![]() |
HONG KONG dan SINGAPURA, 30 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Vista, kumpulan penerbangan peribadi terkemuka dunia, mengumumkan komitmen serta rancangan pengembangannya untuk Asia bagi tahun 2026, selaras dengan permintaan kukuh terhadap penyelesaian penerbangan melalui jenama utamanya, VistaJet dan XO, di rantau Asia Pasifik sepanjang separuh pertama tahun 2025.
Membina kecemerlangan dalam landskap penerbangan Asia yang terus berkembang
Permintaan terhadap penerbangan peribadi di seluruh Asia Pasifik meningkat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan syarikat mencatat pertumbuhan sebanyak 26% tahun ke tahun bagi keahlian langganan Program di rantau tersebut. Hong Kong dan Singapura kekal sebagai destinasi utama di Asia, berperanan sebagai pintu masuk antarabangsa utama bagi Asia Utara dan Asia Tenggara masing-masing, manakala Kuala Lumpur dan Tokyo terus menjadi pilihan popular bagi perjalanan perniagaan dan santai.
"Salah satu pemacu utama di sebalik permintaan kukuh ini ialah kerana bandar-bandar tersebut memenuhi keperluan perjalanan perniagaan dan juga santai. Ia bukan sahaja merupakan hab komersial utama di Asia, tetapi juga destinasi pelancongan yang sangat popular," kata Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial di Vista. "Kami melihat trend yang jelas dalam kalangan usahawan dan eksekutif kanan ke arah 'perjalanan bleisure', yang menggabungkan urusan kerja dengan masa percutian. Terutama bagi individu bernilai tinggi, batas antara masa bekerja dan masa peribadi semakin kabur, kerana mereka sering melakukan perjalanan bersama ahli keluarga."
XO, pasaran digital milik Vista, menawarkan akses jet yang fleksibel dan mengikut permintaan
XO ialah rangkaian penerbangan peribadi global yang menyediakan akses yang fleksibel, efisien dan segera kepada lebih daripada 2,000 pesawat di seluruh dunia. XO memastikan pesawat yang tepat untuk setiap penerbangan peribadi merentasi semua kelas kabin — daripada penerbangan domestik jarak dekat hingga jadual perjalanan antarabangsa berbilang destinasi.
Walaupun Amerika Utara kekal sebagai pasaran utama bagi jenama tersebut, tempahan penerbangan antarabangsa melalui XO melonjak hampir 40% pada tahun 2024. Pertumbuhan luar biasa ini menyerlahkan peningkatan permintaan terhadap penyelesaian penerbangan peribadi yang telus dan fleksibel, baik di pasaran baharu mahupun pasaran yang sudah matang.
"Kami menyaksikan peningkatan permintaan daripada pelanggan di Asia yang mencari penyelesaian penerbangan yang fleksibel dan segera. Menerusi aplikasi mudah alih XO, pelanggan di Asia boleh menempah dan mengesahkan penerbangan mereka dengan harga masa nyata," kongsi Crystal Wong, Presiden — Asia Pasifik di Vista. "Ia merupakan cara paling mudah dan fleksibel untuk mula terbang secara peribadi."
Pertumbuhan berterusan VistaJet di Asia
VistaJet telah menjadi peneraju dalam pasaran penerbangan peribadi Asia Pasifik selama 17 tahun. Penyelesaian VistaJet meniru pengalaman memiliki pesawat tanpa kerumitan atau kos yang berkaitan, dengan menawarkan akses terjamin kepada ahli terhadap armada pesawat ikonik berwarna perak dan merah miliknya, sambil memastikan standard keselamatan dan perkhidmatan tertinggi untuk perjalanan global yang lancar sepanjang 365 hari setahun.
Pada separuh pertama tahun 2025, keahlian Program mencatat pertumbuhan sebanyak 26% tahun ke tahun. Jepun mencatat rekod sebagai rantau dengan pertumbuhan terpantas, dengan peningkatan sebanyak 67%, diikuti oleh Singapura yang mencatat pertumbuhan 50%.
