SINGAPURA, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- JoyLogistics, iaitu cabang penyelesaian rantaian bekalan JINGDONG Logistics (JD Logistics), mengumumkan pelancaran perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bersepadunya untuk barangan besar di Malaysia dan Singapura. Di kawasan-kawasan utama Kuala Lumpur, perkhidmatan penghantaran pada hari berikutnya boleh disediakan melalui temu janji.
Penghantaran peralatan atau perabot rumah yang lebih besar boleh menjadi hal yang lebih rumit berbanding mengendalikan bungkusan standard, dengan pesanan selalunya memerlukan peletakan di rumah atau pemasangan profesional.
Bagi menangani cabaran ini dan memastikan standard pengalaman pelanggan yang tinggi, JD Logistics menawarkan penyelesaian logistik penghantaran dan pemasangan sehenti yang bersepadu kepada perniagaan. Perkhidmatan ini memberikan sokongan secara hujung-ke-hujung bermula daripada penghantaran depan pintu dan pemasangan hinggalah persediaan di lapangan yang kesemuanya diselesaikan dalam satu lawatan sahaja. Pelanggan juga boleh memohon pemulangan dan pertukaran depan pintu demi memastikan pengalaman yang lancar, andal dan tanpa bimbang.
Dengan memanfaatkan rangkaian logistik globalnya, JoyLogistics turut menyediakan perkhidmatan 3PL yang komprehensif kepada perusahaan, termasuk pengangkutan rentas sempadan, penggudangan tempatan, pemenuhan keluar, penghantaran peringkat akhir dan pemasangan serta logistik balikan.
Sebagai cabang rantaian bekalan dan logistik JD.com, JINGDONG Logistics menjadi penyedia bagi perkhidmatan rantaian bekalan dan logistik bersepadu yang terkemuka di dunia. Ia mengendalikan lebih 3,600 gudang dan boleh menghantar 95% daripada pesanan pihak pertama dalam tempoh 24 jam di China. JINGDONG Logistics turut mewujudkan rangkaian logistik global berpusatkan gudang. Setakat ini, syarikat ini mengendalikan sembilan gudang luar negara di seluruh Asia Tenggara yang meliputi Malaysia, Thailand, Singapura, Vietnam dan juga Indonesia. Di bandar-bandar gudang tempatan, ia menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama dan hari berikutnya, manakala penghantaran rentas sempadan boleh tiba dalam masa sepantas 72 jam.
Bagi meningkatkan lagi keupayaan antarabangsanya, JINGDONG Logistics meluaskan rangkaian penggudangan, kargo udara dan penghantaran ekspresnya di seluruh Asia Tenggara, seterusnya memperkasakan perniagaan dan pengguna di seluruh ASEAN dengan penyelesaian logistik yang lebih pantas, lebih andal dan bersepadu sepenuhnya.
Latar Belakang JINGDONG Logistics
JINGDONG Logistics (HKEX: 2618) yang turut dikenali sebagai JD Logistics ialah penyedia bagi penyelesaian rantaian bekalan dan perkhidmatan logistik dipacu teknologi yang terkemuka. JINGDONG Logistics mewujudkan enam rangkaian logistik yang amat bersinergi termasuk penggudangan, pengangkutan laluan angkut, rangkaian penghantaran peringkat akhir, barangan besar, logistik rangkaian sejuk dan rangkaian logistik rentas sempadan. Melibatkan gudang awan yang dikendalikan oleh pihak ketiga, JINGDONG Logistics mengurus lebih 3,600 gudang, dengan jumlah keluasan melebihi 34 juta meter persegi. Syarikat ini kini mengendalikan lebih 130 gudang terikat, mel terus dan luar negara, dengan jumlah GFA melebihi 1 juta meter persegi yang menjangkau 23 negara dan wilayah di seluruh dunia. "JoyLogistics" dan "JoyExpress" ialah jenama-jenama perniagaan antarabangsa JINGDONG Logistics.