omniture

Multifonds Bantu DBS Memacu Automasi Boleh Skala dan Pertumbuhan Masa Depan dalam Industri Pengurusan Aset Rantau ini

Multifonds Singapore Pte Ltd
2025-11-05 17:10 143

Multifonds membolehkan bank mengurus dana tradisional dan dana alternatif pada platform perakaunan dana tunggal

SINGAPURA, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Multifonds mengumumkan bahawa DBS, iaitu bank terbesar mengikut aset di Asia Tenggara melancarkan Multifonds Fund Accounting Platform di Singapura, Hong Kong SAR dan Indonesia.

Penyelesaian ini berjaya dilaksanakan dalam tempoh lima belas bulan oleh pasukan DBS bersama dengan pasukan Multifonds.


Multifonds ialah platform perakaunan dana tunggal yang menyokong dana tradisional dan dana alternatif serta menggabungkan fungsi beri servis aset, pengekalan kedudukan, penilaian dan perakaunan dalam seluruh pasaran utama bank ini di Asia. Penyelesaian berciri automatik sepenuhnya ini membolehkan DBS memperkemas operasi hujung-ke-hujungnya dan mencapai kadar STP yang tinggi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyokong pertumbuhan pelanggan dalam pasaran yang paling dinamik di rantau ini.

DBS ialah pelanggan pertama di Asia yang menerima pakai versi yang terkini daripada penyelesaian Multifonds ini. Ini dapat memperkasakan DBS untuk meningkatkan kecekapan operasi mereka dengan ketara melalui Workflow and Exception Manager (WEM) dan memperkemas proses NAB melalui integrasi sistem Fund Accounting and Transfer Agency.

Multifonds dipilih oleh DBS selepas menjalani proses penilaian yang ketat dan bukti konsep terperinci yang memperlihatkan keupayaan platform ini dalam mengendalikan kekhususan setiap pasaran, dengan liputan yang benar-benar berbilang aset termasuk derivatif kompleks merentas Kredit, FX, IR dan EQ, ETF dan PE. Ini dapat menyokong pelbagai struktur dan keperluan dana, seperti peruntukan PL lanjutan bagi setiap kelas saham atau struktur segmen induk dengan fi rebat.

Di samping itu, Multifonds, melalui kolaborasi bersama DBS, menyumbang dengan aktif kepada pembangunan laporan kawal selia yang disesuaikan dengan pasaran Indonesia yang dinamik bagi membantu memastikan laporan ini tetap mutakhir dan sejajar dengan perubahan kawal selia yang terkini. Pemahaman ini dapat membantu bank dan pelanggannya mengikuti perkembangan dalam landskap kewangan yang sentiasa berubah-ubah.

Oded Weiss, Ketua Pegawai Eksekutif Multifonds, mengulas:
"Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai platform perakaunan dana untuk sebuah bank yang berprestij dan terkemuka di dunia. DBS membina reputasi global bagi fungsi beri servis dana dan platform teknologi moden Multifonds akan membantu bank ini menyediakan penyelesaian yang sangat fleksibel dan berpusatkan pelanggan dengan kebolehskalaan dan kecekapan yang tiada tandingan. Multifonds berharap dapat meneruskan perkongsiannya bersama DBS Securities Services, seterusnya memperkukuh keupayaan teknologi bank dan membangunkan kefungsian baharu bagi memenuhi keperluan pasaran yang lain di Asia."

Latar Belakang Multifonds:
Multifonds ialah platform global tunggal yang menyokong perakaunan dana, fungsi beri servis pelabur dan pemerhatian NAB untuk dana tradisional dan juga dana alternatif. Kunjungi: www.multifonds.com

Source: Multifonds Singapore Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts New products/services Financial Technology