![]() |
CHICAGO, 6 Nov 2025 /PRNewswire/ -- LanzaJet, Inc., sebuah syarikat teknologi bahan api generasi baharu dan peneraju pengeluar bahan api lestari, baru-baru ini menganugerahkan projek Kejuruteraan dan Reka Bentuk Bahagian Hadapan (Front-End Engineering and Design, FEED) bagi Project Speedbird kepada Fluor Corporation (NYSE: FLR).
Dibangunkan dengan sokongan British Airways, Project Speedbird LanzaJet merupakan fasiliti skala komersial untuk menukar etanol kepada SAF yang terletak di Teesside, UK. Loji ini akan menghasilkan lebih 90,000 tan (30 juta gelen) SAF dan diesel boleh diperbaharui setiap tahun, sekaligus mengurangkan pelepasan CO₂ British Airways sebanyak kira-kira 230,000 tan setahun, bersamaan dengan 26,000 penerbangan domestik British Airways.
"Project Speedbird ialah fasiliti skala komersial seterusnya dalam portfolio kami yang sedang dibangunkan oleh LanzaJet, dengan kerjasama rapat bersama British Airways. Ia merupakan langkah penting dalam pengembangan berterusan teknologi bahan api lestari terkemuka kami," kata Jimmy Samartzis, Ketua Pegawai Eksekutif LanzaJet. "Bekerjasama dengan syarikat kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) yang diiktiraf di peringkat global, Fluor Corporation, menunjukkan komitmen kami terhadap piawaian tertinggi dalam pelaksanaan projek."
Projek ini dijangka membawa peluang besar untuk wilayah Timur Laut dan mewujudkan ratusan pekerjaan daripada fasa pembinaan hingga operasi, serta baru-baru ini dianugerahkan £10 juta (AS$13 juta) oleh Kerajaan UK melalui Dana Bahan Api Termaju (Advanced Fuels Fund).
"Project Speedbird menandakan kemajuan penting dalam usaha global untuk mengurangkan karbon dalam penerbangan," kata Mike Alexander, Presiden Kumpulan, Pelaksanaan Projek, Fluor Corporation. "Dengan mempercepatkan penggunaan teknologi bahan api lestari, projek ini akan membantu mentakrif semula masa depan penerbangan. Fluor berbangga dapat menyumbangkan kepakaran kejuruteraan dan rekabentuk kami kepada inisiatif berwawasan ini.
Project Speedbird dijangka mengubah sektor penerbangan dengan menghasilkan SAF daripada etanol rendah karbon menggunakan penyelesaian teknologi Alkohol-ke-Jet (Alcohol-to-Jet, ATJ) yang dipatenkan dan sepenuhnya bersepadu oleh LanzaJet. Penyelesaian ATJ LanzaJet digunakan pada skala komersial di fasiliti Freedom Pines Fuels milik LanzaJet di Georgia, Amerika Syarikat.
Maklumat Tentang LanzaJet
LanzaJet ialah pembekal teknologi bahan api alternatif terkemuka dengan teknologi alkohol-ke-jet (ATJ) berasaskan etanol yang dipatenkan. LanzaJet memberi impak terhadap pembangunan ekonomi, keselamatan tenaga, pengurangan karbon dan keselamatan negara dengan mempercepatkan pengeluaran serta penggunaan Bahan Api Penerbangan Lestari (Sustainable Aviation Fuel, SAF) dan bahan api alternatif lain. LanzaJet disokong oleh pelabur dan penyumbang dana termasuk Airbus, ANA, Breakthrough Energy, British Airways, Groupe ADP, Microsoft, Mitsui, MUFG, LanzaTech, Shell, Southwest Airlines, Suncor, Jabatan Tenaga AS dan Jabatan Pengangkutan UK. Tahun lepas, LanzaJet dinobatkan sebagai Syarikat Paling Berpengaruh TIME100, Bintang yang Sedang Meningkat Naik (Rising Star) Syarikat Terbaik Tahun Ini oleh S&P Global, satu daripada 15 Syarikat Teknologi Iklim MIT untuk Dilihat pada tahun 2024. Maklumat lanjut boleh didapati di: https://www.lanzajet.com/.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2709678/lanzajet_logo_black_Logo.jpg?p=medium600