omniture

Kredibiliti Kekal Teras untuk Broker CFD Mitrade Pemenang Anugerah tatkala Kewaspadaan Penipuan Semakin Giat Merentas Pasaran Asia

Mitrade Group
2025-11-04 10:00 25

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala aktiviti penipuan menjadi bertambah buruk di seluruh sektor perdagangan runcit Asia, broker CFD Mitrade mengesahkan sekali lagi tumpuannya terhadap tadbir urus, perlindungan pedagang dan ketelusan kawal selia. Baru-baru ini, platform ini diiktiraf dengan empat anugerah serantau: Broker Paling Dipercayai Asia 2025, Broker Pengeluaran Paling Pantas Asia 2025, Platform Paling Inovatif – Asia 2025 dan Pengalaman Perdagangan CFD Mudah Alih Terbaik – APAC 2025.

Hal ini berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penipuan kewangan dalam talian. Anti-Scam Centre Indonesia melaporkan 74,000 kes penipuan setakat Mac 2025, dengan kerugian melebihi IDR 1.4 trilion. AP melaporkan Thailand menyaksikan 24,500 penipuan mudah alih dalam bulan Jun. INTERPOL dan UNODC turut memberi amaran tentang sindiket yang semakin berkembang di seluruh rantau ini dan menyasarkan pelabur digital yang mudah terpedaya.

Memandangkan pengendali penipuan meniru platform yang dikawal selia, broker berdepan dengan penelitian yang lebih ketat daripada pengguna yang menginginkan kepastian semula dalam persekitaran yang berisiko tinggi.

"Pasaran perdagangan runcit Asia yang kian berkembang pesat paling terdedah kepada unsur penipuan, terutamanya apabila pedagang baharu memasuki pasaran," kata Kevin Lai, Naib Presiden Mitrade Group. "Kami menangani isu ini melalui perlindungan secara berbilang lapisan—dana pelanggan yang diasingkan, audit pihak ketiga, insurans ketaksolvenan bernilai jutaan dolar, kesemuanya dikawal selia di bawah lima lesen."

Beliau menambah: "Walaupun kami beroperasi dalam kerangka yang dikawal selia, kami faham bahawa kepercayaan harus diperoleh secara berterusan—terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas oleh unsur penipuan. Atas sebab inilah kami turut melabur dalam pencegahan penipuan dan pendidikan pengguna, agar pedagang dapat mengenali risiko dengan lebih baik. Kejayaan memperoleh anugerah mengesahkan kepercayaan ini, namun apa yang penting ialah kewaspadaan dan kebertanggungjawaban dari hari ke hari."

Perdagangan mudah alih merupakan saluran yang dominan bagi pelabur runcit di Asia yang melaluinya penggunaan telefon pintar memacu penyertaan. Aplikasi Mitrade dibina dengan sentrisiti dan sekuriti pedagang—melayakkannya menerima anugerah Pengalaman Perdagangan CFD Mudah Alih Terbaik – APAC 2025 daripada Global Brands Magazine.

Di sebuah rantau yang capaian kewangannya mengatasi penguatkuasaan, Mitrade memperjuangkan kepentingan pedagang dan terus-menerus berinovasi untuk menawarkan platform perdagangan yang terjamin dan bertaraf dunia.

Latar Belakang Mitrade 

Mitrade ialah platform perdagangan CFD yang diiktiraf di peringkat global dan memenangi anugerah yang dilesenkan di bawah CIMA Kepulauan Cayman (SIB1612446), FSC Mauritius (GB20025791), ASIC Australia (AFSL398528), FSCA Afrika Selatan (FSP 54842) dan CySEC Cyprus (CIF438/23). Kumpulan ini mendemokrasikan capaian pasaran, menghubungkan lebih 6 juta pedagang kepada lebih 800 derivatif OTC, termasuk indeks, tukaran mata wang asing (forex), komoditi, ETF dan saham.

Platform ini menawarkan pelaksanaan mikrosaat, spread yang ketat, mitigasi risiko lanjutan dan keserasian berbilang peranti yang memastikan pengalaman perdagangan intuitif disesuaikan untuk setiap pedagang.

Perdagangan melibatkan risiko. Artikel ini untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan nasihat kewangan, tawaran atau permintaan.

Kunjungi https://www.mitrade.com untuk maklumat lanjut.

Source: Mitrade Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Awards Financial Technology