omniture

Hari Bandar Sedunia 2025: Zoomlion Perkukuh Pembangunan Bandar Global, Fokus pada Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat

Zoomlion
2025-10-31 15:36 6

CHANGSHA, China, 31 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) menyambut Hari Bandar Sedunia 2025 melalui sokongannya yang berterusan terhadap pembangunan bandar lestari, pengangkutan saling hubung serta bandar pintar masa depan. Melalui penyertaan yang berterusan dalam projek-projek pembinaan mercu tanda, syarikat ini membantu mempercepat peralihan global ke arah kehidupan bandar yang lebih inklusif dan dipacu teknologi.

Zoomlion's tower cranes supporting construction of a high-rise complex in New Alamein City, Egypt
Zoomlion's tower cranes supporting construction of a high-rise complex in New Alamein City, Egypt

Urbanisasi menjadi salah satu arah aliran global yang amat penting dalam era kita. Hari ini, lebih separuh daripada penduduk dunia menetap di bandar, angka yang dijangka akan meningkat kepada hampir 70% menjelang tahun 2050. Pertumbuhan pesat ini turut membawa cabaran bersama seperti kesesakan lalu lintas, infrastruktur yang semakin usang dan keperluan terhadap pembangunan mampan. Sejajar dengan tema Hari Bandar Sedunia 2025 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu "Bandar Pintar Berpusatkan Rakyat," Zoomlion bukan sahaja menyumbang melalui teknologi dan kejuruteraan, malah melalui pendekatan yang bersepadu dan mengutamakan insan terhadap pembangunan bandar.

Di Timur Tengah, Zoomlion memacu urbanisasi moden Arab Saudi menerusi kerja-kerja pembangunan Projek Bandar Sisi Empat dan projek Mukaab di Riyadh, salah satu bangunan suhu terkawal yang tertinggi di dunia. Rig gerudi putar ZR420GW mengendalikan asas batuan keras yang dalam dan dalam masa yang sama disokong oleh jurutera di tapak, bimbingan pakar, bekalan alat ganti khusus dan pasukan tindak balas pantas. Syarikat ini turut memberikan sokongan infrastruktur untuk Bandar Baharu NEOM dengan pasukan perkhidmatan tempatan Zoomlion menyediakan bantuan teknikal pada masa nyata dan juga sokongan alat ganti.

Di Afrika, Zoomlion membantu menyiapkan Bandar Baharu Alamein Mesir yang menempatkan menara kediaman konkrit sepenuhnya yang tertinggi di Afrika dan turut menyumbang kepada Ibu Kota Pentadbiran Baharu negara berkenaan. Capaian syarikat ini menjangkau lebih jauh ke Afrika melalui sumbangan kepada Jambatan Rosso yang menghubungkan Senegal dan Mauritania, pembinaan stadium di Chad dan tempat utama untuk FIFA World Cup 2030 di Maghribi. Projek-projek ini disokong oleh tenaga kerja serantau Zoomlion yang semakin bertambah dengan lebih 90 peratus daripada lebih 300 pekerjanya yang berpangkalan di Afrika diambil bekerja di dalam negara.

Di seluruh Asia, rig Zoomlion menyokong Lebuhraya Pan-Borneo Malaysia, iaitu koridor pengangkutan serantau utama yang direka untuk menambah baik keterhubungan bandar-luar bandar. Di timur China, rig gerudi selongsong penuh daripada syarikat ini, iaitu yang terbesar seumpamanya di peringkat global, memajukan Projek Air Minum Sungai Xitang Suzhou, satu inisiatif yang amat penting untuk meningkatkan keterjaminan air dan kebingkasan alam sekitar bandar.

Usaha Zoomlion melangkaui aspek kejuruteraan dan memperlihatkan komitmen yang berpanjangan untuk membina lebih banyak bandar yang sesuai didiami. Tatkala dunia beralih menuju bandar pintar, Zoomlion tetap komited terhadap inovasi dan kolaborasi tempatan, serta amalan jangka panjang yang memperkasakan komuniti serta menyokong transformasi bandar lestari.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Transportation Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG