omniture

Sherwin-Williams Muncul Julung Kali di Ekspo Import Antarabangsa China

The Sherwin-Williams Company
2025-11-05 22:23 7

Berpadu Tenaga untuk Memajukan Atribut Kemampanan Global

SHANGHAI, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Sherwin-Williams, penginovasi global bagi cat dan salutan, membuat penampilan sulungnya di Ekspo Import Antarabangsa China (selepas ini CIIE). Mulai 5 hingga 10 November, Syarikat ini mengalu-alukan pelawat ke Reruai 3C7-02 di Dewan 3 bertempat di National Exhibition and Convention Center (Shanghai) bagi meneroka inovasinya yang terkini dalam produk dan teknologi dengan atribut kemampanan.

Sherwin-Williams Debuts at the China International Import Expo
Sherwin-Williams Debuts at the China International Import Expo

Memandangkan peraturan alam sekitar global diperketat, permintaan terhadap salutan sebatian organik meruap (selepas ini VOC) rendah terus bertambah. Sherwin-Williams memberi respons menerusi portfolio komprehensif yang terdiri daripada penyelesaian bawaan air, serbuk, pepejal tinggi dan berasaskan bio yang disesuaikan bagi memenuhi permintaan ini. Di CIIE pada tahun ini, Sherwin-Williams Asia menyatukan enam unit perniagaannya bagi mempamerkan teknologi dan produk salutan yang canggih dengan atribut kemampanan untuk pembuatan industri, pengangkutan, tenaga, infrastruktur, perabot, pembungkusan dan banyak lagi. Kesemua penyelesaian ini bertujuan untuk memacu pengurangan emisi CO2, meningkatkan kecekapan operasi, memanjangkan hayat aset dan mempercepat peralihan menuju ekonomi kitaran rendah karbon.

Produk dan Teknologi Baharu Diperkenalkan Julung Kali di China

Dengan memanfaatkan platform CIIE, Sherwin-Williams akan melancarkan beberapa produk dan teknologi baharu di China.

  • Heat Flex AEB – Penebat haba gred kejuruteraan dan salutan antikakisan yang direka untuk menghapuskan kakisan di bawah penebat. Tidak seperti sistem wul mineral konvensional, AEB boleh diaplikasikan terus pada permukaan keluli pada suhu tinggi, mengurangkan masa henti dengan ketara. Penyelesaian termaju ini benar-benar sesuai untuk tangki, saluran paip, pelantar luar pesisir serta kemudahan kimia dan tenaga.
  • Teknologi Serbuk Dua-Salutan Sekali-Bakar OneCure™ – Proses inovatif ini membolehkan serbuk lapis atas diaplikasikan terus pada serbuk asas tidak diawet, lalu menghapuskan langkah pembakaran dan penyejukan yang berasingan. Teknologi ini memberikan perlindungan tepi yang unggul dan rintangan kakisan dipertingkat, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk sektor-sektor seperti jentera pembinaan dan pengangkutan.
  • Serbuk Penebat Powdura® EV – Dibangunkan untuk sektor tenaga baharu, salutan canggih ini menghasilkan lapisan penebat yang padat pada permukaan bateri, melindungi komponen dengan efektif daripada persekitaran luaran. Ia memenuhi standard voltan penebat lazim dan menawarkan penyesuaian penuh untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan industri.
  • Siri Prestasi Tinggi Duraspar® – Memberikan perlindungan tahap-C5H yang luar biasa, penyelesaian termaju ini meningkatkan kecekapan pengeluaran melalui aplikasi basah-atas-basah dan formulasi kelikatan rendah. Dengan pepejal yang tinggi, kandungan VOC yang rendah dan keupayaan aplikasi serba guna, ia menjadi pilihan optimum untuk sektor-sektor tenaga dan juga peralatan berat.

Menambah Nilai Melalui Inovasi Berbilang Dimensi

Sherwin-Williams tetap komited untuk mencapai keseimbangan antara prestasi dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Dalam bidang kekitaran, siri salutan serbuk Powdura® ECO menggabungkan plastik kitar semula bagi memberikan prestasi yang memenuhi atau melangkaui standard industri. Dalam aspek kesihatan dan keselamatan, Sherwin-Williams turut menawarkan salutan tin Bukan-BPA (Bisphenol A) dan kemasan perabot rendah bau, lalu memberikan pilihan yang lebih selamat dan bertanggungjawab kepada pengguna. Dalam aspek peningkatan fungsian, ciri-ciri canggih seperti penyucian sendiri dan sifat pantulan haba yang ditambah pada produk salutan dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga bangunan, seterusnya mewujudkan nilai alam sekitar yang lebih tinggi.

Bertapak Kukuh di China, Memuliakan Warisan Budaya

Bertempat di CIIE pada tahun ini, Sherwin-Williams bukan sahaja mempersembahkan inovasi teknologinya yang terkini bahkan turut memperkenalkan video jenama pertamanya yang memberi penghormatan kepada warisan budaya tak ketara China - meneroka integrasi antara mutu ketukangan tradisional dengan teknologi salutan moden, lalu menekankan penghormatan terhadap budaya Cina dan komitmen kepada inovasi rentas sempadan.

Selain lawatan di tapak ekspo, orang ramai juga boleh mengakses reruai Sherwin-Williams secara maya. Ikuti akaun WeChat Sherwin-Williams rasmi untuk mendapatkan perkembangan terkini yang tepat pada masanya dan maklumat komprehensif.

-Tamat-

Latar Belakang Sherwin-Williams

Ditubuhkan pada tahun 1866, The Sherwin-Williams Company (NYSE: SHW) ialah penginovasi bertaraf global bagi pembuatan, pembangunan, pengedaran dan penjualan cat, salutan serta produk berkaitan kepada pelanggan profesional, industri, komersial dan juga runcit. Dengan tenaga kerja seramai lebih 64,000 pekerja, Syarikat ini beroperasi di lebih 120 negara. Pada tahun 2024, Syarikat ini mencatatkan jualan bersih tahunan kira-kira AS$23.1 bilion.

Menembusi Asia pada tahun 1930 dan beribu pejabat di peringkat serantau di Shanghai, hari ini The Sherwin-Williams Company menjalankan perniagaan di kebanyakan negara Asia dengan membekalkan penyelesaian salutan bersama jenama-jenama yang diiktiraf oleh industri seperti Sherwin-Williams®, Valspar®, Aquaguard®, Ultra®, Debeer Refinish®, Fluropon®, WeatherXL® dan banyak lagi untuk pasaran pembinaan, perabot, perindustrian, pembungkusan, pengangkutan dan sebagainya.

Source: The Sherwin-Williams Company
Related Stocks:
NYSE:SHW
Keywords: Chemical Construction/Building Environmental Products & Services New products/services Trade show news General Manufacturing