![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 27 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kolmar Korea mengumumkan bahawa ia telahpun dipilih sebagai satu-satunya syarikat kosmetik untuk memimpin projek AI Factory Alliance biayaan kerajaan yang diatur oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Sumber (MOTIR) Korea Selatan. Melalui inisiatif ini, syarikat ini bermatlamat untuk melangkah melangkaui automasi kilang pintar ke arah autonomi pembuatan dipacu AI, seterusnya meningkatkan daya saing global industri kecantikan-Korea (K-beauty).
Di bawah projek ini, Kolmar Korea akan membangunkan sistem pembuatan autonomi AI yang mengintegrasikan semua proses pengeluaran kosmetik—bermula daripada perancangan dan formulasi hinggalah kawalan kualiti, pengisian dan pembungkusan. Tidak seperti kilang pintar tradisional yang beroperasi berdasarkan input manusia pratetap, kilang AI menggunakan kecerdasan buatan untuk menganalisis data pada masa nyata dan mengoptimumkan operasi pengeluaran secara autonomi.
Kementerian Perdagangan, Industri dan Sumber (MOTIR) ialah agensi kerajaan pusat Korea Selatan yang menyelia teknologi industri, penyelidikan dan pembangunan (R&D), perniagaan serta perdagangan. Di bawah visi nasionalnya untuk menjadi "Kuasa Pembuatan Terkemuka Dunia Menjelang Tahun 2030," kementerian ini melancarkan AI Factory M.AX (AI Transformation) Alliance, memilih syarikat-syarikat yang terkemuka daripada setiap sektor untuk memacu inovasi AI dalam pembuatan. Kolmar Korea dipilih sebagai satu-satunya syarikat kosmetik yang menerajui inisiatif ini yang diiktiraf atas kecemerlangan teknologi dan keupayaan pembuatannya yang menempatkannya di barisan hadapan dalam industri kecantikan-Korea.
Kolmar Korea merancang untuk memodularisasikan setiap peringkat pembuatan dan menggunakan model AI termaju bagi mencapai ketepatan proses sebanyak lebih 95%, salah satu standard tertinggi dalam industri. Ini akan dapat mengurangkan dengan ketara kerja semula yang disebabkan oleh kecacatan dan memaksimumkan kecekapan pengeluaran. Peralihan kepada kilang AI juga akan mengupayakan pengeluaran campuran tinggi dan volum rendah, lalu membolehkan tindak balas pantas terhadap permintaan pelanggan yang pelbagai.
Projek ini akan berjalan selama empat tahun empat bulan, mulai September 2025 hingga Disember 2029. Sebagai syarikat peneraju dalam Bio Division AI daripada AI Factory Alliance, Kolmar Korea akan menerajui Transformasi AI (AX) dalam sektor pembuatan kosmetik. Inisiatif-inisiatif utama termasuk:
Dengan pasaran kosmetik global yang semakin menekankan pemperibadian dan kepantasan, pembuatan dipacu AI menjadi sesuatu yang amat penting bagi mengekalkan kepimpinan global kecantikan-Korea. Banyak proses pengeluaran dalam industri ini masih banyak bergantung pada tenaga kerja manual, terutamanya untuk reka bentuk dan pembungkusan produk yang disesuaikan. Kolmar Korea berhasrat untuk berkongsi amalan terbaik daripada pelaksanaan AI Factory bagi mempercepat inovasi digital dalam seluruh ekosistem pembuatan kosmetik Korea.
Kolmar Korea sudahpun meletakkan asas untuk pembuatan berasaskan AI melalui sistem kilang pintar yang ditubuhkan pada tahun 2019 dan dapat mengurangkan kadar kecacatan sebanyak 42%. AI Factory baharu ini akan membangun berdasarkan kejayaan berkenaan, seterusnya mewujudkan sistem pembuatan generasi akan datang yang dioptimumkan untuk pengeluaran kelompok kecil yang fleksibel.
Seorang pegawai Kolmar Korea menyatakan, "Dipilih sebagai satu-satunya syarikat kosmetik untuk projek AI Factory kerajaan mengiktiraf kepimpinan teknologi kami dalam pembuatan dipacu AI. Kami akan memanfaatkan sistem AI autonomi kami bagi memajukan standard pembuatan kosmetik Korea dan seterusnya memperkukuh daya saing global kecantikan-Korea."
Kolmar Korea mengendalikan pangkalan pembuatan di Korea, Amerika Syarikat, Kanada dan China serta merancang untuk melancarkan sistem AI baharu di semua tapak pengeluaran global. Syarikat ini juga bermatlamat untuk memperluas aplikasi teknologi AI Factory kepada gabungan Kolmar Group yang lain, termasuk Kolmar BNH (makanan tambahan kesihatan), HK inno.N (farmaseutikal) dan Yonwoo (pembungkusan kosmetik).
Maklumat Perhubungan Media
Kolmar Holdings
Jang-Woo Lee
jay.lee@kolmar.co.kr