BEIJING, 27 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Langjiu, iaitu jenama baijiu Cina yang terkemuka telahpun mengadakan acara "Chinese Langjiu, Welcoming the World" ("Langjiu Cina, Mengalu-alukan Dunia") di Itali mulai 20 hingga 23 Oktober.
Semasa berlangsungnya acara ini, Langjiu mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Fesyen Global 2025 yang diadakan di Milan, Itali mulai 21 hingga 22 Oktober, sebagai rakan kongsi minuman keras eksklusif yang menonjolkan daya tarikan budaya baijiu Cina di pentas antarabangsa.
Sidang kemuncak pada tahun ini memfokuskan pada topik-topik perbatasan dalam industri fesyen global, termasuk kecerdasan buatan, inovasi kreatif dan kelestarian yang menghimpunkan wakil-wakil daripada institusi kerajaan, persatuan industri serta perusahaan yang terkemuka.
Luo Xi, timbalan pengurus besar Jabatan Perniagaan Antarabangsa Langjiu, berkata semasa upacara pembukaan sidang kemuncak ini bahawa meskipun fesyen dan minuman keras bermutu tinggi tergolong dalam dunia yang berbeza, kedua-duanya merupakan suatu bentuk "seni masa" yang merangkum ketukangan dan inspirasi.
"Fesyen ialah ekspresi yang utama bagi keindividuan dan estetika, manakala Qinghua Lang, salah satu produk andalan daripada Langjiu, menonjolkan keharmonian antara keindahan semula jadi dan semangat artisan," kata Luo dan menambah bahawa Langjiu berharap dapat memberi inspirasi kepada dialog antara fesyen global dan tradisi pembuatan minuman keras kuno China.
Susulan sidang kemuncak ini, Langjiu menganjurkan sebuah majlis resepsi koktel bertema yang menampilkan Qinghua Lang yang melaluinya para tetamu dapat menikmati koktel gaya aperitif kreatif yang diinspirasikan oleh gabungan tradisi Timur dan Barat.
Itali menjadi persinggahan pertama bagi acara "Chinese Langjiu, Welcoming the World" Langjiu. Semasa lawatannya ke Itali, pasukan Langjiu turut berkunjung ke Florence, tempat bermulanya Zaman Renaissance untuk mengadakan dialog bersama Marchesi Mazzei, sebuah kilang wain Itali yang terkenal dan mempunyai sejarah selama lebih 650 tahun.
Kedua-dua pihak turut bertukar-tukar pandangan mengenai falsafah pembuatan wain, terroir serantau dan pengantarabangsaan jenama. Francesco Mazzei, pengerusi Marchesi Mazzei, memuji ketukangan dan visi Langjiu dengan mengatakan bahawa akan ada potensi yang cukup besar untuk menjalin kerjasama.
Langjiu turut menganjurkan majlis merasa gala "Qinghua Lang Night" ("Malam Qinghua Lang") di Florence yang dihadiri oleh pegawai kerajaan bandar dan pemilik kilang wain tempatan. Para tetamu dapat menikmati aroma bermutu tinggi dan kedalaman budaya baijiu aroma-sos China. Semasa berlangsungnya acara ini, Luo berkata lawatan Langjiu ke Itali memperlihatkan komitmen jenama ini untuk berkongsi budaya baijiu Cina di peringkat global dan memajukan pengantarabangsaan industri-industri tradisional.
Susulan penampilan sulungnya di Itali, kempen global Langjiu akan diteruskan di Perancis, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan negara-negara lain dengan memanfaatkan minuman keras bermutu tinggi sebagai jambatan untuk mengadakan dialog, pertukaran budaya serta jalinan kerjasama.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348034.html