VENICE, Itali, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Venice Architecture Biennale kali ke-19 yang diadakan mulai 10 Mei hingga 23 November 2025 memaparkan lakuran antara seni dan teknologi melalui kolaborasi antara Huawei dan China Pavilion. Sebagai Ketua Rakan Kecerdasan dan Teknologi untuk China Pavilion, Huawei mengintegrasikan produk-produk inovatifnya—termasuk HUAWEI Mate X6, HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci Edisi PaperMatte dan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci Edisi PaperMatte—ke dalam reka bentuk pavilion bagi menonjolkan warisan seni bina China dengan teknologi pintar.
Bagi meraikan selanjutnya perkongsian teknologi ini, HUAWEI WATCH GT 6 Series yang dilancarkan pada September 2025 memperkenalkan tiga muka jam tangan eksklusif yang diilhamkan oleh karya pemasangan yang dipamerkan di Biennale. Muka jam tangan ini menyuntik intipati estetika seni bina dan artistik ke dalam kehidupan seharian bagi menawarkan cara yang unik kepada pengguna untuk mengalami lakuran antara seni dan teknologi.
Muka jam tangan Dunhuang Con-stella-tion diilhamkan oleh karya pemasangan "Dunhuang Con-stella-tion" oleh Atelier Alter Architects. Karya ini menggambarkan kepentingan sejarah Dunhuang sebagai persimpangan tamadun sepanjang Jalan Sutera, apabila pelbagai budaya bersilang bagi mencipta jenis seni yang baharu. Ini amat jelas kelihatan pada empat kubah Mogao Cave 285 apabila elemen-elemen seni bina dari Greece, Parsi, India dan China bertemu yang melambangkan sejauh mana pelbagai tamadun membayangkan kosmos. Dalam karya pemasangan "Dunhuang Con-stella-tion", arkitek membayangkan Dunhuang sebagai sebuah bandar terapung futuristik yang melambangkan gabungan harmoni antara pelbagai budaya dan keindahan nebula yang berupa syurgawi, dalam oda moden terhadap konsep "resonans peradaban."
Muka jam tangan Vault of Heaven diilhamkan oleh karya pemasangan "Vault of Heaven" oleh Wang Zigeng, profesor madya Jabatan Seni Bina Central Academy of Fine Arts dan pengasas serta arkitek utama PILLS. Karya seni ini membayangkan semula elemen seni bina "siling kaison" tradisional menggunakan jaring pelindung hijau kitar semula dari tapak binaan China. Reka bentuk yang dinamik ini menggabungkan anyaman buluh, warisan budaya tak ketara dan menghasilkan kesan visual memukau yang mengingatkan kita kepada fenakistoskop. Ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada "siling kaison" purba bagi mempersembahkan "istana syurgawi" dalam seni bina kuil, tetapi turut menggabung jalin naratif selanjar detik-detik yang saling berkait. Detik waktu yang sejenak namun mendalam ini berkisarkan falsafah semula jadi China yang unik, menggambarkan dengan jelas imaginasi syurga yang indah dan usaha tanpa henti untuk mencapai kehidupan yang lebih baik oleh warga Cina.
Muka jam tangan The City in China - Nature of All Things diilhamkan oleh karya pemasangan "City in China - Nature of All Things" oleh WAY studio yang membayangkan sebuah bandar masa depan yang melaluinya kelilingan semula jadi berintegrasi secara lancar dengan seni bina bandar. Reka bentuk yang inovatif ini membayangkan semula hubungan antara pencakar langit melalui sistem pengangkutan canggih, lantas mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara. Karya seni ini turut menekankan konsep pertumbuhan organik dalam bangunan, sama seperti organisma hidup.
Huawei menggunakan muka jam tangan ini sebagai medium untuk mengintegrasikan tema "CO-EXIST" China Pavilion dengan lancar ke dalam produk-produk teknologi canggihnya, lantas merapatkan jurang antara seni, seni bina serta teknologi boleh pakai. Pendekatan yang inovatif ini menerobos sempadan ekspresi budaya dengan lebih jauh. Kini, pengguna HUAWEI WATCH GT 6 Series boleh menikmati pengalaman muka jam tangan yang unik ini, menggabungkan estetika Timur dengan kehidupan pintar dengan cara yang elegan dan juga berfungsi.
Huawei tekal menerima perspektif yang bersifat terbuka, pelbagai dan berciri antarabangsa, mengambil inspirasi daripada pergerakan artistik global dan terus-menerus meneroka kemungkinan reka bentuk yang tidak terhingga. Huawei tetap berdedikasi untuk mempelopori kemajuan dalam estetika teknologi yang bermatlamat untuk memberikan pengalaman teknologi premium dan bergaya kepada pengguna global dan seterusnya memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih diperibadikan.