NANTONG, China, 25 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 September 2025, Sidang Kemuncak Jenama Asia ke-20 telahpun berlangsung di Hong Kong apabila World Brand Lab mengeluarkan secara rasminya laporan "Asia's 500 Influential Brands" ("500 Jenama Paling Berpengaruh Asia 2025") tahunannya. Jiangsu DongCheng Power Tools dari China sekali lagi dimasukkan ke dalam senarai ini dan menduduki tempat ke-456 yang didorong oleh pengaruh jenama yang semakin meningkat. Ia kekal menjadi satu-satunya perusahaan dalam industri alatan kuasa Asia yang mendapat tempat dalam senarai kedudukan ini.
Sebagai penilaian yang penting terhadap pengaruh jenama di Asia, Asia's 500 Influential Brands menerima pakai kriteria penilaian yang meliputi bahagian pasaran, kesetiaan pelanggan serta kepimpinan di Asia. Kemunculan semula DongCheng dalam senarai ini menonjolkan kekuatannya yang komprehensif dalam inovasi teknikal, pengembangan pasaran dan juga pembinaan jenama.
Inovasi teknologi yang berterusan kekal menjadi teras bagi daya saing pasaran DongCheng. Pada tahun 2024, jumlah hasil jualan DongCheng mencapai RMB6.468 bilion yang memperlihatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 4.52%, dengan segmen alatan tanpa kord memacu pertumbuhan pada nilai RMB2.322 bilion dan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 11.32%. Diperakui oleh institusi pihak ketiga iiMedia Research, DongCheng mengekalkan kedudukan teratas bagi volum jualan di pasaran alatan kuasa China selama 12 tahun berturut-turut dan menduduki tempat pertama bagi volum jualan alatan kuasa litium selama 4 tahun berturut-turut. Menjelang akhir tahun 2024, syarikat ini mengumpulkan lebih 2,300 permohonan paten global, termasuk lebih daripada 900 paten dipersetujui sah, lebih 70 permohonan paten antarabangsa PCT dan lebih daripada 60 permohonan paten ciptaan luar negara. Pada tahun 2024, DongCheng melancarkan secara bebas lebih daripada 50 produk baharu, seterusnya memperluas portfolio produknya kepada lebih 700 model. Tatkala ia mengukuhkan kepimpinannya dalam sektor alatan kuasa, DongCheng turut berkembang kepada peralatan tangan dan melancarkan lebih daripada 800 produk dalam 12 kategori untuk membina "ekosistem alatan hujung ke hujung" yang lebih komprehensif.
Di peringkat global, DongCheng berpegang teguh kepada strategi jenama bebas dengan portfolio tiga jenama — DCK, DongCheng dan DCA — yang mendorong pengembangan antarabangsa melalui kedudukan terbeza. Produk-produknya kini boleh didapati di lebih 80 negara dan wilayah, termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah & Afrika, serta Eropah dan benua Amerika. Disokong oleh lebih 7,900 kedai imej eksklusif luar negara, jualan luar negara DongCheng pada tahun 2024 mencapai lebih RMB 1.071 bilion, meningkat 11.36% tahun ke tahun.
Pada tahun 2025, tatkala menyambut ulang tahunnya yang ke-30, DongCheng mengadakan acara Pelancaran Produk Baharu Musim Panas Maya pertama yang memperkenalkan beraneka jenis produk inovatif, termasuk alatan tanpa kord seperti Gerudi Pemacu Tanpa Berus DCJZ2090, Perengkuh Hentaman Tanpa Berus DCPB968, serta peralatan berkebun seperti Gergaji Rantai Tanpa Berus Berkelajuan Tinggi DCCS20121-2 dan Pemangkas Tanpa Berus DCYD35S. Antara kesemua produk ini, Mesin Rumput Pintar Tanpa Sempadan memenangi Anugerah Platinum di MUSE Design Awards dan menarik perhatian yang luas daripada golongan profesional.
Penganalisis menyatakan bahawa komitmen DongCheng untuk berkembang ke pasaran antarabangsa melalui jenama-jenama proprietari dan kehandalan teknologinya menunjukkan keyakinan terhadap keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produknya dan pembinaan jenama. Pengembangan antarabangsanya bukan sahaja merupakan suatu peluasan pasaran tetapi turut menggambarkan penerimagunaan dan pengiktirafan global terhadap teknologi inovatifnya.
Melangkah ke hadapan, DongCheng akan terus memperkukuh keupayaan R&D dan memperdalam jejaknya di pasaran global, seterusnya menyampaikan produk dan perkhidmatan yang lebih berdaya saing untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik bersama pengguna global.