SINGAPURA, 27 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- YeePay, penyedia perkhidmatan transaksi digital yang terkemuka untuk ekosistem penerbangan dan pelancongan global, membuat penampilan yang mantap di ITB Asia 2025, iaitu acara perdagangan pelancongan B2B terbesar di Asia yang diadakan mulai 15–17 Oktober di Sands Expo & Convention Centre di Singapura.
Di bawah tema "Meneliti Trend dan Inovasi Membentuk Masa Depan Pelancongan," ITB Asia pada tahun ini menghimpunkan lebih 1,900 peserta pameran dan 18,500 ahli profesional industri dari Asia-Pasifik, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan benua Amerika. Acara ini berperanan sebagai platform yang utama untuk kolaborasi global, inovasi dan juga pertukaran industri.
Sebagai peserta pameran, YeePay membawakan Penyelesaian Transaksi Akaun Perusahaan Global Sehenti yang direka untuk menangani cabaran utama yang dihadapi oleh syarikat penerbangan, OTA dan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam mengurus pembayaran rentas sempadan. Penyelesaian ini membolehkan perniagaan mengendalikan kutipan, pembayaran dan pengurusan FX global dengan lancar melalui satu akaun — menawarkan kos yang lebih rendah, kadar yang lebih baik dan penyelesaian yang lebih pantas.
"ITB Asia menandakan tahun ketiga berturut-turut kami mengambil bahagian dalam acara global ini," kata Yu Chen, Pengasas Bersama YeePay. "Kami percaya pembayaran adalah lebih daripada sekadar cara untuk memindahkan dana — ia merupakan jambatan yang menghubungkan sumber pelancongan global. Melalui perkhidmatan transaksi profesional dan mematuhi piawaian, YeePay bermatlamat untuk membantu organisasi-organisasi kebudayaan dan pelancongan China berkembang di peringkat antarabangsa dan dalam masa yang sama membolehkan perusahaan-perusahaan pelancongan luar negara menembusi pasaran China dengan mudah."
Disokong oleh kepakaran industri dan inovasi teknologi selama 22 tahun, YeePay membina rangkaian transaksi global pintar yang meliputi lebih 200 negara dan wilayah serta menyokong lebih daripada 60 mata wang. Menerusi enjin FX pintar, sistem akaun global dan infrastruktur penyaluran dana pintar, YeePay menyediakan pelanggan dengan pengurusan dana yang mematuhi piawaian, perkhidmatan FX teroptimum dan penyelesaian transaksi tersuai yang sejajar dengan pelbagai keperluan perniagaan.
Dengan mengintegrasikan teknologi kewangan dengan pelancongan budaya, YeePay tetap komited untuk memperkasakan inovasi, pemulihan dan pertumbuhan ekonomi pelancongan global yang mampan.
Latar Belakang YeePay
Ditubuhkan pada tahun 2003, YeePay ialah salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran pihak ketiga berlesen yang terkemuka di China, dikawal selia oleh People's Bank of China. YeePay menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu juta pelanggan perusahaan merentas industri-industri termasuk pelancongan, peruncitan, teknologi kewangan (fintech), perdagangan rentas sempadan dan perkhidmatan kerajaan digital.
Ketahui lebih lanjut di global.yeepay.com.
Ikuti kami di LinkedIn
Maklumat Perhubungan Perniagaan:
Lingshu Meng
lingshu.meng@yeepay.com