Pelaburan Strategik Menandakan Bakat Teknikal di Rantau ini dan Pemecutan Penyampaian Perkhidmatan yang Mengutamakan AI untuk Pelanggan
ASHBURN, Va., 5 November. 2025 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), penyedia perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan pelancaran Pusat Pengalaman Pelanggan baharu, tempat pelanggan, rakan kongsi dan pekerja DXC boleh bekerjasama, memperkukuh komitmen jangka panjang DXC kepada pelanggan dan pertumbuhan di Filipina.
Terletak di Bandar Taguig di Metro Manila, destinasi utama bagi teknologi dan inovasi, Pusat ini direka bentuk untuk meningkatkan keterlibatan pelanggan, memupuk kerjasama untuk 7,000 pekerja DXC di seluruh Filipina dan mempercepat penyampaian penyelesaian dikuasakan AI yang berinovatif. Ruang baharu ini, yang terletak di dalam Pusat Penyampaian Global Filipina DXC, akan berfungsi sebagai hab penciptaan bersama untuk pelanggan dan rakan kongsi, membina peranan yang menyokong aplikasi kritikal misi, awan, infrastruktur dan perkhidmatan keselamatan siber.
Memanfaatkan strategi Mengutamakan AI DXC, termasuk pengumuman Xponential, yang dibuat baru-baru ini, rangka tindakan perancangan AI generasi akan datang, Pusat itu menampilkan Hab Inkubasi AI yang tertumpu kepada pembangunan dan penempatan penyelesaian generasi akan datang yang menggabungkan AI dengan perkhidmatan teknologi perusahaan tradisional. Perancangan itu juga menampilkan Pusat Operasi Keselamatan 24/7 yang Mengutamakan AI, serta akan berfungsi sebagai hab berpusat untuk memantau, mengesan dan memberikan respons kepada potensi ancaman keselamatan merentasi pangkalan pelanggan global DXC.
"Pusat ini memanfaatkan kekuatan bakat luar biasa DXC di seluruh Filipina serta peningkatan tumpuan pelanggan kami kepada penyelesaian dikuasakan AI," kata Ramnath Venkataraman, Presiden, Perundingan & Perkhidmatan Kejuruteraan di DXC. "Pusat ini merupakan enjin inovasi strategik bagi DXC yang mempamerkan cara kami bekerjasama dengan pelanggan global untuk menerajui transformasi dan menghadapi cabaran pada masa depan."
Pada masa ini Pusat Penyampaian Global Filipina DXC berfungsi sebagai Pusat Kecemerlangan SAP DXC Technology, menempatkan penumpuan keupayaan dan kepakaran SAP terbesar syarikat pada peringkat global. Bersama lebih 1,800 perunding SAP yang berpangkalan di negara itu, pasukan di Filipina menyokong lebih daripada 350 pelanggan perusahaan dan akaun di seluruh dunia.
Sebagai sebahagian daripada pembukaan rasmi Pusat Pengalaman Pelanggan, DXC telah bekerjasama dengan Baby and Moms PH untuk menderma komputer riba yang dibaik pulih kepada para pelajar sekolah tinggi Industrial Valley Complex (IVC), Bandar Marikina, sebagai sebahagian daripada Program Masa Depan Digital DXC, yang menyasar untuk memperkasa ribuan pelajar dan menambah baik akses kepada teknologi, kecelikan, pendidikan dan pekerjaan.
"Saya memuji pertumbuhan berterusan pasukan DXC yang mempunyai seramai 7,000 ahli di Filipina. Dedikasi anda terhadap peningkatan kemahiran dan pemahiran semula pekerja digital Filipina secara berterusan dalam teknologi transformatif seperti AI agentik, menjadi sangat penting untuk kejayaan berterusan Filipina sebagai destinasi IT-BPM. Terima kasih untuk komitmen DXC kepada industri dan dalam usaha menjadikan Filipina sebagai ibu kota untuk pengalaman pelanggan digital," kata Jack Madrid, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan IT dan Proses Perniagaan Filipina (Business Process Association of the Philippines).
DXC telah mengekalkan kehadiran yang kukuh di Filipina selama beberapa dekad, membantu pelanggan merentasi industri utama seperti pengguna dan peruncitan, pembuatan, insurans, perbankan, automotif dan sektor awam. Pusat Pengalaman Pelanggan baharu ini menegaskan komitmen jangka panjang DXC terhadap bakat, inovasi dan kejayaan pelanggan di Filipina, serta memperkukuh rangkaian penyampaian yang Mengutamakan AI DXC, berikutan pelancaran tapak lokasi baru-baru ini di Detroit, Halifax dan Buenos Aires, serta Pusat Kecekapan AI syarikat di Warsaw. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dxc.com.
Maklumat Tentang DXC Technology
DXC Technology (NYSE: DXC) ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat terkemuka di dunia. Kami ialah rakan operasi yang dipercayai kepada banyak organisasi paling berinovatif di dunia, membina penyelesaian yang memajukan industri dan syarikat ke hadapan. Pakar kejuruteraan, perundingan dan teknologi kami membantu pelanggan memudahkan, mengoptimumkan dan memodenkan sistem serta proses masing-masing, menguruskan beban kerja paling kritikal, mengintegrasikan risikan dikuasakan AI ke dalam operasi, serta mengutamakan keselamatan dan kepercayaan. Ketahui lebih lanjut di dxc.com.