omniture

Xinhua Silk Road: Forum Sungai Chishui diadakan di Guizhou Barat Daya China fokus pada pembangunan mampan industri minuman keras global

Xinhua Silk Road
2025-11-02 03:47 22

BEIJING, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Forum Sungai Chishui 2025 telahpun diadakan di Wilayah Guizhou, barat daya China pada hari Selasa menerusi tema "Menggabungjalinkan Keharmonian" yang menarik minat hampir 400 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk wakil-wakil daripada syarikat-syarikat minuman keras terkemuka dan juga pakar-pakar industri untuk meneroka secara bersama pembangunan yang mampan dalam industri minuman keras global.

Photo shows a scene of the 2025 Chishui River Forum held in southwest China's Guizhou Province, October 28, 2025.
Photo shows a scene of the 2025 Chishui River Forum held in southwest China's Guizhou Province, October 28, 2025.

Dikenali sebagai "Sungai Minuman Keras Bermutu Tinggi China", lembangan Sungai Chishui menyumbang sebanyak lebih 60 peratus daripada kapasiti pengeluaran baijiu jiangxiangxing (perisa jiang) China yang merangkumi jenama-jenama terkenal seperti Moutai, Xijiu dan Langjiu. Kebijaksanaan proses pembruan tradisional sepanjang tebingnya, digandingkan dengan model pembangunan "simbiosis industri" Guizhou menawarkan rujukan yang unik untuk pertumbuhan dalam industri minuman keras global.

Para hadirin menyatakan bahawa nilai teras dalam industri minuman keras China terletak pada "kualiti + budaya" dan sektor ini kini telahpun memasuki era inovasi 3.0 -- yang ditakrifkan oleh "penghayatan budaya, penghargaan nilai dan penikmatan gaya hidup". Mereka menekankan bahawa keharmonian yang kolektif mendasari budaya minuman keras Cina dan simbiosis menjadi kunci kepada pembangunan industri minuman keras global yang mampan.

Mempererat kerjasama rentas sempadan, menggalakkan inovasi teknologi, berkongsi sumber industri dan membina standard kualiti bersama-sama akan menyuntik kevitalan baharu ke dalam pembelajaran bersama bagi budaya minuman keras Cina dan asing, sekali gus meningkatkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri minuman keras global.

Forum ini turut membawakan sesi dan dialog tematik, memupuk perbincangan yang mendalam mengenai topik-topik termasuk penerokaan senario aplikasi baijiu, keterlibatan pengguna Gen Z, integrasi budaya minuman keras Cina dan asing, serta transformasi digital dalam industri minuman keras.

Dua inisiatif utama telahpun dilancarkan di acara ini, iaitu Inisiatif Penggalakan Pembangunan Berkualiti-Tinggi Industri Minuman Keras Global yang dimulakan secara bersama oleh China Economic Information Service, China Moutai dan perusahaan minuman keras Cina dan asing yang terkemuka, serta Deklarasi Wain & Spirit Bermutu Tinggi Global Sungai Chishui yang bertujuan untuk bersama-sama menggalakkan pembinaan komuniti global yang bersifat terbuka, inklusif, kolaboratif, makmur dan juga inovatif dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk industri minuman keras.

Di samping itu, dua laporan telahpun dikeluarkan: satu laporan mengenai indeks pembangunan minuman beralkohol Cina dan global yang terkenal dan satu lagi laporan mengenai pembangunan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) bagi kawasan pengeluaran baijiu jiangxiangxing yang utama di dunia (Renhuai, Guizhou). Laporan-laporan ini bertujuan untuk mewujudkan satu sistem penilaian saintifik dan penanda aras nilai pembangunan digital untuk industri minuman keras global, seterusnya memberikan sokongan untuk pertumbuhannya.

Acara ini dimulakan oleh China Economic Information Service dan China Moutai.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348095.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Publishing/Information Service Trade show news