omniture

Memancarkan Cahaya ke atas Kesejahteraan Kanak-kanak: ANESSA Sunshine Project Diperluas ke Singapura menerusi JFA | ANESSA Kids Event

ANESSA
2025-11-02 12:08 12

SINGAPURA, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Aktiviti-aktiviti luar bukan sekadar kegiatan yang menyeronokkan – namun ia merupakan pemangkin yang hebat untuk perkembangan fizikal, daya kreativiti, pertumbuhan kognitif dan juga kejayaan akademik[1]. Namun, di banyak negara, kanak-kanak menghadapi halangan yang mencegah mereka daripada menikmati manfaat ini. Menyedari hal ini, ANESSA jenama perlindungan cahaya matahari No.1 Asia[2] – memperkenalkan ANESSA Sunshine Project, iaitu satu inisiatif global yang meneliti cabaran harian ini terhadap aktiviti bermain di luar dan menyediakan penyelesaian praktikal serta relevan di peringkat tempatan bagi mendorong kesejahteraan holistik kanak-kanak sekali gus memanfaatkan kuasa cahaya matahari dengan selamat.

Di seluruh Asia Tenggara - terutamanya di Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand - peluang kanak-kanak untuk bermain di luar sering dibentuk oleh gaya hidup dan faktor-faktor persekitaran[3]. Komitmen akademik, capaian yang terhad ke ruang luar yang selamat dan haba melampau boleh menyebabkan kanak-kanak berada di kawasan tertutup, manakala kesedaran yang rendah tentang risiko UV boleh mencetuskan satu lagi halangan untuk menikmati cahaya matahari dengan selamat.

Faktor-faktor khusus antara negara juga membentuk pengalaman aktiviti luar kanak-kanak: di Filipina, masa di hadapan skrin dan kebimbangan tentang haba boleh menjejaskan aktiviti; manakala di Thailand, kesedaran tentang manfaat cahaya matahari masih lagi terbatas. Di Malaysia, akademik sering diberi keutamaan berbanding aktiviti fizikal; Malah di Singapura, selain komitmen akademik yang serupa, sesetengah ibu bapa turut meluahkan kebimbangan tentang pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.

Acara Kanak-kanak JFA | ANESSA bagi Projek ANESSA Sunshine di Singapura – menginspirasikan kanak-kanak untuk bersinar tanpa had di bawah cahaya matahari, dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Albirex Niigata Singapore.
Turut hadir dari kiri ke kanan:
Encik Daisuke Korenaga, Pengerusi, Albirex Niigata Singapore;
Encik Hassan Sunny, penjaga gol terkenal Singapura;
Encik Masao Nakayama, Pengarah Akar Umbi, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA);
Cik Kana Kadotani, Naib Presiden, Unit Jenama Global ANESSA;
Cik Jessica Fun, Pengarah Urusan, Shiseido Singapura;
Encik Nicolas Baudonnet, Ketua Pegawai Pemasaran & Pembangunan Perniagaan, Bahagian Kosmetik & Haruman; dan
Encik Badri Ghent, Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Singapura.
Acara Kanak-kanak JFA | ANESSA bagi Projek ANESSA Sunshine di Singapura – menginspirasikan kanak-kanak untuk bersinar tanpa had di bawah cahaya matahari, dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Albirex Niigata Singapore. Turut hadir dari kiri ke kanan: Encik Daisuke Korenaga, Pengerusi, Albirex Niigata Singapore; Encik Hassan Sunny, penjaga gol terkenal Singapura; Encik Masao Nakayama, Pengarah Akar Umbi, Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA); Cik Kana Kadotani, Naib Presiden, Unit Jenama Global ANESSA; Cik Jessica Fun, Pengarah Urusan, Shiseido Singapura; Encik Nicolas Baudonnet, Ketua Pegawai Pemasaran & Pembangunan Perniagaan, Bahagian Kosmetik & Haruman; dan Encik Badri Ghent, Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Singapura.

JFA | ANESSA Kids Event - yang diadakan di Jurong East Stadium - dirancang oleh ANESSA seiring bersama Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) serta menggabungkan latihan bola sepak secara langsung yang diketuai oleh jurulatih terlatih JFA dengan pelajaran yang interaktif mengenai keselamatan cahaya matahari.

Teras bagi program pada tahun ini ialah ANESSA Sunshine Lab - sebuah bilik pembelajaran yang diterbalikkan apabila cahaya matahari menjadi gurunya.

Menyedari keinginan semulajadi kanak-kanak Singapura untuk belajar, Sunshine Lab direka untuk melibatkan mereka melalui pelajaran interaktif dan berstruktur yang menggabungkan pendidikan bersama aktiviti bermain. Dengan menyalurkan rasa ingin tahu semulajadi mereka, kanak-kanak menemui kepentingan kesedaran mengenai UV dan dalam masa yang sama dapat menikmati aktiviti bermain di luar yang sihat – lantas menjadikan tabiat pintar-cahaya matahari sebagai sesuatu yang menyeronokkan, biasa dan mudah diamalkan.

Satu detik yang paling menonjol pada hari itu ialah penampilan istimewa oleh Hassan Sunny yang memikat hati para peserta dan memberi inspirasi kepada mereka melalui perjalanan peribadinya baik di dalam mahupun di luar padang.

