektrik 700kW. Teras bagi ekosistem ini ialah platform kawalan domain yang baru diperkenalkan dan dikuasakan oleh cip enam-teras yang mampu melakukan lebih 1,000 pelarasan dinamik sesaat, selain mengupayakan kawalan berbilang domain yang lancar dalam seluruh rangkaian penuh jentera elektrik.
Zoomlion turut memperkenalkan penyelesaian hidrogen rangkaian penuh yang meliputi pengeluaran, pengisian bahan api dan penggunaan. Sistem ini melibatkan pengelektrolisis kompak, stesen pengisian bahan api tekanan tinggi pertamanya dan unit kuasa sel bahan api 300kW yang menawarkan pilihan rendah karbon yang baharu untuk sektor pengangkutan serta tenaga.
Pengenalan kepada pencapaian ini serta pelancaran komponen baharu menandakan usaha Zoomlion yang berterusan terhadap inovasi dan seterusnya memajukan transformasi industri ini melalui teknologi teras.