omniture

Sidang Kemuncak Belia Global Tsinghua bagi Masa Depan Sifar-Bersih Tonjol Kepimpinan Belia dalam Tadbir Urus Iklim

Tsinghua University
2025-11-05 12:47 8

BEIJING, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Belia Global Kelima bagi Masa Depan Sifar-Bersih yang dihoskan oleh Global Alliance of Universities on Climate (GAUC) berlangsung di Tsinghua University pada 31 Oktober. Sidang kemuncak ini menghimpunkan pemimpin muda, cendekiawan dan juga pengamal dari serata dunia untuk bertukar-tukar pandangan mengenai tadbir urus iklim, penyelesaian inovatif serta sumbangan belia kepada tindakan iklim global menjelang COP30 di Belém, Brazil.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Profesor Shi Zongkai, Naib Pengerusi Tsinghua University's University Council yang mengetengahkan mengenai peranan penting belia dalam tindakan iklim. Beliau mengesahkan sekali lagi komitmen Tsinghua untuk memupuk perkongsian global dan memperkukuh sumbangan daripada pendidikan tinggi kepada tadbir urus iklim.

Dalam satu ucapan video, Cik Laurence Tubiana, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif European Climate Foundation dan Utusan Khas COP30 untuk Eropah, mengingat kembali kepentingan Perjanjian Paris yang berpanjangan dan memuji belia kerana memacu peralihan ke arah masa depan sifar bersih.

Prof. Peter Hennicke, bekas Pengarah Wuppertal Institute menyampaikan ucaptama dan meneroka laluan sistemik menuju emisi sifar bersih, ekonomi kitaran dan kesejahteraan. Beliau menyeru belia agar belajar daripada amalan terbaik global dan bertindak dengan optimis.

Alice Ho, Ketua Pegawai Belia GAUC pula memperkenalkan Kempen "Climate x" daripada Perikatan ini yang melibatkan belia di 79 negara dan memberi impak kepada lebih lima juta orang. Beliau turut mengetengahkan mengenai inisiatif Global Youth Climate Week (Minggu Iklim Belia Global) yang mengadakan lebih 100 acara di lebih 20 negara sejak tahun 2022 yang memperlihatkan tindakan inovatif yang dipimpin oleh belia dalam bidang pendidikan, tenaga bersih, fesyen, kesihatan serta tindak balas bencana.

Sidang kemuncak ini turut membawakan "Youth Climate Talks" ("Bual Bicara Iklim Belia") dan juga dialog antara generasi. Perwakilan muda berkongsi pengalaman daripada COP29 dan inisiatif-inisiatif lain, manakala pakar-pakar industri daripada BMW, Airbus dan EcoVoyage pula berkongsi pandangan praktikal mengenai amalan perniagaan yang mampan, ekonomi kitaran serta pemberdayaan belia. Para peserta menekankan kepentingan mengambil inisiatif, memupuk kolaborasi dan membangunkan kemahiran kritikal dalam menangani cabaran iklim.

Perbincangan panel memfokuskan pada peralihan hijau, pemberdayaan belia dan juga strategi praktikal untuk kemampanan. Ahli-ahli akademik dan para pengamal pula menegaskan mengenai kerjasama antarabangsa, kesedaran dasar dan integrasi ilmu akademik dengan tindakan dunia sebenar demi mencapai impak yang bermakna.

Tatkala mengakhiri sidang kemuncak ini, para penceramah menyeru agar para peserta menterjemahkan pemahaman kepada tindakan, menyampaikan ilmu yang dipelajari dan memimpin melalui teladan dalam memajukan masa depan sifar bersih yang lestari.

Source: Tsinghua University
Keywords: Education Higher Education Environmental Issues Cision Influencer List - ESG