Siri produk PRIME membawakan satu-satunya teknologi di dunia yang berupaya memulihkan bateri asid plumbum tanpa pemanasan lampau dalaman. Dengan penyelenggaraan secara berkala dan penggunaan penjana semula, bateri asid plumbum boleh mencapai jangka hayat sehingga 3 kali ganda daripada penggunaan biasa.
SEOUL, Korea Selatan, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah berlakunya kebimbangan global yang semakin meningkat terhadap kebakaran bateri litium-ion yang sering dirujuk sebagai "fobia kebakaran litium", syarikat pemulihan bateri asid plumbum yang terkemuka di Korea Selatan, REPOWERTEK memperkenalkan penjana semula "PRIME Series" generasi kelima yang rintis, di samping bengkel perindustrian dan model perniagaan platform inovatif yang menyaksikan babak baharu dalam industri pemulihan bateri global. Sistem PRIME memulihkan bateri tanpa menjana haba atau kerosakan dalaman, memanjangkan hayat bateri sebanyak 200–300% dan menawarkan alternatif yang lebih selamat dan lebih menjimatkan kepada storan tenaga berasaskan litium.
Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit berhubung storan tenaga, bateri litium-ion semakin dianggap sebagai "bom jangka yang sedang berdetik", sangat mudah mengalami kebakaran, larian terma dan emisi gas toksik—satu trend yang kini digambarkan sebagai "fobia litium." Bahkan, bateri LFP (LiFePO₄) yang dianggap selamat membawa risiko pembebasan hidrogen fluorida dan letupan di bawah tekanan haba, lantas mengetengahkan keperluan yang mendesak terhadap penyelesaian yang pada dasarnya lebih selamat.
PRIME mampu menangani jurang yang kritikal ini. Selama lebih sedekad menjalankan penyelidikan dan pembangunan dan menerusi lima generasi produk, REPOWERTEK mengeksport PRIME ke lebih 70 negara. Sistem ini memulihkan dengan selamat dan secara berulang kali bateri asid plumbum industri untuk ESS, UPS dan aplikasi tarikan dalam bidang telekomunikasi, pusat data, hospital, perkapalan, landasan kereta api serta pertahanan. Algoritma denyut berfrekuensi tinggi proprietarinya memastikan prestasi bateri yang stabil sehingga 10 tahun dan dalam masa yang sama mencegah pemanasan lampau atau degradasi.
"PRIME adalah lebih daripada sekadar teknologi," kata jurucakap REPOWERTEK. "Ia merupakan platform komprehensif yang mentakrifkan semula pengurusan bateri industri, meningkatkan keselamatan, kemampanan serta kecekapan kos di serata dunia."
Platform ini mengintegrasikan model langganan dan pemajakan bateri, perkhidmatan penyelenggaraan PRIME, penyewaan peralatan, kitar semula plumbum dan perkongsian yang strategik bersama pengilang, mewujudkan aliran hasil berulang dan juga ekosistem gelung tertutup yang mampan dan berputar sepenuhnya.
Diinspirasikan oleh amalan penyelenggaraan automotif, sistem PRIME menggabungkan kitaran restorasi berjadual. Selepas pemulihan peringkat awal kepada kira-kira dua pertiga daripada tempoh guna bateri, rawatan susulan pada setiap 12–18 bulan dapat memulihkan kapasiti, mengurangkan jumlah kos pemilikan serta mengekalkan operasi tanpa kebakaran sepanjang jangka hayat bateri yang dilanjutkan.
Pada tahun 2025, REPOWERTEK mempamerkan teknologinya di pameran-pameran global yang utama, termasuk Middle East Energy (Dubai), The Smarter E Europe (Munich), RE+ (Las Vegas) dan Smart Energy Week (Tokyo). Penampilan syarikat yang seterusnya akan diadakan di Solar & Battery Asia 2025, 5–7 November bertempat di KINTEX (Dewan 5 – Reruai D5) di Goyang, Korea Selatan.
REPOWERTEK kini sedang mencari rakan kongsi usaha sama serantau dan pelabur untuk memperluas platform pemulihan dan penyelenggaraan bateri industrinya dalam seluruh pasaran ESS, UPS dan bateri daya tarikan.
Untuk pertanyaan perkongsian atau pelaburan, kunjungi www.regenerator.co.kr atau hubungi terus REPOWERTEK INC. (prime@repowertek.com)