"Bermain di luar semasa kecil mengajar saya mengenai disiplin, keyakinan dan kebingkasan," kongsi Sunny. "Inisiatif seperti ANESSA Sunshine Project merupakan sesuatu yang sangat berharga kerana ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkembang melalui sukan dan aktiviti bermain di luar. Saya berharap dapat melihat program ini berkembang di peringkat serantau, agar lebih ramai kanak-kanak dapat menikmati manfaat kehidupan aktif di luar."

Singapura tekal menjadi salah satu pasaran ANESSA yang berprestasi tinggi di Asia Tenggara, disokong oleh pertumbuhan tahun demi tahun yang kukuh dan peningkatan permintaan terhadap perlindungan cahaya matahari yang berprestasi tinggi. ANESSA Sunshine Project di Singapura dirancang untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mengamalkan kehidupan luar yang sihat dan pintar-cahaya matahari, lantas menonjolkan kepentingan pendidikan serta kesedaran berkisarkan perlindungan UV dalam memupuk kesejahteraan holistik kanak-kanak.

"Singapura merupakan pusat kepada cita-cita kami untuk Asia Pasifik," kata Nicolas Baudonnet, Ketua Pegawai Pemasaran & Pembangunan Perniagaan, Kosmetik & Wangian. "Ia menyediakan sebuah ekosistem yang melaluinya inovasi dan perkongsian dapat berkembang maju. Sunshine Project merupakan satu contoh yang mantap bagi ekosistem ini, menyatukan keluarga melalui pendidikan, sukan dan kesejahteraan. Dengan melancarkan ANESSA Sunshine Project di sini, kami dapat memperhalusi dan meluaskan inisiatif ini ke pasaran-pasaran jiran, bagi memastikan lebih banyak keluarga mendapat manfaat daripada pengalaman memperkayakan yang memperjuangkan kesihatan dan juga hubungan."

Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan untuk melindungi keluarga di bawah sinaran matahari, ANESSA mengembangkan siri Mild bagi menangani halangan yang utama terhadap aktiviti bermain di luar yang selamat untuk kanak-kanak - termasuk kebimbangan mengenai kemudaratan pelindung matahari dan kesesuaian untuk kanak-kanak.

Siri Mild ANESSA yang dipertingkat - termasuk Mild Milk SPF50+ PA++++ dan Mild Gel SPF35 PA+++ - dirumus khas agar lembut pada kulit sensitif, menjadikannya amat sesuai untuk kanak-kanak. Ringan, bernutrien dan mudah disapu, siri Mild memberikan perlindungan cahaya matahari yang berkesan tanpa kemudaratan yang sering dikaitkan dengan pelindung matahari tradisional. Faedah-faedah tambahan, seperti kalis air memastikan perlindungan kekal semasa aktiviti bermain yang aktif.

Setiap peserta di JFA | ANESSA Kids Event menerima Mild Milk yang dipertingkat, di samping kemeja-T UV yang berubah warnanya di bawah cahaya matahari yang direka untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tabiat selamat terhadap cahaya matahari dalam kalangan kanak-kanak. Dengan menggabungkan perlindungan matahari yang lembut dan berkesan dengan pendidikan, ANESSA terus membantu kanak-kanak untuk menikmati aktiviti luar dengan selamat sekali gus memupuk tabiat perlindungan terhadap cahaya matahari yang sihat sejak usia muda.

JFA | ANESSA Kids Event untuk ANESSA Sunshine Project di Singapura

  • Tarikh: Ahad, 2 November 2025
  • Masa: 8:00 pagi – 11:00 pagi
  • Lokasi: Jurong East Stadium
  • Sasaran: 150 – 200 kanak-kanak (8-12 tahun) dan ibu bapa mereka
  • Penganjur: Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA), Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)  
  • Penampilan Tetamu: Pemain Bola Sepak Hassan Sunny
  • Penaja khas: SHISEIDO Co., Ltd.

Yuran penyertaan: Percuma

Latar Belakang ANESSA

Sebuah jenama pakar perlindungan cahaya matahari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1992. Bukan sekadar pelindung cahaya, ANESSA membantu orang ramai bersinar tanpa halangan di bawah cahaya matahari. Rangkaian produk ANESSA adalah berasaskan rumusan yang membangunkan teknologi perlindungan UV inovatif yang menyihatkan kulit, pada hari ini dan menuju masa depan. Mencapai kedudukan No.1 dari segi jualan di Asia[2], sebagai jenama perlindungan cahaya matahari global, kini boleh didapati di 13[4] negara dan wilayah Asia.

Laman Web ANESSA Sunshine Project Global: www.anessa-sunshineproject.com

[1] Educational Review (2023), "Outdoor learning, nature connection and child development," Taylor & Francis Online. https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/00131881.2023.2285762

[2] Euromonitor, edisi Kecantikan dan Penjagaan Diri 2025, jualan nilai runcit, data 2024. Asia mengikut definisi Asia Pasifik Euromonitor.

[3] Berdasarkan penemuan daripada Bengkel Kepelbagaian, Ekuiti dan Rangkuman dalaman ANESSA baru-baru ini.

[4] Negara dan Wilayah: Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Malaysia, Mongolia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam 

 

Source: ANESSA
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Children-related news New products/services