Dengan penyetempatan yang utama dalam industri dan aplikasi LLM terbukti, WIZ.AI dijangka akan memperteguh akar umbinya dalam aplikasi LLM dan meluaskan jejaknya dalam pasaran baru muncul yang baharu.
SINGAPURA, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- WIZ.AI, sebuah syarikat AI berpangkalan di Singapura yang mempelopori aplikasi perusahaan model bahasa besar (LLM) di Asia Tenggara, mengumumkan pada hari ini kejayaan penutupan pusingan pendanaan Siri B dan mengumpul berpuluh-puluh juta USD.
Pusingan ini diketuai oleh SMBC Asia Rising Fund, iaitu cabang modal teroka korporat Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC) Jepun. Ia menyaksikan penyertaan daripada pelabur-pelabur strategik yang baharu, termasuk Beacon Venture Capital (cabang usaha niaga Kasikorn Bank Thailand) dan SMIC SG Holdings. Pelabur-pelabur sedia ada, termasuk Singtel Innov8 (cabang usaha niaga Singtel Group) dan Granite Asia, turut memperteguh komitmen mereka dan mengesahkan sekali lagi keyakinan mereka terhadap kepimpinan teknologi dan visi pasaran WIZ.AI.
Merintis AI Setempat untuk Perusahaan
Sebagai salah satu daripada yang pertama menggunakan penyelesaian GenAI dan LLM perusahaan di Asia Tenggara, WIZ.AI menetapkan standard baharu untuk keterlibatan pelanggan yang pintar. Platform syarikat ini terkenal kerana ketepatannya yang tiada tandingan dan kualiti perbualan sejadi dalam bahasa dan dialek tempatan yang rumit, selain memberikan pengalaman pelanggan unggul yang bernuansa budaya dan juga amat berkesan.
Direka demi ketegasan tuntutan perusahaan berskala besar, penyelesaian WIZ.AI dibangunkan berasaskan keselamatan yang mantap dan kematangan terbukti. Pembeza utama ialah seni bina platform ini yang menyediakan pelanggan dengan ketangkasan untuk peningkatan atau pengurangan skala yang pantas—memastikan mereka dapat mencapai penyesuaian yang pantas dengan keperluan perniagaan yang berubah-ubah dalam pasaran yang dinamik.
Pertumbuhan, Inovasi dan Visi demi Masa Depan
Sejak penubuhannya pada tahun 2019, WIZ.AI menunjukkan trajektori yang konsisten dari segi pertumbuhan yang kukuh, dengan hasilnya melonjak sebanyak lebih 100% sepanjang tempoh 2024-2025 yang terkini. Kejayaan ini didorong oleh keupayaannya untuk memberikan hasil perniagaan yang nyata melalui AI.
"Dana ini merupakan sokongan yang kuat terhadap strategi 'tempatan diutamakan' kami dan peranan kami sebagai perintis dalam mengaplikasikan LLM untuk menangani cabaran perniagaan dalam dunia sebenar di rantau ini," kata Jianfeng Lu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WIZ.AI. "Ia akan memperkasakan kami untuk meningkatkan lagi keupayaan platform kami bagi menyediakan penyelesaian AI yang lebih terjamin, boleh diskala dan seperti manusia, serta bagi melengkapkan Strategi Transformasi AI Wiz.AI untuk perusahaan. Di samping itu, kami berasa teruja untuk memperdalam penembusan pasaran kami dan berkembang ke perbatasan baharu seperti Amerika Latin."
Dengan mengetengahkan penjajaran strategik ini, Keiji Matsunaga, Pengurus Besar Jabatan Strategi Digital di SMBC, mengulas: "SMBC Group memberi kedudukan kepada AI sebagai teras dalam strategi transformasi perniagaannya bagi memperbaharui pengalaman pelanggan. Kami percaya penyelesaian bot suara seperti manusia daripada WIZ.AI—berupaya mencapai penyesuaian dengan pelbagai bahasa tempatan, nuansa serantau dan loghat—akan menjadi pengupaya yang kritikal dalam mempercepat transformasi kami di seluruh rantau APAC."
