![]() |
NINGBO, China, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") dan BASF bersama-sama mengisytiharkan penjajaran ke atas keperluan teras kaedah-kaedah perakaunan jejak karbon dan mencapai pengiktirafan bersama terhadap metodologi yang berasaskan kerangka di Persidangan Petroleum dan Kimia Antarabangsa China 2025 (CPCIC 2025) yang dihoskan mulai 22 hingga 24 Oktober di Ningbo.

Sinopec and BASF Mutually Recognize Product Carbon Footprint Accounting Methods, Sets New Benchmark for Industry Standardization.
Konsensus ini, sebagai satu contoh korporat terhadap usaha China untuk mencapai pergabungan antarabangsa dan pengiktirafan bersama bagi jejak karbon produk, menyaksikan langkah yang penting dalam kerjasama transformasi rendah karbon antara perusahaan-perusahaan kimia China dan Jerman, yang mendahului dalam mencapai kepercayaan bersama bagi data jejak karbon produk antara syarikat-syarikat Cina dan asing.
Sinopec dan BASF bersama-sama menugaskan badan pensijilan pihak ketiga yang terkemuka di peringkat dunia, TÜV Rheinland untuk melaksanakan semakan semula konsistensi terhadap metodologi kedua-dua pihak. Selepas beberapa pusingan penilaian, TÜV Rheinland mengesahkan bahawa kedua-dua metodologi berkenaan mematuhi piawaian antarabangsa ISO14067:2018 dan piawaian nasional China GB/T 24067–2024 dan tetap konsisten dalam elemen-elemen terasnya. Satu kenyataan konsistensi rasmi telahpun dikeluarkan yang membawa kedua-dua pihak untuk mencapai konsensus pengiktirafan bersama terhadap kaedah-kaedah perakaunan jejak karbon produk mereka.
Langkah ini akan meningkatkan dengan ketara kebolehbandingan dan ketelusan data jejak karbon merentas wilayah dan rantaian nilai, meningkatkan kecekapan penggunaan data, menggalakkan pengurangan karbon terselaras dalam rantaian industri serta menyumbang kepada pembangunan hijau dan berkualiti tinggi baik dalam perusahaan mahupun industri yang lebih luas.
Sinopec telahpun menjadi peneraju bagi pengurusan jejak karbon produk. Pada tahun 2015, ia merupakan syarikat pertama di China yang melancarkan penyelidikan mengenai perakaunan jejak karbon produk yang pada peringkat awal membangunkan kerangka metodologi untuk produk petrokimia. Pada tahun 2023, Sinopec mencapai perakaunan jejak karbon automatik pertama China untuk produk petroleum dan kimia.
Pada tahun 2024, bersama-sama CNPC, CNOOC, PipeChina dan empat perusahaan yang lain, ia memulakan dan membentuk Carbon Footprint Alliance pertama China untuk rantaian industri tenaga dan kimia yang berusaha secara kolaboratif untuk mengurangkan emisi dalam seluruh rantaian bekalan.
Sejak tahun 2021, China membina sistem pengurusan jejak karbon secara beransur-ansur dan meneliti mengenai pewujudan piawaian untuk jejak karbon kitaran hayat penuh produk, dengan matlamat untuk mewujudkan sistem sedemikian sebagai permulaan menjelang tahun 2027 dan turut menerbitkan piawaian umum perakaunan jejak karbon produk nasional selaras dengan amalan antarabangsa.