omniture

JETOUR T1 i-DM Tembusi Filipina, Terajui Arah Aliran Hibrid Pintar

Jetour
2025-10-30 14:23 6

MANILA, Filipina, 30 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- JETOUR melancarkan secara rasminya T1 i-DM di Filipina. Sebagai versi hibrid T1, kenderaan ini meneruskan falsafah reka bentuk "Tahan Lasak Baharu" ("New Rugged") istimewa daripada siri ini, seterusnya menetapkan arah aliran baharu bagi SUV. Mendapat kedudukan sebagai "PHEV Urban SUV", ia direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna tempatan, bermula daripada perjalanan ulang-alik harian bandar hinggalah pengembaraan hujung minggu yang bertujuan untuk memberikan pengalaman mobiliti yang komprehensif serta inovatif untuk semua senario.


Menerusi tema 'Masa Depan Bertemu Masa Lalu', acara pelancaran ini mempersembahkan lakuran antara warisan budaya Filipina dan teknologi canggih. Berlatarbelakangkan tarian tradisional dan muzik moden, JETOUR T1 i-DM diperkenalkan. Sebuah zon pengalaman VR yang imersif, "Drive Through the Philippines" ("Pandu Lalu Filipina") membolehkan tetamu memandu melintasi mercu tanda ikonik negara ini secara maya. Ia turut menawarkan pratinjau bagi prestasi pemanduan pintar T1 i-DM.

T1 i-DM membawakan lampu besar daun klover berdaun empat yang sangat tersendiri dan bar lampu horizon lebar penuh. Di bahagian dalam, kabinnya mencapai keseimbangan terancang antara keupayaan yang mantap dan keselesaan terkemas, dicapai melalui mutu ketukangan yang teliti, jahitan yang elegan, kontur yang dapat diubah dan penggunaan bahan sentuhan lembut yang meluas.

Di acara pelancaran ini juga, En. Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International, menyatakan: "Sistem hibrid dalam T1 i-DM memberi respons secara langsung kepada dwijangkaan pengguna dari segi penggunaan bahan api yang rendah dan juga pengalaman pemanduan umpama EV, lalu menjadikannya pilihan ideal yang mengimbangi perjalanan ulang-alik harian dengan kembara hujung minggu."

Model ini dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid khusus dengan enjin kecekapan terma 44.5% yang utama dalam industri ini. Digandingkan dengan penghantaran khusus-hibrid, T1 i-DM mencapai penggunaan bahan api yang mengagumkan iaitu hanya 1.08L/100 km sambil mengekalkan penggunaan bahan api serendah 5.89L/100 km walaupun dalam keadaan cas rendah. Tambahan pula, dalam sebahagian besar senario pemanduan harian, T1 i-DM beroperasi dalam mod elektrik tulen, lalu memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan senyap yang hampir tidak dapat dibezakan daripada EV penuh.

Menerusi pelancaran T1 i-DM, JETOUR mengambil satu langkah ke hadapan yang penting untuk JETOUR dalam strategi tenaga baharunya. Melangkah ke hadapan, JETOUR akan terus memperteguh portfolio teknologi hibridnya dan memperkenalkan lebih banyak produk inovatif bagi mempercepat peralihan kepada mobiliti hijau. Jenama ini bermatlamat untuk menjadi "Jenama SUV Luar -jalan Hibrid yang Terkemuka di Dunia."

Source: Jetour
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services