omniture

Huawei Perkenal Ciri Penderiaan Perimeter Pintar Baharu untuk Penyelesaian Pencawang Pintar di CEPSI 2025

Huawei
2025-11-05 09:28 22

SINGAPURA, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Huawei berbangga dapat menyertai Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik kali ke-25 (CEPSI 2025) sebagai penaja emas yang dihoskan oleh presiden Association of the Electricity Supply Industry of East Asia and the Western Pacific (AESIEAP), SP Group, di bawah tema "Memperkasakan Peralihan Tenaga". Dengan berkolaborasi bersama rakan kongsi industri dan menerima ekosistem tenaga, Huawei menghubungkan lebih 4000 pemimpin tenaga, wakil kerajaan dan juga pelanggan. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei memperkenalkan ciri-ciri baharu Penyelesaian Pencawang Pintar, memupuk dialog bersama pakar-pakar tenaga dari Asia Timur dan Pasifik Barat mengenai peralihan tenaga, grid pintar serta inovasi kuasa masa depan.

Huawei representatives deliver a speech at CEPSI 2025
Huawei representatives deliver a speech at CEPSI 2025

Jason Li, Presiden bagi Penyelesaian Global & MKT Huawei, Unit Perniagaan Pendigitalan Kuasa Elektrik, menyatakan bahawa "Portfolio automasi, serta pendigitalan dan AI akan menjadi pemacu utama bagi pemodenan grid. Kami percaya bahawa integrasi teknologi digital yang mendalam pada senario kuasa elektrik dan pembinaan semula mod pengeluaran dan operasi melalui teknologi komunikasi dan AI dapat membantu memenuhi dwikeperluan iaitu kestabilan ulung dan fleksibiliti ulung." Model ini dipamerkan dengan ciri-ciri penderiaan gentian perimeter pintar baharu daripada Pencawang Pintar Huawei.

Pencawang tradisional sering bergantung sepenuhnya pada operasi manual dan sistem pemantauan pasif yang gagal mengesan risiko yang rumit. Pemeriksaan status peralatan masih berpecah-pecah, dengan pemeriksaan manual yang tidak cekap membawa kepada kecacatan dan kerentanan operasi terlepas pandang. Penyelesaian daripada Huawei memanfaatkan gentian optik dan enjin algoritma penderiaan bagi mengesan perubahan bentuk gelombang getaran, digabungkan dengan algoritma model besar AI Huawei untuk mengenal pasti pencerobohan kakitangan atau objek asing dengan tepat. Dengan menggunakan sistem pengurusan bagi mengkoordinasikan terminal penderiaan perimeter, penentusahan di lokasi dilakukan sebagai pengesahan sekunder oleh kakitangan operasi. Pendekatan integrasi gentian-visual ini mencapai amaran bahaya palsu dan kadar pengesanan terlepas yang sangat rendah.

Leo Zhang, Naib Presiden Domain Rangkaian Optik Perusahaan Huawei, menegaskan dalam ucapannya, "Penyelesaian penderiaan gentian optik pintar berasaskan AI meningkatkan perlindungan perimeter dan keselamatan kabel bawah tanah untuk pencawang dan loji janakuasa melalui kadar ketepatan yang tinggi, kebingkasan alam sekitar dan pemantauan 24/7. Ini dapat meningkatkan tahap keselamatan dengan ketara sekali gus mengurangkan kos pemeriksaan manual dan seterusnya meningkatkan kecekapan operasi."

Jacky Wang, Naib Presiden Unit Perniagaan Pendigitalan Kuasa Elektrik, berucap dengan berkata, "Bagi industri tenaga, data masa nyata yang berkualiti tinggi memainkan peranan penting bagi memanfaatkan sepenuhnya AI, manakala rangkaian komunikasi yang amat andal merupakan asas bagi data masa nyata dan berkualiti tinggi. Kita perlu mentakrifkan semula senario digital dan rangkaian sasaran komunikasi, serta menetapkan semula kedudukan keselamatan rangkaian." Beliau turut menyatakan, "Kuasa pengkomputeran ialah asas AI, kuasa elektrik merupakan siling bagi kuasa pengkomputeran dan AI ialah masa depan tenaga elektrik."

Jing Kong, Ketua Pegawai Pemasaran Beijing Yueneng Technology Co, Ltd., berkongsi pandangannya, "AI+ akan membantu tenaga baharu berkembang dengan lebih sihat dan lebih pintar—menjadikannya berkembang dengan baik, bukan sekadar pantas. Ia akan membantu membina sebuah planet yang lebih hijau buat kita semua. Yueneng bekerjasama dengan Huawei untuk memacu transformasi digital terhadap tenaga baharu bersama-sama!"

Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei mengatur perbincangan meja bulat IDS Club dan Forum Rakan Kongsi Kuasa Tenaga APAC yang menghubungkan pelanggan dan juga rakan kongsi dalam hal pembangunan serta peluang serantau. Syarikat-syarikat tenaga turut melawat Huawei OpenLab bagi meneliti penyelesaian kuasa pintarnya. Pendek kata, Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi bagi menggiatkan transformasi digital dan pintar dalam industri tenaga ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian Pencawang Pintar Huawei: https://e.huawei.com/en/industries/grid/power-grid/smart-substation

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electrical Utilities Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news