omniture

Kilang Bateri Pertama Slovakia Bermula Secara Rasmi, Gotion Takrif Semula Logik Tenaga Eropah

Gotion
2025-11-05 21:11 5

ŠURANY, Slovakia, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Dunia menyaksikan gelombang transformasi yang baharu — suatu revolusi yang menjangkau jauh melangkaui bidang tenaga. Majlis Sambutan Pencapaian Gigafactory Gotion Slovakia bagi kilang bateri kenderaan elektrik pertama Slovakia telahpun bermula secara rasmi pada 28 Oktober di Šurany. Ia mentakrifkan semula sejauh mana industri-industri berkembang, bagaimana ekonomi mencapai pertumbuhan dan juga sejauh mana manusia membayangkan masa depannya yang dikongsi bersama. Peralihan kepada tenaga bersih bukan lagi agenda serantau, tetapi imperatif Eropah yang membentuk abad pembangunan yang seterusnya.

 

Gotion berada di barisan hadapan perubahan yang cukup besar ini, memajukan visi pertumbuhan bersepadu dan mampan melalui teknologi, pembuatan dan juga kolaborasi. Dari Asia ke Eropah, syarikat ini membina ekosistem terhubung yang memperkasakan perjalanan Eropah menuju masa depan tenaga yang lebih bersih dan lebih pintar. Gigafactory Slovakia baharunya menyaksikan satu lagi langkah yang amat penting dalam merealisasikan visi berkenaan.

Bertapak di kawasan seluas 95 hektar, Gigafactory ini direka dengan kapasiti awal 20 GWj dan dijangka memulakan operasi pengeluaran pada tahun 2027. Semua produk akan memenuhi keperluan pasaran EU, lalu mengupayakan Gotion meningkatkan keupayaan bekalan serantaunya, meningkatkan kecekapan logistik dan memantapkan peranannya dalam rantaian industri hijau Eropah.

"Gotion akan menjadikan bateri 'Buatan Slovakia' sebagai daya penggerak untuk memperkasakan tenaga hijau global," kata Li Zhen, Pengerusi Gotion.

Selain fungsi pengeluaran baterinya, Gigafactory ini akan berperanan sebagai hab serantau bagi tujuan penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat. Melalui perkongsian bersama universiti dan institusi tempatan, Gotion berhasrat untuk mewujudkan sebuah ekosistem industri-pendidikan terbuka yang dapat memupuk pakar masa depan, merangsang kemajuan teknologi dan menggiatkan inovasi Eropah dalam tenaga baharu.

Projek ini akan mencipta kira-kira 1,300 peluang pekerjaan baharu dalam fasa pertamanya dan menarik industri-industri sokongan ke rantau ini, seterusnya mengukuhkan lagi peranan Slovakia dalam transformasi hijau Eropah. Selain impak ekonominya, Gigafactory ini turut melambangkan sejauh mana perusahaan dapat menyumbang kepada kemajuan ESG dan misi global yang dikongsi bersama demi kemakmuran lestari.

"Kemudahan pengeluaran di Šurany akan membawa nilai tambah yang ketara dan mencipta sejumlah besar peluang pekerjaan. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, yang memainkan peranan penting untuk meningkatkan kualiti hidup orang ramai bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh Slovakia," kata Robert Fico, Perdana Menteri Republik Slovakia.

Gigafactory ini memperlihatkan komitmen Gotion dalam memajukan peralihan tenaga global melalui teknologi boleh skala, inovasi kolaboratif dan amalan industri yang bertanggungjawab — lalu membantu membina masa depan tenaga yang lebih bersih, lebih pintar dan lebih bingkas buat semua.

Source: Gotion
Related Stocks:
Shenzhen:002074
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion