omniture

Hainan Media Tour: Terbuka kepada Peluang Baharu

Hainan International Media Center (HIMC)
2025-10-26 09:14 22

HAIKOU, China, 26 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Laporan daripada Hainan International Media Center:

Mulai 15-17 Oktober, Hainan Media Tour membawa para wartawan daripada lebih 20 outlet media domestik dan juga antarabangsa, termasuk The Christian Science Monitor, Czech Television, China Arab TV dan Xinhua News Agency dalam suatu perjalanan penjelajahan bagi meninjau kemajuan pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan dan persediaan yang dibuat untuk operasi kastam khas di seluruh pulau.


From October 15 to 17, the Media Tour of Hainan was successfully held in Hainan.

Semasa lawatan selama tiga hari itu, wakil-wakil media menghadiri sesi wawancara berkumpulan untuk wartawan, mengadakan perbincangan yang mendalam bersama para pegawai wilayah Hainan mengenai kerangka dasar Pelabuhan Perdagangan Bebas dan persediaan yang dibuat untuk operasi kastam khas. Perwakilan ini turut melawat Haikou, Danzhou, Qionghai, Sanya dan bandar-bandar pulau lain bagi memerhatikan pelaksanaan dasar, pembangunan infrastruktur dan juga pembangunan industri.

Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan akan melancarkan secara rasmi operasi kastam khas di seluruh pulau pada Disember 2025 sebagai sebahagian daripada usaha wilayah berkenaan untuk menjadi pintu masuk utama yang menerajui keterbukaan China.

Semasa berlangsungnya persidangan mengenai FTP, para wartawan dimaklumkan bahawa kerangka dasar dan institusi FTP Hainan awal telahpun diwujudkan, 'senarai negatif' pertama China untuk perdagangan perkhidmatan rentas sempadan dan langkah-langkah khas yang pertama untuk memudahkan capaian pasaran sudahpun dilaksanakan, manakala dasar bebas tarif untuk jualan domestik barangan terproses nilai tambah turut diperluas ke seluruh pulau.

Pengamal media memberi perhatian yang teliti kepada kepantasan pembangunan industri Hainan dan mengambil maklum mengenai pembangunan antarabangsa Hainan tatkala wilayah berkenaan menerajui usaha China menuju keterbukaan. Wartawan Macau Monthly, Qi Jige terlibat dalam dokumentasi jangka panjang mengenai bagaimana Pelabuhan Yangpu berkembang menjadi sebuah hab perkapalan antarabangsa melalui dasar dan infrastruktur. Seorang wartawan Vietnam memerhatikan dengan teliti inovasi perubatan di Boao Lecheng, manakala wartawan Hong Kong Radio, Luo Weihao menyatakan harapan berhubung kerjasama yang lebih erat antara Hainan dan Hong Kong.

Para wartawan turut memerhatikan sektor pengguna Hainan yang rancak. Wang Junyue, seorang wartawan China Daily, menyatakan bahawa bandar bebas cukai itu telahpun berjaya mengintegrasikan pelancongan dan juga penggunaan. Pengumuman yang dibuat mengenai dasar bebas cukai perlepasan pulau yang baru dioptimumkan memperlihatkan selanjutnya komitmen Hainan terhadap inovasi yang berterusan.

Hainan Media Tour melaporkan amalan FTP Hainan dalam aspek inovasi dasar, pembangunan industri serta kerjasama yang terbuka kepada komuniti antarabangsa daripada pelbagai perspektif yang seterusnya membuka jendela baharu yang membolehkan dunia memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai Hainan.

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services