![]() |
SINGAPURA, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa penganjur bagi Golden Singa Awards (GSA) dengan sukacitanya memperkenalkan barisan panel juri akhir untuk edisi sulung anugerah filem berbahasa Cina antarabangsa ini yang akan berlangsung pada 1 Disember 2025 di Capitol Theatre, Singapura.
Susulan pelancaran media bagi acara penganugerahan ini pada bulan Jun, peristiwa penting ini menyaksikan satu lagi babak penting untuk GSA apabila ia memperkenalkan jemaah juri yang pelbagai dan terkemuka yang mewakili bakat dan pengalaman berkaliber tertinggi di peringkat antarabangsa.
Jawatankuasa penganjur menerima lebih 50 penyerahan filem dari seluruh rantau ini semasa pelawaan penyertaan. Susulan pemilihan awal oleh jawatankuasa, lebih 20 filem telah mara ke peringkat pencalonan yang bersaing dalam 17 kategori anugerah. Senarai akhir calon akan diumumkan pada pertengahan November 2025, sebelum upacara penyampaian anugerah.
Jemaah juri yang terdiri daripada sembilan orang ahli ini menghimpunkan pengarah filem, penerbit, pelakon dan ahli profesional kreatif terkenal dari seluruh Asia dan selanjutnya yang setiap seorang menyumbang pengalaman mendalam dan pandangan artistik kepada kategori masing-masing. Secara kolektif, keluasan pengalaman dan visi artistik mereka akan membantu mentakrifkan standard kecemerlangan untuk Golden Singa Awards.
Sembilan juri akhir ialah:
Nama |
Gelaran |
En. Donnie Yen (Presiden, Juri Akhir) |
Bintang Aksi Antarabangsa, Penerbit dan Pengarah |
En. Joe Cheung (Ahli, Juri Akhir) |
Presiden Kehormat Seumur Hidup Hong Kong Film Directors' Guild |
Cik Li Shao Hong (Ahli, Juri Akhir) |
Pengarah Terkenal dan Bekas Presiden China Film Directors' Guild |
En. Bill Lui Cho Hung (Ahli, Juri Akhir) |
Pengarah Seni Filem Disanjung Ramai |
En. Teddy Zee (Ahli, Juri Akhir) |
Penerbit Filem Cina berpusat di Hollywood |
Cik Anita Yuen (Ahli, Juri Akhir) |
Pelakon Wanita Terkenal |
Cik Hao Lei (Ahli, Juri Akhir) |
Pelakon Wanita Terkenal |
En. Wei Te-Sheng (Ahli, Juri Akhir) |
Pengarah dan Penerbit Terkenal |
En. Vincent Fang (Ahli, Juri Akhir) |
Artis dan Pengarah Muzik Terkenal |
Biografi penuh dan gambar ahli-ahli juri tersedia untuk dimuat turun di sini.
"Kami berbesar hati kerana mempunyai jemputan juri yang begitu disegani yang sudi meluangkan masa dan pandangan mereka untuk Golden Singa Awards sulung," kata En. Dasmond Koh, Ketua Pegawai Eksekutif NoonTalk Media merangkap Pengerusi Jawatankuasa Golden Singa Awards. "Keluasan pengalaman mereka secara kolektif membawa kredibiliti dan kearifan kepada proses pengadilan dan menetapkan penanda aras yang jelas untuk standard yang kami ingin tegakkan.
"Kami turut sama berasa terdorong dengan sambutan yang menggalakkan terhadap edisi pertama ini. Lebih 50 filem telahpun diterima dan kualiti keseluruhannya menggambarkan keazaman dalam kalangan pembikin filem untuk meningkatkan standard dan memajukan keindahan seni filem berbahasa Cina," tambah Dasmond.
