omniture

Ban Ki-moon Puji LEPAS, JeryL Lee Sertai Pengalaman -- LEPAS Giatkan Pengembangan di Asia Tenggara

Chery Group
2025-10-27 23:46 8

WUHU, China, 27 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery 2025, En. Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-8 telahpun berkunjung ke Wuhu dan melawat LEPAS Elegant Lifestyle House yang pertama di dunia, serta meneliti LEPAS L8, LEPAS L6 dan LEPAS L4 dari jarak dekat serta berkongsi pandangan berharga mengenai kelestarian.

Ban Ki-moon Praises LEPAS, JeryL Lee Joins the Experience — LEPAS Accelerates Its Expansion in Southeast Asia
Ban Ki-moon Praises LEPAS, JeryL Lee Joins the Experience — LEPAS Accelerates Its Expansion in Southeast Asia

JeryL Lee, bintang pop Malaysia yang sedang meningkat naik, turut melawat LEPAS Elegant Lifestyle House untuk mengalami sendiri falsafah "Kehidupan Elegan" oleh jenama ini. Di Karnival Pengguna Antarabangsa Chery, beliau muncul dalam LEPAS L8, memberikan persembahan menawan yang memantapkan hubungan emosi LEPAS dengan pengguna Asia Tenggara. Ybg. En. NG KAI SENG, Menteri-Penasihat Kedutaan Malaysia di China, turut menghadiri sidang kemuncak ini bagi menyaksikan prestasi "Pemanduan Elegan" LEPAS yang luar biasa dan pencapaian pentingnya dalam pengembangan global.

LEPAS membuat penampilan sulung antarabangsanya di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia (GIIAS) di Jakarta dan melancarkan secara rasmi perjalanannya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dengan barisan penuh yang terdiri daripada tiga model dan reruai yang berwarna-warni, pameran LEPAS menarik perhatian yang luas. LEPAS L8, sebagai model andalan, merangkumkan kuasa yang dipertingkat dan keserbabolehan; LEPAS L6 mewakili kecanggihan pintar yang mengimbangi kecerdasan dan kecantikan; manakala LEPAS L4, iaitu ikon urban baharu, menguasai ketangkasan dan gaya muda. Model-model ini bersama-sama mengekspresikan dengan jelas "Estetika Harimau Bintang" yang istimewa daripada LEPAS.

Mendapat tempat sebagai "Jenama Pilihan untuk Kehidupan Mobiliti Elegan," LEPAS mendukung falsafahnya iaitu "Pandu Keeleganan Anda" bagi menjadikan setiap perjalanan elegan. Nama jenama LEPAS membawa tiga makna: LE (Leopard) melambangkan lakuran yang sempurna antara kepantasan, kuasa dan keanggunan yang mempersembahkan "Estetika Harimau Bintang" dan penguasaan teknologi oleh jenama ini; LEAP menggambarkan visi globalnya yang melangkaui sempadan geografi dan budaya; dan PASSION menyampaikan tenaga dan inspirasi, lalu menggalakkan golongan elit bandar untuk meneroka gaya hidup dipacu teknologi yang dipertingkat. Lawatan oleh Ban Ki-moon dan JeryL Lee memperlihatkan sejauh mana jenama-jenama tenaga baharu Cina melangkah ke persada global. Berpandukan visi global Chery Group iaitu "Di suatu tempat, Untuk suatu tempat, Berada di suatu tempat," LEPAS akan terus memperkukuh kehadirannya di Asia Tenggara, menggunakan Teknologi Elegan LEPAS dan mobiliti hijau untuk memperkasakan setiap perjalanan dan menerangi "Kehidupan Elegan" buat pengguna di seluruh dunia.

 

Source: Chery Group
Keywords: Transportation