KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Dalam bulan Oktober ini, pengalaman "Double Chill" yang unggul telahpun tiba di Malaysia! Jenama penyaman udara yang didorong oleh Gaya Hidup, Comfee telahpun bekerjasama dengan rangkaian minuman kegemaran negara, MIXUE bagi membawakan gelombang keseronokan dan juga kesegaran. Mulai 1 hingga 20 Oktober 2025, para peminat diundang untuk menyertai In-Store Singing Challenge (Cabaran Nyanyi Dalam-Kedai) atau Theme Song Remix Battle (Pertarungan Adun Semula Lagu Tema) melalui TikTok untuk berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM1,888 dan penyaman udara COMFEE — sambil menyebarkan aura yang baik dan juga tenaga musim panas ke seluruh negara ini.
Comfee dan MIXUE bersama-sama mengubah "rasa dingin" menjadi gaya hidup serba baharu dan membuatkannya terasa lebih menyeronokkan, segar dan interaktif berbanding sebelum ini. MIXUE membawakan rasa dingin ini dengan hidangan manisan berais istimewanya, manakala Comfee menambahkan bayu dengan keselesaan udara yang pintar dan cekap. Menggabungkan muzik, keseronokan dan kesegaran, kedua-dua jenama ini mengundang semua orang untuk menikmati iramanya, merasai kesejukan dan menghayati suasana Pengalaman Dingin Berganda yang sejati apabila setiap rentak muzik, hirupan dan helaan nafas benar-benar terasa saling melengkapi.
Sepanjang berlangsungnya kempen ini, para peminat turut berseronok dengan menyanyi di kedai atau mengadun semula Lagu Tema MIXUE melalui TikTok. Hanya dengan satu hantaran dan tag, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan menjadi sebahagian daripada detik Double Chill terbesar di Malaysia. 10 TikTok paling banyak disukai mara ke Pertarungan Secara Langsung TikTok Peringkat Akhir pada 26 Oktober, dengan pemenang mingguan dan cabutan bertuah diumumkan pada setiap hari Jumaat semasa acara ini berlangsung. Maka, genggamlah mikrofon, berseronoklah tanpa bimbang dan persembahkan nyanyian anda untuk memenangi hadiah menarik!
Diperkenalkan buat julung kalinya di Malaysia, Comfee membawakan penyaman udara penyongsang generasi akan datang yang dicipta untuk generasi muda dan bertenaga, yang menonjol dengan menggabungkan kecekapan tenaga, ketersambungan pintar dan juga ciri-ciri kehidupan yang sihat:
Pada musim panas ini, pelanggan di seluruh Malaysia dapat menikmati pengalaman dingin yang terbaik apabila hirupan menyegarkan bertemu dengan keselesaan yang pintar dan berangin. Dengan mengambil bahagian dalam cabaran ini, mereka dapat menikmati hidangan manis berais sambil menikmati suasana sejuk, lantas menjadikannya cara yang paling menyegarkan untuk berehat dan meraikan musim ini!
Ikuti Comfee:
Kedai Rasmi Comfee: