BEIJING, 29 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Quanzhou, sebuah bandar pelabuhan di Wilayah Fujian, bahagian tenggara China, termasyhur kerana sejarahnya yang panjang dan juga kekayaan budayanya. Tatkala bandar ini memperhebat usaha untuk melindungi warisan budayanya, ia turut mengambil langkah untuk menggiatkan semula khazanah ini dan seterusnya mencipta peluang pembangunan yang baharu.

A tourist (right) is wearing flowery headwear at Xunpu Village of Quanzhou City, southeast China's Fujian Province, Aug. 27, 2025. (Provided by Zhou Yi)
Sebagai salah satu pelabuhan yang terbesar di dunia sepanjang Jalan Sutera Maritim yang bersejarah pada zaman dahulu, bandar ini menempatkan 22 tapak budaya yang disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Dengan tapak warisan dunia sebagai terasnya, Quanzhou memperkenalkan peraturan tempatan pada tahun 2022 bagi menggalakkan integrasi budayanya yang mendalam dengan pelancongan. Kerajaan menjalankan projek-projek pengubahsuaian mikro untuk membaiki tapak warisan sekali gus memelihara rupa asalnya.
Di samping itu, bandar ini membangunkan model pelancongan yang inovatif, seperti Warisan Dunia + persembahan, adat resam rakyat dan masakan bagi meningkatkan lagi integrasi antara budaya dan pelancongan.
Demi memastikan perlindungan warisan yang berkesan, kerajaan tempatan telahpun melaksanakan beberapa peraturan, menubuhkan institut penyelidikan arkeologi dan pusat perlindungan warisan dengan kerjasama institusi-institusi profesional domestik serta membina mekanisme pengurusan dalam tempoh jangka panjang untuk merangkum semua aspek perlindungan warisan.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348071.html