omniture

ICP DAS Tonjolkan Pengurusan Tenaga dan Pemantauan Keselamatan di IIFES 2025

ICP DAS Co., Ltd.
2025-11-06 09:15 30

HSINCHU, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- ICP DAS dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam IIFES 2025 Pameran Industri Inovatif untuk Penyelesaian E x E yang berlangsung mulai 19–21 November 2025 bertempat di Tokyo Big Sight, Jepun. Pengunjung dialu-alukan untuk bertemu pasukan ICP DAS di Reruai No. 5-19-1.

Image by ICP DAS
Image by ICP DAS

Di pameran pada tahun ini, ICP DAS akan mempamerkan penyelesaiannya yang terkini dalam pengurusan tenaga, pemantauan alam sekitar dan keterhubungan industri, yang direka untuk mempercepat peralihan ke arah kilang yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih cekap.

Sorotan utama ialah sistem demonstrasi langsung yang mengintegrasikan Penyelesaian Pengurusan Tenaga, Pemantauan Kualiti Udara dan Pengesanan Kebocoran Cecair. Sistem ini menunjukkan sejauh mana perusahaan boleh mencapai kebolehlihatan pada masa nyata bagi penggunaan tenaga, keselamatan di tempat kerja dan keadaan persekitaran melalui pemantauan dan kawalan berasaskan IoT.

Bagi pengurusan tenaga, ICP DAS akan membawakan pengawal pengurusan kuasa siri PMC, meter kuasa pintar siri PM dan perisian pengurusan awan IoTstar yang menyediakan alatan berkuasa kepada perusahaan untuk memantau penggunaan serta mengoptimumkan kecekapan.

Bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih sihat dan lebih selamat, ICP DAS akan memaparkan pengelog data siri DL, termasuk DL-10 kompak, DL-300 serba guna dan DL-1000 berkapasiti tinggi yang dapat memantau suhu, kelembapan, CO₂ serta parameter kualiti udara yang lain. Modul Pengesanan Kebocoran Cecair juga akan diperkenalkan sebagai pelindung yang andal terhadap kerosakan peralatan atau infrastruktur yang disebabkan oleh kebocoran air.

ICP DAS akan mengetengahkan selanjutnya Penderia Suhu IR melalui persediaan demo khusus, mendemonstrasikan pengukuran suhu tanpa sentuh yang tepat untuk persekitaran industri. Di samping itu, syarikat ini akan mempamerkan pelbagai peranti komunikasi industri seperti get laluan Modbus siri tGW, penukar bersiri siri tSH dan modul I/O jarak jauh, kesemuanya dibangunkan untuk mempermudah integrasi sistem dan meningkatkan keterhubungan data merentas pelbagai aplikasi.

Melalui tawaran ini, ICP DAS memperlihatkan komitmennya untuk memajukan penyelesaian automasi pintar yang menggabungkan kecekapan, keselamatan dan keterhubungan bagi memenuhi keperluan industri moden yang semakin berkembang.

Latar Belakang ICP DAS 

Ditubuhkan pada tahun 1993 dan beribu pejabat di Taiwan, ICP DAS ialah peneraju bertaraf global bagi automasi industri dan penyelesaian IoT. Menerusi kepakaran selama lebih tiga dekad, syarikat ini menyampaikan perkakasan dan perisian yang memperkasakan perniagaan untuk menerima Industri 4.0 dan Internet Industri Pelbagai Benda (IIoT). Dengan menggabungkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh dengan pengalaman pasaran antarabangsa, ICP DAS terus memacu inovasi yang mentransformasikan kilang, utiliti serta infrastruktur di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://www.icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news