omniture

Samurai Paint terus unggul, tembus pasaran Automotif Global

SAMURAI Paint
2025-11-03 08:00 5

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 November 2025 /PRNewswire/ -- SAMURAI Paint meraikan ulang tahun ke-28 dengan pelancaran siri cat sembur kereta pertama, langkah baharu ke dunia automotif.

(Name from Second Left to Right)  1.⁠ ⁠Dato’ Loh Shin Siong (Non-Executive Director) 2.⁠ ⁠Ms Lim Lay Yong (Executive Director & Chief Operation Officer) 3.⁠ ⁠Mr. Lim Chong Huat (Independent Director) 4.⁠ ⁠Mr. Lim Siang Kai (Non-Executive Director & Lead Independent Director) 5.⁠ ⁠Dato’ Chang Chor Choong ( Non-Executive Director) 6.⁠ ⁠Mr. Ian Ong Yoke En (Founder, Executive Director, Chief Executive Officer) 7.⁠ ⁠Mr. Hau Hock Khun (Independent Director)
(Name from Second Left to Right) 1.⁠ ⁠Dato’ Loh Shin Siong (Non-Executive Director) 2.⁠ ⁠Ms Lim Lay Yong (Executive Director & Chief Operation Officer) 3.⁠ ⁠Mr. Lim Chong Huat (Independent Director) 4.⁠ ⁠Mr. Lim Siang Kai (Non-Executive Director & Lead Independent Director) 5.⁠ ⁠Dato’ Chang Chor Choong ( Non-Executive Director) 6.⁠ ⁠Mr. Ian Ong Yoke En (Founder, Executive Director, Chief Executive Officer) 7.⁠ ⁠Mr. Hau Hock Khun (Independent Director)

Dalam dunia automotif, warna bukan sekadar hiasan, tetapi adalah identiti. Setiap warna membawa kisah, ada yang menggambarkan semangat, ada pula yang menzahirkan ketelitian dan cita rasa. Selepas hampir tiga dekad memberi kehidupan kepada ribuan motosikal di seluruh dunia, jenama cat sembur motosikal tersohor, Samurai Paint, kini melangkah ke dunia empat roda.

Bagi meraikan ulang tahun ke-28, jenama yang berakar dari Asia ini melancarkan siri cat sembur kereta pertama, sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarahnya.

Sejak 1997, Samurai Paint dikenali di peringkat global menerusi teknologi canggih, ketahanan luar biasa dan hasil gred profesional. Kini, kepakaran itu dikongsi pula dengan pemilik kereta melalui inovasi semburan yang lebih mudah, tepat dan berkualiti tinggi.

Daripada dua roda, kini empat

Selama bertahun-tahun, pemilik kereta sering berdepan cabaran mencari warna cat yang sepadan dengan kenderaan mereka. Proses ini lazimnya memakan masa, menelan kos tinggi dan memberikan hasil yang tidak konsisten. Memahami keperluan pasaran itu, Samurai Paint memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam teknologi salutan motosikal bagi membangunkan aerosol padanan warna automotif yang canggih dan mudah digunakan.

Keistimewaan utama inovasi ini ialah teknologi khas pencampuran warna proprietari Samurai, yang membolehkan pengguna melaras tona warna dengan tepat sebelum disembur. Tambahan, teknologi isian terus (direct-fill) membolehkan cat diisi terus ke dalam tin tanpa memerlukan mesin, berbeza dengan sistem lama yang menggunakan kaedah pra-isian.

Kemajuan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memberikan pengguna kebebasan untuk mencipta padanan warna kegemaran dengan hasil kerja konsisten dan berkualiti tinggi setiap kali digunakan.Menurut Samurai Paint, inovasi mesra pengguna ini menjadi titik tolak kepada transformasi syarikat daripada jenama motosikal kepada peneraju dalam dunia automobil moden.

Era baharu, ibu pejabat baharu

Dalam meraikan ulang tahun ke-28 ini, Samurai Paint turut mengorak langkah ke hadapan dengan pembukaan ibu pejabat baharu di pusat bandar Johor Bahru.Langkah ini bukan sahaja memperkukuh imej korporat syarikat, malah mendekatkan jenama dengan pelanggan serta mencerminkan budaya organisasi yang mengutamakan kakitangan dan pelanggan.

Ibu pejabat baharu itu direka dengan ruang kerja moden dan inspiratif bagi menggalakkan kreativiti, kolaborasi dan inovasi. Ia turut dilengkapi lapan studio penstriman langsung bagi memperkukuh pengaruh digital syarikat serta mendekatkan lagi jenama dengan pelanggan di pelbagai pasaran.

28 tahun kekal gah, mewarnai dunia

Walaupun berkembang pesat di pasaran global, kelestarian alam sekitar kekal menjadi keutamaan dalam visi jangka panjang Samurai Paint.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ian Ong Yoke En, menegaskan komitmen syarikat terhadap isu ini dengan menyatakan bahawa setiap tahun, lebih 15 bilion tin aerosol dibuang di seluruh dunia. Menyedari cabaran itu, Samurai Paint sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menangani impak alam sekitar yang dihasilkan industri.

Seiring dengan semangat itu, syarikat kini menjalin kerjasama strategik bersama peneraju industri automotif dan aerosol global termasuk di pasaran seperti India dan Amerika Syarikat.Melalui usaha sama ini, Samurai Paint berhasrat memperluas jenama ke pasaran antarabangsa, memperkukuh rangkaian produk dan memacu pertumbuhan ke tahap lebih tinggi.

Menjelang masa depan, hala tuju Samurai Paint terus berteraskan inovasi, kelestarian dan pembangunan berterusan. Menurut Ong, di mana ada pasaran, di situlah adanya bakat, dan di mana ada bakat, di situlah wujud peluang.Justeru, syarikat komited menyediakan platform yang membolehkan setiap kakitangan berkembang, berinovasi dan merealisasikan potensi sepenuhnya.

Dengan semangat progresif serta komitmen terhadap teknologi lestari, Samurai Paint kini bersedia mencorakkan masa depan industri salutan automotif global.

Untuk maklumat lanjut, layari www.samurai2kaerosol.com

Source: SAMURAI Paint
Keywords: Auto Chemical Transportation Corporate Expansion New products/services