omniture

Festival Pengiklanan Antarabangsa China ke-32 & AdAsia Beijing 2025 ke-34 Berakhir Dengan Jayanya

THE 32ND CHINA INTERNATIONAL ADVERTISING FESTIVAL·ADASIA BEIJING 2025
2025-10-28 13:17 9

Dwi Acara, Masa Depan Bersama: Komuniti Pengiklanan Global Meninjau Perbatasan Baharu di China

BEIJING, 28 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Festival Pengiklanan Antarabangsa China ke-32 (CIAF 2025) dan AdAsia Beijing 2025 ke-34 berlangsung di Zhongguancun International Innovation Center di Beijing mulai 24 hingga 26 Oktober. Acara ini, yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiklanan China melalui kolaborasi bersama Kerajaan Rakyat Daerah Haidian Perbandaran Beijing dan Asian Federation of Advertising Associations menyaksikan buat julung kalinya industri pengiklanan China menerima pakai format "dwihos" yang terhubung di peringkat global. Di bawah tema "Iklan Generasi Akan Datang Dipacu AI: Bertumpu di China, Berdenyut merentas Asia," perhimpunan ini mengumpulkan lebih 220 pemimpin pengiklanan dan pemasaran yang terkemuka dari lebih 30 negara dan wilayah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai inovasi dan masa depan industri ini.

Sorotan utama daripada program pada tahun ini ialah pengenalan kepada kerangka "Dual-Event Linkage" ("Penghubungan Dwi-Acara") yang menarik perhatian penting daripada komuniti pengiklanan global. Para eksekutif daripada Accenture Song, Dentsu, WPP dan Kantar, seiring bersama wakil-wakil daripada China Media Group, Tencent, Haier, Ocean Engine, NetEase Media, Baidu, Huawei, Kuaishou dan Xiaohongshu, terlibat dalam dialog peringkat tinggi mengenai "AI² — Inovasi Pengiklanan dan Kecerdasan Buatan" serta "Kemajuan dalam Globalisasi Jenama." Mereka bersama-sama berkongsi pandangan jauh dan amalan rintis yang mentakrifkan semula masa depan komunikasi jenama.

Berasaskan ekosistem teknologi Daerah Haidian Beijing—penjana negara bagi sains, inovasi dan keusahawanan—acara ini memperlihatkan impak teknologi digital yang transformatif. Pameran interaktif membawakan alatan kreatif dipacu AI, avatar digital dan pameran maya imersif yang menonjolkan potensi tanpa batasan di persimpangan antara kreativiti dan teknologi. Integrasi silang sektor antara teknologi dan pengiklanan ini mempercepat inovasi dan menetapkan penanda aras baharu untuk pertumbuhan industri global.

Acara ini turut membawakan agenda dinamik yang melibatkan upacara pembukaan, forum utama, majlis penyampaian anugerah sebagai pengiktirafan industri yang terkemuka daripada Persatuan Pengiklanan China—Yellow River Award 2025 bagi Pengiklanan Perkhidmatan Awam dan Great Wall Award 2025 bagi Pengiklanan Komersial. Dua puluh forum tematik dan tiga pameran utama mempamerkan pencapaian kreatif yang luar biasa dan kempen berpandangan jauh dari serata dunia, seterusnya memberikan perspektif yang komprehensif terhadap jangkauan global dan kevitalan kreatif.

Kejayaan penganjuran CIAF 2025 dan AdAsia Beijing 2025 memperlihatkan pengaruh China yang semakin meningkat sebagai sebuah hab untuk inovasi pengiklanan. Dengan keterbukaan dan keyakinan yang semakin meningkat, industri ini berkongsi kebijaksanaan dan penyelesaian Cina di seluruh dunia, seterusnya memacu era pertumbuhan global yang baharu.

 

Source: THE 32ND CHINA INTERNATIONAL ADVERTISING FESTIVAL·ADASIA BEIJING 2025
Keywords: Advertising Trade show news Artificial Intelligence