omniture

HICC Pet® Lancar Gel Penjagaan Oral & Mata: Tingkatkan Rutin Harian untuk Haiwan Peliharaan Lebih Sihat, Lebih Bahagia

The HICC Pet Brand
2025-10-26 09:34 4

Meningkatkan Gaya Hidup Haiwan Peliharaan Seharian

SINGAPURA, 26 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bagi pemilik haiwan peliharaan masa kini, menjaga haiwan peliharaan mereka bukanlah sekadar rutin—ia merupakan ungkapan kasih sayang yang terjalin dalam kehidupan seharian. Bermula daripada dakapan pagi hari hinggalah berjalan-jalan pada waktu petang, haiwan peliharaan mempengaruhi rentak kehidupan seharian. Atas sebab inilah HICC Pet, iaitu jenama penjagaan haiwan peliharaan A.S. yang dipercayai oleh doktor haiwan, memperkenalkan Oral Care Gel dan Eye Relief Gel baharu. Kedua-dua rumusan tanpa bilas ini dikuasakan oleh Asid Hipoklorus yang terkenal dengan sifat pencucian serta penyahbauan dan direka untuk membantu pemilik haiwan peliharaan mengurus keperluan kebersihan haiwan peliharaan yang penting dengan mudah dan konsisten dalam kehidupan seharian mereka.


Penjagaan Oral Dipermudah

Memberus gigi haiwan peliharaan tidak selalunya mudah—namun ia tidak seharusnya menimbulkan tekanan. Oral Care Gel daripada HICC Pet menyokong kesihatan oral sekali gus kekal lembut dan bebas daripada bahan kimia yang memudaratkan. Penyelesaian tanpa bilas ini senang digunakan dan dapat disesuaikan dengan mudah dalam rutin penjagaan haiwan peliharaan setiap hari, seterusnya menjadikan kebersihan oral sebagai tabiat yang mudah. Sama ada pada pagi yang sibuk, rutin penjagaan yang dibuat di mana-mana sahaja mahupun petang yang tenang di rumah, haiwan peliharaan boleh mempunyai nafas yang lebih segar dan mulut yang lebih bersih pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Penjagaan Mata Lembut, Menyamankan

Mata haiwan peliharaan ialah bahagian yang sensitif dan Eye Relief daripada HICC Pet menyediakan penyelesaian yang mudah serta melegakan. Gel ini membantu melindungi daripada bahan perengsa, menenangkan rasa tidak selesa dan membersihkan kotoran air mata dan lelehan dengan lembut. Sambil menawarkan perlindungan yang berpanjangan, rumusan ini juga lembut pada mata sensitif dan menyokong pemulihan semula jadi kulit. Amat sesuai untuk anjing dan juga kucing, Eye Relief Gel menjadikan penjagaan mata sebagai bahagian bebas tekanan dalam rutin penjagaan haiwan peliharaan seharian.

Penjagaan Harian, Gaya Hidup Lebih Baik

Menerusi pelancaran Oral Care Gel dan Eye Relief Gel, HICC Pet menghapuskan rasa sangsi berhubung penjagaan oral dan mata melalui penyelesaian kesejahteraan di rumah yang begitu senang digunakan. Dikuasakan oleh Asid Hipoklorus yang dipercayai, kedua-dua gel ini membantu mengurus kebersihan pada dua bahagian yang paling sensitif—menawarkan rutin yang terasa lembut untuk haiwan peliharaan dan mudah didekati oleh pemilik haiwan peliharaan. Inovasi-inovasi ini menggambarkan anjakan yang semakin meningkat dari segi bagaimana haiwan peliharaan dijaga, apabila penyelenggaraan rutin menjadi bahagian yang cukup bermakna dalam kehidupan seharian. Inovasi-inovasi ini bersama-sama menyokong tabiat harian yang membantu memupuk haiwan peliharaan yang lebih sihat, lebih bahagia—dan insan yang menyayanginya.

Rakan-rakan kongsi industri boleh meneliti Gel Penjagaan Oral dan Mata baharu bersama pasukan HICC Pet APAC di Pameran Doktor Haiwan Singapura yang berlangsung pada 24–25 Oktober yang melaluinya inovasi berfokuskan gaya hidup ini akan dipamerkan secara rasmi.

Hubungi marketing.sg@hiccpet.com

Source: The HICC Pet Brand
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Animal Welfare Animals/Pets New products/services