QIONGHAI, China, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Oktober 2025, Forum Antarabangsa Sistem Kuasa Baharu ke-6 & Forum Sains dan Teknologi Antarabangsa CSG ke-21 telahpun bermula di Boao, Hainan. Dihoskan oleh China Southern Power Grid Company (CSG), acara ini diadakan di bawah tema "Membina Sistem Kuasa Baharu Bersama-sama untuk Peralihan Tenaga Rendah Karbon Lebih Pantas." Ia menghimpunkan para pemimpin dan golongan profesional daripada agensi kawal selia, utiliti rakan kongsi, penyedia teknologi, persatuan industri serta organisasi penyelidikan di China dan luar negara.
Forum ini mengetengahkan kemajuan dalam memperkukuh teknologi utama, kerangka dasar, mekanisme pasaran dan ekosistem industri yang mengupayakan sistem kuasa generasi akan datang. Para peserta mengadakan perbincangan yang mendalam untuk meningkatkan kolaborasi, berkongsi penyelesaian baharu dan mengenal pasti langkah-langkah praktikal bagi meningkatkan keandalan dan kebingkasan grid. Acara ini mengesahkan sekali lagi komitmen CSG untuk mewujudkan sebuah komuniti tenaga global yang lebih bersih, lebih terhubung dan saling memberi manfaat.

On October 30, 2025, the 6th New Power System International Forum & 21st CSG International Science and Technology Forum held in Boao
Sorotan penting daripada acara ini ialah keluaran rasmi Implementation Plan for Building the Hainan "Clean-Energy Island" New Power System (Pelan Pelaksanaan untuk Membina Sistem Kuasa Baharu "Pulau Tenaga-Bersih" Hainan). Lapan pencapaian terkini dalam pembangunan sistem kuasa baharu turut diumumkan, termasuk White Paper on CSG New Power System Development (Kertas Putih mengenai Pembangunan Sistem Kuasa Baharu CSG), White Paper on Southern China Power Market Development (Kertas Putih mengenai Pembangunan Pasaran Kuasa China Selatan), White Paper on Digital Transformation (Kertas Putih mengenai Transformasi Digital) dan Digital Twin Grid Platform (Platform Grid Kembar Digital). Pada 31 Oktober, CSG mengetuai sepuluh subforum khusus yang merangkumi topik-topik seperti "Membina Ekosistem Baharu untuk Integrasi Sumber-Grid-Beban-Storan Lancar" dan "Memajukan Sistem Kuasa Baharu dengan Teknologi Grid Digital." Sesi-sesi ini memberikan peluang bagi mencapai pertukaran ilmu dalam kalangan pakar antarabangsa dan peneraju industri, seterusnya memantapkan lagi keterlibatan global dan memperkukuh peranan forum ini sebagai platform yang utama untuk inovasi dan kolaborasi dalam sektor kuasa.