SYDNEY, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Pylon Technologies Co., Ltd. ("Pylontech", SSE: 688063), iaitu peneraju bertaraf global bagi sistem storan tenaga, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan rasmi subsidiari Australianya di Sydney. Pencapaian penting ini merupakan satu langkah yang besar ke hadapan dalam strategi pengembangan global syarikat ini dan memperteguh komitmen jangka panjangnya terhadap pasaran storan tenaga Australia dan juga New Zealand.
Penubuhan Pylontech Australia menandakan kesediaan operasi penuh syarikat ini dalam menyediakan jualan setempat, perkhidmatan teknikal, penyelarasan rantaian bekalan dan sokongan pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsi serta pelanggannya di seluruh rantau ini.
"Australia menjadi salah satu pasaran storan tenaga yang paling dinamik di dunia dan kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanannya sejak sistem pertama kami dipasang di sini lebih sedekad yang lalu," kata Geoffrey Song, Naib Presiden Pylontech. "Pelancaran Pylontech Australia memperlihatkan dedikasi kami dalam menyokong rakan kongsi tempatan melalui kolaborasi yang lebih erat, perkhidmatan yang lebih pantas dan penyelesaian yang lebih komprehensif."
Australia turut menjadi salah satu pasaran storan tenaga yang paling matang dan paling pesat berkembang di dunia, didorong oleh sasaran peralihan tenaga nasional yang bercita-cita tinggi. Kerajaan bermatlamat untuk mengurangkan emisi sebanyak 62–70% di bawah paras 2005 menjelang tahun 2035 yang disokong oleh program-program seperti inisiatif Cheaper Home Batteries (Bateri Rumah Lebih Murah) yang membantu isi rumah menyertai usaha peralihan tenaga bersih. Dengan subsidiari baharu yang kini beroperasi sepenuhnya, Pylontech akan mempercepat lagi penyampaian penyelesaian storan tenaga berskala kediaman, komersial dan utiliti — lalu menyumbang kepada kemajuan Australia menuju masa depan tenaga bersih, andal dan bingkas.
"Dengan mengukuhkan kehadiran tempatan, kami bermatlamat agar berada lebih dekat dengan pelanggan kami — bukan sahaja dari segi geografi, tetapi juga secara strategik," tambah Ned Yu, Pengurus Besar Pylontech Australia. "Pencapaian penting ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kepada pasaran dengan ketangkasan, inovasi dan keresponsifan yang lebih hebat."
Pembukaan Pylontech Australia mengesahkan sekali lagi misi syarikat untuk memperkasakan transformasi tenaga global melalui penyelesaian storan tenaga yang selamat, andal dan lestari.
Latar Belakang Pylontech
Ditubuhkan pada tahun 2009, Pylon Technologies Co., Ltd. (Pylontech, SSE: 688063) ialah penyedia sistem storan tenaga perintis dan terkemuka yang mengintegrasikan elektrokimia, elektronik kuasa dan juga teknologi integrasi sistem. Menerusi lebih 2 juta sistem yang dipasang atur di peringkat global, Pylontech mendapat pengiktirafan atas inovasi dan kualitinya di seluruh dunia. Portfolio produk syarikat ini meliputi aplikasi kediaman, komersial & industri, serta skala grid bagi menyokong rakan kongsi global dalam mencapai peralihan tenaga yang mampan dan terjamin.