KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 November 2025 /PRNewswire/ -- Jasmine Food Corporation dengan bangganya mengumumkan pelancaran Beras Jasmine Oppa, menandakan satu pencapaian baharu sebagai jenama tempatan pertama di Malaysia yang memperkenalkan beras gaya Korea, dicipta khas untuk hidangan autentik Korea.
Seiring dengan fenomena gelombang K-pop dan budaya Korea yang terus memikat rakyat Malaysia. Daripada muzik yang didengari, drama yang ditonton, hinggalah makanan yang digemari, Jasmine kini membawa semangat itu ke meja makan dengan nasi yang menawarkan rasa dan tekstur sebenar dari Korea.
Beras Jasmine Oppa mempunyai tekstur yang lembut, gebu dan kenyal. Ia sesuai untuk pelbagai hidangan popular Korea seperti bibimbap, kimchi fried rice dan kimbap. Dibungkus secara tempatan, halal, dan dijamin berkualiti, ia menggabungkan keaslian rasa Korea dengan kemudahan untuk dinikmati di rumah.
"Rakyat Malaysia telah menerima gelombang Korea dalam pelbagai cara, dan makanan merupakan salah satu hubungannya yang paling kuat," kata Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation. "Dengan Jasmine Oppa Rice, kami memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hidangan serupa Korea – kini di rumah sendiri."
Majlis pelancaran telah diadakan di TGV Cinemas, 1 Utama, dan dihadiri oleh tetamu kehormat, rakan niaga, pihak media serta pempengaruh. Para tetamu turut disajikan hidangan berinspirasikan Korea dan tayangan khas filem G-Dragon in Cinema: Übermensch untuk meraikan pelancaran rasmi Beras Jasmine Oppa.
Beras Jasmine Oppa kini boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit utama di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jasmine.com.my atau ikuti @JasmineFoodMY di media sosial.
– TAMAT –
Mengenai Jasmine Food Corporation
Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation ialah jenama beras terkemuka di Malaysia yang dipercayai oleh generasi demi generasi kerana kualiti, inovasi dan komitmennya terhadap gaya hidup sihat. Daripada beras wangi hingga bijirin istimewa, Jasmine terus menghasilkan produk yang meraikan tradisi dan gaya hidup moden.