Pencapaian luar biasa ini didorong oleh momentum ekonomi yang kukuh di seluruh rantau Asia Pasifik. Di sebalik landskap geopolitik yang terus berubah, Vista mengiktiraf kepentingan membina hubungan jangka panjang di peringkat serantau dan global. Dengan ekonomi Asia yang berorientasikan global dan kemunculan kuasa serantau baharu, rantau ini menawarkan potensi menarik untuk kerjasama serta pertumbuhan antarabangsa.
Semakin banyak syarikat beralih kepada jet perniagaan bagi memaksimumkan penjimatan masa serta membolehkan eksekutif bekerja dengan lebih cekap dan dalam suasana peribadi ketika di udara. Hal ini dimungkinkan oleh ruang yang luas serta kemudahan eksklusif yang terdapat pada jet perniagaan, seperti pesawat perdana Vista, Global 7500.
Sebagai jet perniagaan terbesar dan dengan jarak penerbangan terpanjang, Global 7500 menawarkan sambungan tanpa tandingan dengan keupayaan terbang sehingga 17 jam tanpa henti. Sayap yang direka dengan ketepatan tinggi memberikan pengalaman penerbangan yang amat lancar dalam kabin luas yang menampilkan empat ruang tempat tinggal berasingan, termasuk bilik tidur kekal — sesuai untuk keperluan perniagaan mahupun keluarga.
"Dengan kehadiran XO kini di Asia, pelanggan kami menikmati yang terbaik daripada kedua-dua dunia melalui infrastruktur global Vista daripada penerbangan mengikut permintaan dengan tempahan segera melalui platform XO, hinggalah penyelesaian penerbangan terjamin yang meniru pengalaman memiliki pesawat menerusi VistaJet. Kami menyediakan perjalanan tanpa gangguan yang menggabungkan capaian antarabangsa, fleksibiliti domestik serta pengalaman gaya hidup yang direka khas," simpul Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial Vista.
Maklumat tentang Vista
Vista Global Holding Limited (Vista) ialah syarikat penerbangan perniagaan global terkemuka dunia yang menyediakan perkhidmatan penerbangan perniagaan di seluruh dunia melalui rangkaian anak syarikatnya dan pasukan yang terdiri daripada lebih 4,000 pakar. Sebagai kumpulan global yang beribu pejabat di Dubai, Vista menggabungkan portfolio syarikat yang unik untuk menawarkan perkhidmatan tanpa aset bagi merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan termasuk liputan penerbangan global yang terjamin dan mengikut permintaan, penyelesaian langganan dan keahlian, serta perkhidmatan dagangan dan pengurusan.
Selama 20 tahun memacu inovasi dalam industri melalui pelaburan berterusan dalam bakat, teknologi dan infrastruktur, misi Vista adalah untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan paling maju dengan nilai terbaik — pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Kepakaran luas Vista dalam industri membolehkannya menyediakan penyelesaian dan teknologi menyeluruh dari hujung ke hujung bagi memenuhi keperluan pelanggan penerbangan perniagaan di seluruh dunia. Perkhidmatan ini ditawarkan melalui jenama utamanya, termasuk VistaJet dan XO.
Maklumat lanjut dan berita Vista di www.vistaglobal.com.
"Vista" ialah nama dagangan untuk Vista Global Holding Limited. Vista tidak mengendalikan sebarang pesawat. Semua penerbangan dikendalikan oleh pengendali berlesen sepenuhnya, yang mungkin termasuk anak syarikat seperti VistaJet Limited atau VistaJet GmbH. Vista juga memegang kepentingan minoriti tanpa pengawalan dalam pengangkut udara terus Amerika Syarikat yang berlesen FAA dan berdaftar dengan DOT, iaitu Western Air Charter, Inc. (DBA Vista America), Jet Select, LLC (DBA Vista America) dan Talon Air LLC.
Maklumat:
press@vistaglobal.com
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2805674/Vista_Leadership_Team.jpg
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2755695/5583640/Vista_Logo.jpg?p=medium600