SHENZHEN, China, 29 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 25 Oktober 2025, "AI lights up the future" ("AI menerangi masa depan")— Forum AI Ulang Tahun ke-21 dan Acara Pelancaran Produk Baharu Unilumin Group telahpun diadakan secara besar-besaran di Pangkalan Pembuatan Pintar Daya Bay.
Lebih 400 rakan kongsi, termasuk rakan kongsi ekosistem global Unilumin, pelabur dan wakil media berhimpun untuk membincangkan laluan ke arah pengindustrian AI dan menyaksikan pencapaian serta kemajuan terkini dalam strategi LED+AI Unilumin.
Tiger Lin, Pengerusi Unilumin Group, menyatakan dalam ucapannya bahawa tahun 2025 merupakan tahun yang kritikal untuk pelaksanaan AI yang dipercepat, dengan resonans dasar, teknologi dan ekologi memacu kecerdasan buatan untuk diintegrasikan sepenuhnya ke dalam kehidupan orang ramai. Dalam menghadapi era AI, Unilumin akan memfokuskan pada dua hala tuju: "penyesuaian model menegak khusus-industri" dan "aplikasi AI" yang mengupayakan skrin besar untuk berfikir dan berkhidmat, berkembang daripada pembawa maklumat kepada gerbang interaktif yang pintar. Unilumin berharap dapat berkolaborasi dengan rakan kongsi global untuk bersama-sama memajukan penyelesaian AI ke dalam beribu-ribu industri, seterusnya membentuk semula nilai terminal dalam industri Metasight.
Di acara ini, Unilumin secara rasminya menandatangani dan mencapai persetujuan kerjasama dengan Zhipu serta YMATE dan ketiga-tiga pihak ini bersama-sama melabur dalam menubuhkan Shenzhen Intelligent Display Robot Co., Ltd.
Syarikat baharu ini akan membina sistem ekologi inovatif dalam bidang terminal pintar AI melalui kolaborasi teknikal, menyediakan sokongan hujung-ke-hujung bermula daripada latihan model menegak khusus-industri hinggalah integrasi perisian dan perkakasan bagi menggalakkan pelaksanaan "penjelmaan paparan" AI dalam bidang tadbir urus, pendidikan, persidangan, pelancongan budaya dan senario-senario lain, seterusnya membantu penaiktarafan pintar dalam industri Metasight.
Penubuhan syarikat usaha sama ini menyaksikan transformasi strategik dalam industri paparan LED bermula daripada "persaingan perkakasan" kepada "persaingan ekosistem". Melalui gandingan teknologi yang mendalam dan pelaksanaan senario yang tepat, ketiga-tiga pihak mentakrifkan semula sempadan nilai skrin besar, memacunya bagi menjadi infrastruktur teras dalam era ekonomi digital. Tatkala arah aliran "penjelmaan paparan" menjadi semakin pantas, model kerjasama ini dijangka akan mendorong inovasi penggugat dalam lebih banyak bidang menegak, seterusnya menetapkan penanda aras baharu untuk penaiktarafan pintar dalam industri ini.
Dengan melonjak secara strategik daripada "pembekal perkakasan paparan" semata-mata kepada "penyedia aplikasi perkhidmatan pintar AI", Unilumin berharap dapat berpadu tenaga dengan rakan kongsi bagi memanfaatkan AI untuk membantu perniagaan mencapai pembangunan melonjak dan menyediakan penyelesaian AI yang lebih pintar untuk pelbagai industri.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.unilumin.com/