omniture

Envision Energy Rangkul Emas bagi Kolaborasi Rentas-Sempadan di Asian Power Awards 2025

Envision Energy
2025-10-29 10:53 6

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, iaitu peneraju bertaraf global bagi teknologi hijau diberi penghormatan menerusi Anugerah Emas bagi Kolaborasi Rentas-Sempadan Tahunan Terbaik di Asian Power Awards 2025 atas peranannya dalam Projek Angin Monsun 600 MW di Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao P.D.R.).

Projek Angin Monsun merupakan pembangunan kuasa angin yang pertama di Laos dan ladang angin unit tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Sebagai pembekal turbin angin yang eksklusif, Envision menandatangani perjanjian bekalan turbin dalam bulan Mac 2023 dan berjaya menyiapkan kesemua 133 turbin angin lebih awal daripada yang dijadualkan menjelang Julai 2024 yang menyaksikan suatu pencapaian besar bagi kerjasama tenaga boleh baharu dalam Inisiatif Jalur dan Jalan.


"Memenangi anugerah EMAS bagi Kolaborasi Rentas-Sempadan Terbaik Tahunan merupakan detik yang cukup membanggakan buat pasukan kami," kata John Lee, Pengurus Besar Pasaran Asia & Afrika di Envision Energy. "Projek Angin Monsun menonjolkan keupayaan kami dalam menyiapkan projek-projek antarabangsa berskala besar dan memajukan tenaga bersih serantau. Menyiapkan ladang angin terbesar di Asia Tenggara lebih awal daripada yang dijadualkan menggambarkan dedikasi pasukan dan rakan kongsi kami dalam mengatasi cabaran teknikal dan logistik sekali gus menetapkan penanda aras bagi kolaborasi rentas-sempadan dalam sektor tenaga boleh baharu."

Terletak di wilayah selatan Sekong dan Attapeu, Projek Angin Monsun akan menghantar kuasa bersih merentasi sempadan ke Vietnam melalui talian penghantaran 500 kV. Sepanjang jangka hayat operasinya, projek ini dijangka akan dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 35 juta tan. Ia turut menyokong cita-cita strategik Laos untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai "Bateri Asia Tenggara" dengan berperanan sebagai sebuah hab serantau untuk eksport tenaga boleh baharu.

Envision Energy mengguna pakai teknologi canggih dan mekanisme jaminan projek khusus bagi mengatasi keadaan tapak yang mencabar dan memastikan penyiapan yang berkualiti tinggi bagi kesemua 133 turbin angin lebih awal daripada yang dijadualkan. Peranan syarikat dalam Projek Angin Monsun diiktiraf oleh pihak berkepentingan sebagai penanda aras untuk kolaborasi tenaga hijau antarabangsa. Pencapaian ini mengetengahkan kepakaran Envision Energy dalam melaksanakan projek tenaga boleh baharu rentas sempadan berskala besar dan menekankan kepentingan inisiatif sedemikian dalam memenuhi tuntutan tenaga Asia yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama memajukan peralihan kepada penjanaan kuasa lestari.

Asian Power Awards yang sering kali dirujuk sebagai "Oscar bagi industri kuasa," meraikan projek-projek paling inovatif dan transformatif yang memacu pembangunan tenaga bersih Asia. Pencapaian oleh Envision Energy menggambarkan kepimpinannya dalam memupuk kelestarian serantau dan membentuk masa depan tenaga boleh baharu merentasi sempadan.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards