omniture

FETC International Pamer Teknologi Mobiliti Pintar Termaju dan MLFF di My ASEAN Roads & Traffic Tech Expo 2025

FETC International
2025-10-30 10:11 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- FETC International Co., Ltd., peneraju bertaraf global bagi penyelesaian tol Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam My ASEAN Roads & Traffic Tech Expo (MyARTTE) 2025 yang akan diadakan mulai 3–5 November 2025 di MITEC Kuala Lumpur, Malaysia.

FETC International, dengan kerjasama KJS-SEP, telah berjaya melaksanakan Bukti Konsep (Proof of Concept, POC) bagi sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di Maju Expressway (E20).
FETC International, dengan kerjasama KJS-SEP, telah berjaya melaksanakan Bukti Konsep (Proof of Concept, POC) bagi sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di Maju Expressway (E20).

Sebagai persidangan dan pameran yang paling inovatif di Asia bagi jalan raya, lalu lintas dan teknologi pengangkutan, MyARTTE 2025 menghimpunkan agensi kerajaan, pengendali infrastruktur dan pemimpin teknologi untuk membincangkan kemajuan yang membentuk masa depan mobiliti di rantau ASEAN.

Di Reruai #2007, FETC International akan mempamerkan inovasinya yang terkini bagi Penyelesaian Bandar Pintar dan Sistem Lebuh Raya MLFF Generasi Akan Datang yang menampilkan cerapan daripada Bukti Konsep (POC) yang sudahpun disempurnakan baru-baru ini di Maju Expressway (E20) di Malaysia. Melalui kerjasama dengan KJS-SEP, sistem tersebut telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2024 dan ditamatkan pada 22 Ogos 2025. POC ini mencatatkan keputusan prestasi yang cemerlang, termasuk:

  • Kadar Pengesanan Kenderaan: 100%
  • Kadar Ketepatan ANPR: 100%
  • Kadar Ketepatan Pengebilan: 100%
  • Kadar Pengenalpastian RFID: 99.97%

Pencapaian ini menunjukkan kecemerlangan teknikal dan kesiapsiagaan FETC International untuk menyokong peralihan Malaysia ke arah infrastruktur tol yang cekap, mampan dan didayakan secara digital.

Perbincangan Meja Bulat: Masa Depan Pembayaran Mobiliti Lancar

Dalam sesi ini, sebagai sebahagian daripada program persidangan, En. Richard Wu, Naib Presiden FETC International akan menyertai sesi Perbincangan Meja Bulat (Rountable Discussion) yang bertajuk "Masa Depan Pembayaran Mobiliti Lancar" pada 4 November 2025 mulai jam 11:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Mewakili FETC International, En. Wu akan berkongsi pandangan mengenai faktor kejayaan utama dalam pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di peringkat nasional serta peranannya dalam memacu transformasi digital dalam sektor pengangkutan. Beliau juga akan mengetengahkan projek MLFF terkini FETC International di beberapa negara Asia.

Memacu Mobiliti Pintar di ASEAN

"FETC International berbesar hati dapat menyumbang kepakaran kami kepada MyARTTE 2025, memperlihatkan sejauh mana penyelesaian MLFF yang terbukti dapat meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemampanan dalam pengurusan jalan raya," kata En. Richard Wu, Naib Presiden FETC International. "POC kami yang berjaya di Maju Expressway (E20) menegaskan komitmen kami untuk menyokong visi Malaysia terhadap infrastruktur mobiliti pintar yang bersedia untuk masa depan."

Melalui inovasi dan kolaborasi, FETC International terus bekerjasama dengan kerajaan dan pihak berkepentingan industri bagi membentuk ekosistem pengangkutan yang terhubung dan pintar di seluruh Asia.

Kunjungi FETC International di Reruai #2007

FETC International mengalu-alukan semua pengunjung ke Reruai #2007 di MyARTTE 2025 bagi meninjau kemajuan terkini dalam teknologi pengangkutan pintar dan menyertai perbincangan mengenai masa depan infrastruktur jalan raya di Malaysia serta ASEAN.

Latar Belakang FETC International

FETC International Co., Ltd. ialah perintis global bagi penyelesaian tol Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF). Syarikat ini menyediakan penyelesaian Mobiliti Pintar dan Tempat Letak Kereta Pintar hujung-ke-hujung yang komprehensif yang mengintegrasikan teknologi penderiaan termaju, analisis data dan platform pengurusan berasaskan awan, bagi membantu pengendali mengoptimumkan kecekapan, ketelusan serta pengalaman pengguna.

Dengan pengalaman berdekad-dekad dalam pelaksanaan sistem kutipan tol elektronik berskala besar dan projek pengangkutan pintar, FETC International komited untuk memajukan transformasi digital pengangkutan dan mengupayakan mobiliti yang mampan, cekap dan pintar untuk semua.

Source: FETC International
Keywords: Computer/Electronics Transportation Trade show news Future Events