Rakan Pengurusan Beacon VC, Thanapong Na Ranong, menyatakan keyakinan yang mendalam terhadap misi dan teknologi syarikat pemula ini. "Kami percaya penyelesaian ini berpotensi untuk mentransformasikan ekonomi," kata Thanapong. "Dengan mengalihkan tugasan berulang, WIZ.AI menyediakan tenaga kerja dengan fleksibiliti untuk meningkatkan kemahiran kepada peranan yang lebih kreatif atau kritikal. Apa yang penting, teknologi itu sendiri, walaupun disetempatkan, sememangnya boleh diskala dan direka untuk menerima pelanggan dalam sektor dan geografi baharu. Beacon VC melihat pelaburan ini sebagai lebih daripada sekadar peluang kewangan; ia merupakan peluang untuk mempercepat anjakan paradigma dalam pekerjaan dan output ekonomi, seterusnya memberi kedudukan kepada WIZ.AI sebagai pengupaya yang kritikal untuk masa depan kerja."
Sharan Makhija, Pengarah Kanan Pelaburan di Singtel Innov8, mengulas, "Penyelesaian AI suara seperti manusia WIZ.AI diguna pakai dan menunjukkan hasil yang baik merentas pelbagai set tindakan dalam Singtel Group. Kami berharap dapat meneruskan perjalanan kami bersama WIZ.AI."
Mendorong Fasa Pertumbuhan Seterusnya
Pendanaan baharu ini akan mempercepat peningkatan pada platform AGI teras WIZ.AI dan menyokong pengembangan strategik ke pasaran baru muncul yang baharu. Pelaburan ini akan memperluas keupayaan AI syarikat ini dalam beraneka jenis senario keterlibatan pelanggan.
Di samping itu, WIZ.AI akan terus membangunkan AI Partner Solutions, menyediakan perkhidmatan pelaksanaan AGI hujung-ke-hujung yang disesuaikan untuk pasaran Asia Tenggara. Penyelesaian ini memastikan integrasi teknologi yang lancar dan hasil perniagaan boleh diukur untuk perusahaan di seluruh rantau ini.
Latar Belakang WIZ.AI
WIZ.AI ialah sebuah syarikat ejen suara terkemuka yang mengkhusus dalam keterlibatan pelanggan omnisaluran berkuasa AI. Misi kami adalah untuk membina produk AI yang utama untuk pasaran baru muncul, memperkasakan perusahaan untuk mengoperasikan AI dengan selamat, cekap dan secara meluas. Kami membantu perniagaan global berhubung dengan pelanggan dengan lebih berkesan melalui penyampaian mesej yang betul pada masa yang tepat melalui saluran yang betul, termasuk telefoni, sembang, pemesejan dan e-mel.
Latar Belakang SMBC Asia Rising Fund
SMBC Asia Rising Fund berperanan sebagai cabang modal teroka korporat SMBC, iaitu salah sebuah bank yang terkemuka di Jepun. Direka untuk menggiatkan pembangunan perniagaan dan memupuk perkongsian strategik, dana ini melabur dalam syarikat-syarikat pemula berpotensi tinggi yang beroperasi secara aktif di seluruh rantau Asia-Pasifik. Melalui inisiatif ini, SMBC Group berusaha untuk meningkatkan keupayaan perniagaannya dan memberikan penyelesaian inovatif kepada pelanggan dengan memanfaatkan teknologi baru muncul, berkolaborasi dengan syarikat-syarikat portfolio serta membangunkan model dan produk perniagaan baharu.
Latar Belakang Beacon Venture Capital
Beacon Venture Capital ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2016 untuk berperanan sebagai cabang modal teroka Kasikornbank PLC (SET: KBANK), sebuah bank komersial terkemuka di Thailand. Beacon VC memfokuskan pada pelaburan strategik dalam syarikat pemula teknologi peringkat awal hingga peringkat pertumbuhan yang meliputi teknologi kewangan (FinTech), internet pengguna dan teknologi perusahaan. Saiz dana semasa ialah 255 juta dolar AS. Antara syarikat-syarikat pemula yang mendapat pelaburan dana ini termasuk FlowAccount dan Jitta di Thailand, serta Nium di Singapura.
Latar Belakang SMIC SG Holdings
SMIC SG Holdings Pte. Ltd. ialah subsidiari 100% milik SM Investments Corporation dan merupakan syarikat pemegangan pelaburan untuk kepentingan minoriti yang berpotensi dalam syarikat-syarikat asing.