![]() |
CHONGQING, China, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Oktober, SERES mengeluarkan keputusan kewangannya bagi suku ketiga tahun 2025. Menurut laporan ini, SERES menjana hasil sebanyak 110.534 bilion RMB dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah 5.312 bilion RMB dalam tiga suku pertama, dengan pertumbuhan YoY sebanyak 31.56%.
Barisan Produk AITO Terus Berkembang; AITO M9 Mencipta Rekod Penghantaran untuk Segmen 500,000 RMB
Tahun ini, AITO menggiatkan pembangunan produk dan melancarkan beberapa model baharu. Bermula daripada AITO M5 Ultra baharu hinggalah AITO M9 edisi 2025 dan AITO M8 berorientasikan keluarga serta AITO M7 serba baharu, barisan model terpelbagai ini disambut baik oleh pasaran dan juga pelanggan.
Setakat ini, jumlah penghantaran merentas kesemua model AITO melangkaui 800,000 unit. AITO M9 sahaja telah menghantar lebih 250,000 unit dalam tempoh 21 bulan sahaja, lalu mencipta rekod untuk kenderaan dalam segmen 500,000 RMB. AITO M8 pula melangkaui 100,000 unit penghantaran, mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam segmen 400,000 RMB selama empat bulan berturut-turut. AITO M7 serba baharu mencapai lebih 20,000 unit penghantaran dalam tempoh hanya 36 hari pelancaran dan serta-merta menjadi model yang paling menonjol di pasaran.
Menurut Kajian Kesihatan Jenama Kenderaan Tenaga Baharu Separuh Pertama 2025 oleh Landroads Consulting, AITO menduduki tempat pertama dalam Indeks Keyakinan Pembangunan Jenama H1 2025. AITO M9 turut mengungguli senarai Skor Promoter Bersih (NPS) keseluruhan untuk model-model kenderaan tenaga baharu, dengan skor 85.2.
Didorong oleh Inovasi, Menjadi Pembuat NEV Mewah Pertama Industri dengan Penyenaraian "A+H"
Kejayaan pasaran AITO yang berterusan adalah hasil daripada pendekatan SERES yang berpandangan jauh terhadap inovasi teknologi. Syarikat ini benar-benar komited terhadap strategi kenderaan perisian tertakrif dan melabur banyak dalam teknologi teras seperti pengelektrikan dan sistem pintar. Inovasi-inovasi yang utama melibatkan SERES MF Technology Platform, SERES Super Range Extender dan juga SERES Intelligent Safety—kesemuanya meningkatkan daya saing produk.
Hasil daripada barisan produk yang diperbaharui, inovasi berterusan dan kecemerlangan operasi, SERES menerima "Anugerah Pelaburan Paling Berharga Golden Bull 2024." Dalam senarai kedudukan terkini 500 Perusahaan Teratas China, SERES melonjak 270 anak tangga ke kedudukan ke-190, lantas menjadi salah sebuah syarikat yang berkembang paling pantas dalam senarai ini.
Perlu dinyatakan bahawa SERES memulakan IPO Hong Kong pada 27 Oktober dan merancang untuk disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 5 November. Selepas penyenaraian, SERES akan menjadi pembuat NEV mewah pertama yang disenaraikan di tanah besar China dan juga Hong Kong (penyenaraian "A+H"), lantas memberikan momentum yang selanjutnya demi mencapai pertumbuhan pada masa depan.