ZHANGJIAGANG, China, 27 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 24 Oktober, Festival Kebudayaan Sungai Yangtze 2025 bermula secara rasminya di Zhangjiagang, Wilayah Jiangsu bagi meraikan warisan budaya yang mendalam dan juga kevitalan kreatif wilayah ini. Anjuran Jabatan Publisiti Jawatankuasa Wilayah Jiangsu PKC, Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Jiangsu dan Kerajaan Rakyat Bandar Raya Suzhou, acara ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Publisiti Jawatankuasa Perbandaran Suzhou PKC, Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Perbandaran Suzhou serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Zhangjiagang.
Festival pada tahun ini dimulakan dengan pementasan teater kecil yang bertajuk The Invitation, sebuah persembahan pentas terbitan tempatan yang menceritakan kisah sebuah muzium sepanjang Sungai Yangtze yang menerima jemputan untuk menyertai "Pameran Relik Budaya Sungai Yangtze China." Melalui sembilan artifak perwakilan yang berasal dari Zhangjiagang—setiap satu membawa sejarah selama ribuan tahun—pementasan ini mengundang penonton untuk merenungkan semangat kemanusiaan dan peradaban yang tak lapuk dek zaman.
Antara sorotan penting daripada festival ini ialah pameran bertajuk yang mempersembahkan 159 set artifak bersejarah dari seluruh rantau ini. Pada 24 Oktober juga, acara luar iaitu "Berbasikal Melintasi 100 Tempat Indah Sepanjang Sungai Yangtze: Temui Pesona Air Jiangsu" berlangsung di Pulau Shuangshan yang melaluinya projek pelancongan budaya dalam talian "Jelajah Awan 3D: Jiangsu Air" telahpun diperkenalkan. Di samping itu, bulan promosi pelancongan dalam negeri "Hai, Sungai Yangtze" telahpun dilancarkan, termasuk pelancaran panduan perjalanan digital baharu yang meliputi lapan bandar sepanjang Sungai Yangtze.
Kini memasuki tahun ke-22, Festival Kebudayaan Sungai Yangtze terus berperanan sebagai sebuah platform serantau yang utama bagi tujuan pertukaran budaya dan penyertaan awam. Sejak penubuhannya, festival ini menyatukan Zhangjiagang dan 13 wilayah, kawasan autonomi dan kawasan perbandaran sepanjang Sungai Yangtze dan melibatkan lebih daripada 200 organisasi yang mengambil bahagian dalam menganjurkan lebih 180 acara, menarik anggaran 500 juta peserta baik secara bersemuka mahupun secara luar talian. Acara ini membawakan program-program yang dibangunkan berasaskan lima tema utama, termasuk Warisan Sungai Yangtze, Warisan Budaya Tak Ketara Sungai Yangtze, Seni Sungai Yangtze, Berjalan-jalan sepanjang Sungai Yangtze dan Membuka Sungai Yangtze. Turut berlangsung serentak, Kempen Promosi Penggunaan Pelancongan Budaya 2025 "Yangtze Gemilang, Perjalanan Musim Luruh ke Zhangjiagang" menonjolkan legasi budaya sungai ini dan turut memaparkan kerelevanannya dalam kehidupan kontemporari.