omniture

Zoomlion bakal Pamer Jentera Pertanian Hijau dan Pintar Bermutu Tinggi di AGRITECHNICA 2025

Zoomlion
2025-11-04 00:38 5

HANOVER, Jerman, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) dijangka akan memperkenalkan buat julung kalinya barisan jentera pertanian hijau dan pintar bermutu tinggi di AGRITECHNICA 2025, pameran teknologi pertanian yang terbesar di dunia yang akan bermula pada 9 November di Hanover. Peneraju bagi peralatan Cina ini akan mempamerkan sembilan model termaju, termasuk traktor hibrid dan jentuai yang direka untuk pasaran Eropah.

Tanggal 29 Oktober, mesin generasi baharu Zoomlion yang dicat dengan "Aurora Green" ciri khasnya dibawa masuk ke Hanover Exhibition Center, lantas menjadikan syarikat ini sebagai salah satu peserta pameran pertama yang memulakan persediaan di Dewan 5. Mencuar tinggi hampir empat meter, peralatan ini menunjukkan dedikasi Zoomlion terhadap kecemerlangan kejuruteraan dan juga inovasi mampan.

Zoomlion sets up its exhibition area in Hall 5 ahead of AGRITECHNICA 2025 at the Hanover Exhibition Center on Oct. 29
Zoomlion sets up its exhibition area in Hall 5 ahead of AGRITECHNICA 2025 at the Hanover Exhibition Center on Oct. 29

Pameran tahun 2025 oleh Zoomlion berpaksikan tiga tonggak yang strategik: tenaga baharu, teknologi baharu dan jenama global yang diberi nafas baharu.

Mendahului pameran ini ialah mesin pertanian tenaga baharunya yang dibina khas untuk amalan pertanian Eropah dan piawaian alam sekitar. Mesin-mesin ini memberikan output kuasa teroptimum, kecekapan tenaga dan keselesaan pengendali dipertingkat yang merupakan keutamaan yang penting untuk operasi pertanian moden.

Satu sorotan penting ialah platform HIDD proprietari Zoomlion, iaitu sistem kuasa hibrid bersepadu yang dipacu oleh lapan teknologi teras. Seni bina ini membentuk asas bagi jentera ladang pintar generasi akan datang oleh syarikat ini yang meningkatkan kecekapan, automasi serta ketersambungan.

Zoomlion akan turut menonjolkan pencapaian RABE, iaitu subsidiari Jerman yang memiliki pengalaman selama lebih 100 tahun dalam pemugaran, penyemaian dan pembajaan. Sejak diambil alih pada tahun 2020, RABE menggabungkan warisan kejuruteraannya dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan global Zoomlion bagi menyampaikan penyelesaian tersuai untuk pasaran Eropah.

Mulai 9–15 November, Zoomlion mengalu-alukan pelawat, rakan kongsi dan ahli profesional industri ke Gerai Pameran D37 di Dewan 5 bagi meninjau inovasi terkininya secara langsung dan menyertai perbualan mengenai pertanian pintar yang lestari.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news