![]() |
Grand Venture Technology memulakan babak pertumbuhan global yang seterusnya tatkala Aalberts menyempurnakan penswastaan syarikat
SINGAPURA, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Novo Tellus, dana ekuiti swasta terkemuka yang memfokuskan pada pembinaan syarikat-syarikat industri dan teknologi, dengan sukacitanya mengumumkan kejayaan penyempurnaan pelaburannya dalam Grand Venture Technology ("GVT" atau "Syarikat").
Novo Tellus merasmikan perkongsiannya bersama GVT pada Mac 2021, apabila ia melabur sebanyak S$30 juta pada nilai S$0.33/saham untuk membantu membiayai pembinaan kapasiti dan keupayaan pengeluaran GVT yang ketara.
Sepanjang 4 tahun yang lalu, Novo Tellus bekerjasama erat dengan GVT untuk membantu mengembangkan keupayaan, pelanggan, industri vertikal, kapasiti dan produktiviti syarikat yang menghasilkan perolehan dan pertumbuhan ekuiti yang ketara.
Pada Julai 2025, GVT mengumumkan satu tawaran oleh peneraju pembuatan global Aalberts Advanced Mechatronics untuk memperoleh syarikat ini pada nilai S$ 0.94/saham. Transaksi berkenaan dimuktamadkan pada 27 Oktober 2025 yang menandakan berakhirnya perkongsian yang membuahkan hasil antara Novo Tellus dan Grand Venture Technology.
Mengimbau pertumbuhan transformatif di GVT sepanjang 4 tahun yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Julian Ng berkata, "kami berbangga dengan apa yang dicapai oleh pasukan pengurusan kami melalui perkongsian bersama Novo Tellus dan dengan sokongan pelanggan strategik serta pekerja kami yang berdedikasi.
Dalam tempoh 4 tahun yang lalu, GVT sudahpun:

From left to right: Julian Ng, CEO of Grand Venture Technology; Loke Wai San, Managing Partner of Novo Tellus; Ricky Lee, Executive Deputy Chairman of Grand Venture Technology
Kami akan merindui saat bekerjasama dengan rakan kongsi kami yang dipercayai di Novo Tellus, namun berharap dapat menjadi sebahagian yang penting daripada Aalberts untuk memajukan perniagaan pembuatan global mereka dengan jayanya di Asia."
"Kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan barisan kepimpinan yang berbakat di Grand Venture Technology," kata Loke Wai San, Rakan Pengurusan Novo Tellus dan menambah bahawa "walaupun kami berbangga dapat menjadi rakan kongsi dalam pertumbuhan yang begitu transformatif, kami turut berterima kasih kepada Timbalan Pengerusi Eksekutif Ricky Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Julian Ng dan semua pemimpin serta pekerja GVT atas usaha gigih mereka untuk merealisasikan visi masa depan GVT yang bercita-cita tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kami berpendapat bahawa wajarlah pada tahun ini untuk Julian Ng dan Robby Sucipto masing-masing memenangi anugerah 'Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Tahunan' dan 'Ketua Pegawai Kewangan Terbaik Tahunan' di Singapore Corporate Awards 2025, satu pengiktirafan yang wajar diterima atas pencapaian besar mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Grand Venture Technology merangkumkan aspirasi Novo Tellus untuk membina perniagaan yang berkekalan dan kami berharap agar urus selia kami dapat mewujudkan asas dan momentum untuk pertumbuhan yang berkekalan tatkala GVT berkembang maju di bawah pemilikan Aalberts NV pada masa akan datang."
Latar Belakang Grand Venture Technology
Ditubuhkan pada tahun 2012, GVT merupakan penyedia bagi penyelesaian dan perkhidmatan yang berkembang pesat dan dipercayai untuk pembuatan pemesinan jitu yang kompleks, komponen kepingan logam dan modul mekatronik. Kilang pembuatannya di Singapura, Pulau Pinang dan Johor (Malaysia), serta Suzhou (China) disokong oleh teknologi pembuatan automatik yang terkini, kemudahan bilik bersih Kelas 10,000 dan sistem pengurusan kualiti yang diperakui. Pasukan bakat kejuruteraan yang sangat berpengalaman dan berdedikasi daripada Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan kepada rangkaian global dan kukuh melibatkan rakan kongsi dan pembekal yang mantap dengan beraneka jenis penyelesaian kejuruteraan, pemasangan, pengujian dan pengurusan kitaran hayat produk. Portfolio pelanggan GVT berasal daripada industri semikonduktor, elektronik, sains hayat analitikal, aeroangkasa, perubatan dan automasi industri serta mewakili beberapa OEM yang terbesar dalam pasaran masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Grand Venture Technology, kunjungi gvt.com.sg
Latar Belakang Novo Tellus
Novo Tellus ialah sebuah firma ekuiti swasta yang memfokuskan pada pembinaan syarikat-syarikat teknologi dan industri yang berkekalan di Asia Tenggara. Firma ini dibezakan oleh pemahamannya yang mendalam tentang anjakan dalam ekosistem teknologi global dan menerusi perkongsiannya yang aktif dan empati bersama pasukan pengurusan untuk membina perniagaan yang berkekalan serta pulangan pelaburan yang unggul.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian bersama Novo Tellus, kunjungi novotellus.com