omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Ziyuan pamer pelbagai keluaran pertanian di ekspo antarabangsa Shenzhen

Xinhua Silk Road
2025-11-02 09:42 6

BEIJING, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Daerah Ziyuan di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China membuat penampilan ketiganya di Ekspo Makanan dan Pertanian Sedunia (Shenzhen) 2025 bagi mempamerkan pelbagai keluaran pertaniannya serta usaha yang berterusan dalam membina jenama-jenama keluaran pertanian.

Sebagai "rakan lama" Ekspo ini, Daerah Ziyuan membawakan rangkaian keluaran pertanian yang lebih pelbagai pada tahun ini.

Tiga kategori utama yang dipamerkan termasuk: keluaran pertanian yang digunakan sebagai ubat-ubatan dalam terapi perubatan tradisional Cina, seperti serbuk bunga lili, serbuk akar kudzu dan Luo Han Guo; sayur-sayuran organik tanah tinggi seperti tomato ceri, ubi keladi dan rebung; serta produk ternakan dan ayam itik yang berkualiti tinggi seperti daging babi hitam dan telur yang diperkayakan dengan selenium.

Kemajuan baharu turut dicapai dalam meluaskan rantaian industri berdasarkan pemahaman yang tepat oleh daerah ini berhubung arah aliran penggunaan dan ciri-ciri serantau. Beberapa produk makanan proses, seperti shumai telahpun dilancarkan. "Teh Wupaiyou" Ziyuan, iaitu sejenis makanan etnik minoriti tempatan yang telahpun diiktiraf sebagai warisan budaya tak ketara oleh wilayah autonomi turut diketengahkan.

Lei Zeguang, pengarah bersama bagi Koperasi Bekalan dan Pemasaran Daerah Ziyuan, memperkenalkan bahawa selepas mengambil bahagian dalam pameran ini selama tiga tahun berturut-turut, kawasan pameran Daerah Ziyuan telah diatur secara lebih profesional. Tahun ini, sebuah ruang merasa khas disediakan buat para hadirin untuk mencicipi rasa produk pada masa pameran ini. "Melalui dua pengalaman terdahulu, kami mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang cara untuk mempamerkan ciri-ciri produk dengan tepat," tambahnya.

Semasa berlangsungnya pameran ini, wakil-wakil dari Daerah Ziyuan turut diundang untuk mengambil bahagian dalam forum yang bertajuk "Laluan Praktikal untuk Integrasi Industri Tertiari di Daerah-daerah", selain berkongsi pengalaman pameran dan pandangan pasaran mereka selama tiga tahun, serta meneroka laluan baharu terhadap industrialisasi keluaran pertanian cirian bersama-sama wakil-wakil dari seluruh negara ini.

Tiga penampilan di Ekspo Makanan ini menunjukkan bahawa jenama-jenama keluaran pertanian Daerah Ziyuan telahpun mencapai kemajuan melonjak bermula dengan "mempamerkan produk" kepada "membina jenama" dan daripada "mengembangkan pasaran" kepada "mendahului jenama-jenama". Dengan bergantung pada kelebihan ekologi Daerah Ziyuan, pembangunan industri daerah ini memasuki peringkat pembangunan berkualiti tinggi baharu yang berorientasikan permintaan pengguna serta berpusatkan nilai jenama.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348133.html 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service Trade show news