En. Vincent Zhou, Naib Pengerusi Jawatankuasa Golden Singa Awards dan Presiden V Picture berkata, "Sokongan padu yang kami terima dari seluruh rantau ini mencerminkan kepercayaan bersama terhadap kepentingan Golden Singa Awards sebagai sebuah platform yang menyatukan — platform yang menggalakkan kecemerlangan profesional dan memupuk kolaborasi kreatif. Ia meraikan semangat bersama kami terhadap penceritaan dan mengesahkan sekali lagi kuasa filem untuk menghubungkan budaya, memberi inspirasi kepada kreativiti dan mencetuskan kemungkinan baharu merentas sempadan."
Golden Singa Awards bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang oleh filem berbahasa Cina, merentas kategori-kategori termasuk Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan banyak lagi. Selain meraikan nilai seni, Anugerah ini bermatlamat untuk memupuk kolaborasi serantau, mempromosikan bakat dan memantapkan peranan Singapura sebagai hab baru muncul untuk apresiasi dan pertukaran filem.
Anjuran NoonTalk Media Limited (SGX: SEJ), Golden Singa Awards diadakan bersempena dengan Festival Media Singapura ke-12 yang dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan berlangsung serentak dengan SG60 — yang menyaksikan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura dan kalibernya yang semakin meningkat sebagai sebuah bandar bertaraf global.
Upacara sambutan permaidani merah pada 1 Disember 2025 akan menyaksikan ahli-ahli daripada komuniti perfileman, pemimpin industri dan tetamu jemputan dari seluruh rantau ini berkumpul di Singapura dan menjadi sorotan utama yang menonjolkan penyertaan Singapura dalam arena perfileman global, dengan RISIS, Rakan Trofi Rasmi, menyumbang reka bentuk dan mutu ketukangannya kepada penciptaan trofi bersadur emas 24K ditempah khas.
Latar Belakang Golden Singa Awards
Golden Singa Awards ialah satu inisiatif antarabangsa tahunan yang diasaskan di Singapura bagi memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam penerbitan filem berbahasa Cina. Edisi sulungnya akan berlangsung pada 1 Disember 2025, berlangsung serentak dengan SG60 — ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura dan satu peristiwa penting yang menyaksikan pengaruh negara ini yang kian berkembang sebagai hab kreatif bertaraf global.
Mendapat kedudukan sebagai platform ulung untuk filem berbahasa Cina, Golden Singa Awards bermatlamat untuk mengiktiraf pencapaian sinematik yang cemerlang, menonjolkan bakat yang unggul serta mendukung kecemerlangan artistik dan teknikal dalam seluruh industri ini. Melalui misinya untuk memupuk kolaborasi rentas sempadan dan mempererat keterlibatan dengan penonton berbahasa Cina di seluruh dunia, Anugerah ini bertujuan untuk memantapkan peranan Singapura sebagai jambatan bagi pertukaran budaya dan daya penggerak dalam memajukan standard pembikinan filem berbahasa Cina di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Golden Singa Awards, sila kunjungi www.goldensingaawards.com
Latar Belakang NoonTalk Media Limited (SGX: SEJ)
NoonTalk Media Limited ialah sebuah syarikat hiburan media berpangkalan di Singapura yang mengkhusus dalam pengurusan artis dan bakat, penerbitan multimedia, pembangunan filem dan drama, serta konseptualisasi dan pengurusan acara.
Berpandukan visinya untuk menjadi agensi media dan didik hibur yang terkemuka di Singapura, Syarikat ini mengkhusus untuk mencipta kandungan hiburan berkualiti yang memperkayakan penonton dan menyumbang kepada landskap media yang meriah, dengan fokus yang jelas pada penerbitan berbahasa Cina.
Dengan memanfaatkan rangkaian keupayaan bersepadunya, NoonTalk Media memantapkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian acara dan hiburan berkualiti tinggi, ditempah khas komprehensif yang boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan serta rakan kongsinya yang sentiasa berubah-ubah. Melalui inisiatif dan penerbitannya, Syarikat ini terus memperjuangkan bakat, memupuk kolaborasi serantau dan memperkukuh kehadiran Singapura dalam industri media antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai NoonTalk Media, sila kunjungi www.noontalk.com